Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, June 16, 2016

Buku : Kandil Di Kaki Gunung oleh Roza Roslan

Buku : Kandil Di Kaki Gunung oleh Roza Roslan

No Perolehan: EPAL 14/004692
Call No.: 297.5 ROZ
ISBN: 978-967-366-262-3
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

Ulasan

Buku ini merumuskan tentang kisah yang terdapat dalam setiap insan yang sudah melalui kehidupan sambil bertafakur dan berfikir. Ia seolah-olah seperti air sungai mengalir dengan tenang, sesekali bergelombang apabila dihalang oleh batu-batu sungai. Ia kembali tenang, bergelora semula dan ia berseling-seli sehinga tidak langsung menyedari bahawa ia sudah sampai ke kuala sungai.

Dalam santai bercerita, ia menyelitkan unsur-unsur ketuhanan dan kemanusiaan yang menyentuh jiwa. Malah mesej yang ingin disampaikan sarat tersirat. Di sana-sini terdapat teguran spontan, tetapi sinis berupa kritik sosial yang terdapat dijadikan pengajaran kepada pembaca pada semua peringkat umur. Itulah adalah kekuatan sebenar Kandil di Kaki Gunung.

Perkaitan hubung manusia dengan Tuhan dipaparkan secara berterusan dalam setiap penceritaannya. Ia cukup lembut dan bersahaja. Setiap kejadian dikaitkan dengan keagungan, kebesaran, dan kekuasaan Allah, serta rasa cinta dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.

Ia  menyebabkan khalayak pembaca terpesan untuk sentiasa mensyukuri rahmat dan nikmat Allah.

Mudah-mudahan ia menjadi bahan bacaan bermanfaat kepada pembaca kisah yang dipaparkan dalam Kandil di Kaki Gunung.

Selamat Membaca.
         
Judul: Kandil Di Kaki Gunung
Pengarang: Roza Roslan
Penerbit: PTS IslamikaSdn. Bhd
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 40.00
Muka surat: 735
Rating: 4/5

Disediakan Oleh :
Pn. Noraziah Binti Abd. Razak
PD Paloh Hinai

No comments: