Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, June 2, 2016

Buku: Nikah Sindiket Di Malaysia Oleh Intan Nadia Ghulam Khan, Hasnizam Hashim, Haliza A. Shukor dan Nabilah Yusof

Buku: Nikah Sindiket Di Malaysia Oleh Intan Nadia Ghulam Khan, Hasnizam Hashim, Haliza A. Shukor dan Nabilah Yusof

Judul: Nikah Sindiket Di Malaysia
Penerbit: PENERBIT USM
Tahun Terbit: 2013

Ulasan:

Nikah sindiket merupakan isu yang hangat dilaporkan di dada akhbar. Pernikahan secara sindiket merupakan perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang tidak bertauliah atau jurunikah yang tauliahnya sudah tamat tempoh dan menyebabkan sesuatu perkahwinan itu tidak sah dari segi perundangan.

Nikah sindiket ini adalah pernikahan yang tidak didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan yang mana wali yang menikahkan tidak mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri selain menimbulkan keraguan. Terdapat beberapa factor yang mendorong wujudnya nikah sindiket.

Kewujudan syarikat sindiket pernikahan mendorong berlakunya kes nikah sindiket. Pernikahan ini biasanya diatur oleh kumpulan tertentu yang bermatlamat untuk mendapat keuntungan. Faktor keluarga juga menjadi punca seperti wali enggan mengahwinkan wanita dengan lelaki pilihan.

Faktor individu juga memainkan peranan iaitu mengetepikan prosedur sedia ada dalam urusan perkahwinan. Keinginan untuk berpoligami dan mengandung luar nikah merupakan antara faktor yang menyebabkan seseorang atau pasangan terdorong untuk memilih pernikahan sindiket yang dapat menghalalkan kehidupan mereka dengan alasan untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah zina.

Penjelasan pandangan syarak tentang implikasi nikah sindiket dalam pelbagai perkara melibatkan perkahwinan secara terperinci berdasarkan dalil-dalil Al-Quran, hadis dan perbahasan para fuqaha.

Dalil-dalil ini dijadikan hujah dan sandaran penting dalam menentukan hokum nikah sindiket pada perspektif syarak.Banyak masalah yang timbul daripada nikah sindiket seperti penjagaan anak,tuntutan harta pusaka dan pendaftaran kelahiran anak menjadi rumit.

Nikah sindiket merupakan fenomena negatif yang perlu dibendung oleh penguatkuasa undang-Undang. Jabatan Islam (JAWI) perlu bekerjasama dengan PDRM dan negara jiran yang mana kebanyakan nikah sindiket banyak berlaku di Thailand.

Pengawasan dan kepekaan ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak dapat dibendung di peringkat awal lagi.

Ulasan Oleh:
Zaiintan Muhaiza binti Zainuddin
19 May 2016

No comments: