Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, June 30, 2016

Sekitar Acara Malaysia Ngaji 2016 di Bangunan Baru Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

dalam menjayakan 3 program Malaysia Ngaji PPAP pada hari ini 29hb Jun 2016. semoga Allah merahmati dan redho atas usaha kita semua. 
Sepakat Membawa Berkat.

Sebanyak 3 program Malaysia Ngaji PPAP akan diadakan pada hari ini 29hb Jun 2016. Semua kakitangan dan pegawai bersemangat membuat persiapan Malaysia Ngaji 2016. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Hajjah Faridzah Bt Jaafar amat menghargai kesunguhan semua Ketua Bahagian dan Ketua Unit dan kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membuat persiapan.

 56.Berlari-lari berpisau belati
pisau terhempas diatas kaca 
Kalulah lama tidak mengulang kaji
Tidak mungkin lancar membaca
 57.Kampung teruna di Gajah Mati
Berkahwin dengan gadis Selancar
 Sudah lama tak ulang kaji
Bila mengaji jadi tak lancar
 58.Cantiknya kerusi penuh berukir
Tempat bersemayang Sang Raja
Sering-seringlah kita berzikir
Supaya Allah anugerahkan surga
 59.Anak keli suka dipuji
Berlomba dengan anak patin
Indah sungguh ketika mengaji
Merdu di telinga indah di batin
 60. Anak dara menanam bunga
Bunga hadiah dari abang
Kalau menyimpang dalam agama
Dunia dihina nasibnya malang
 61.Burung merpati terbang melayang
Terbang jauh pulangnya petang
Kalau mengaji jangan kepalang
Biar hidup terasa tenang
 62.Ikan tongkol ikan pari
Berenang-renang di tepi lautan
Rajin membaca kitab suci
Terhindar kita dari siksaan
 63.Buah pinang buah kelapa
Buah dibawa orang kerinci
Sungguh senang masa remaja
Siang sekolah malam mengaji
 64.BARAQBAH dan AL- JUFRI keturunan Jambi
Orangnya berilmu lagi perkasa
Dari kecil selalu mengaji
Ketika besar berbuat jasa
 65.Keris Siginjai pusaka Jambi
digunakan oleh Orang Kayo Hitam
Janganlah kita malas mengaji
Supaya Nur Allah tidak kelam
 66.Burung pipit di pagi hari
Hinggap di pohon mencari bunga
Berusahalah kita untuk mengaji
Agar tenang hidup di dunia
 67.Kerusi tamu dari rotan
Diatasnya ada ubi rambat
Sering-seringlah mengaji Qur‘an
Agar selamat dunia akhirat
 68. Pergi berjalan ke pinggir sawah
pemandangannya indah tenangkan hati
Perbanyak amal dan ibadah
Rajin mengaji fahami arti
 69.Tebang belukar ambilkan rotan
Rotan diikat dengan erat
Banyak-banyak fahami qur‘an
Agar selamat dunia akhirat
 70.Adik manja tidur berteman
Selimutnya berhias rumput kanji
Bersihkan hati lagi beriman
Hiasi diri dengan mengaji
71.Kayuh basikal kesana kesini
Itulah latihan ahli sukan
Betapa senang hati ini
Melihat anak hafal Al-Qur’an

Anak kecil memotong kayu
Kayu di potong dengan gergaji
Sungguh merdu suara mendayu
Lebih merdu lagi suara mengaji

Pergi ke kantin makan lontong
Jangan lupa minum leci
Bila hati terasa kosong
Ambil Al-Qur’an cepat mengaji

sumber pantun: bukupantun

No comments: