Thursday, June 30, 2016

Bunga Telor Sempena Majlis Khatam Quraan (Malaysia Ngaji 2016)

Pada 29hb Jun 2016 telah berlangsungnya Malaysia Ngaji 2016 yang dijalankan serentak di semua tempat di Negeri Pahang termasuk Malaysia. Bagi memeriahkan majlis ini bahagian-bahagian di PPAP telah menyediakan bunga telor yang sungguh cantik. Berikut adalah suasana keceriaan setelah selesai majlis Khatam Quraan bagi kakitangan PPAP. Alhamdulillah.
 21. Untuk apa menumbuk padi
Kalau padi ada sekamnya
 22. Untuk apa belajar mengaji
Kalau hati ada dendamnya
 23. Berjalan kaki ke Lubuk Terua
Hendak mencari pokok keranji
 24. Tenang hati di hari tua
Melihat anak pandai mengaji
 25. Pak Akob membeli gergaji
untuk memotong dahan rambutan
 26. Jangan lalai solat dan mengaji
Turuti juga hadis dan Al-Qur’an
 27. Adik membeli baju merah
Baju dibeli dari Pak Aman
 28. Kalau hidup ingin tak tentu arah
Bacalah Qur’an sebagai pedoman
 29. Kuala Gandah banyak gajah
Pelancong datang merata tempat
 30. Kalau hati sedang gelisah
Baca Al-Qur’an jadikan obat
 31. Dilangit penuh bintang
Warnanya kuning berkilauan
 32. Ibu bapak tersenyum senang
Mendengar anak baca Al-Qur’an
 33.. Masuk ke hutan dengan kapak dan baji
Terjumpa paya luas terbentang
 34. Rajin-rajinlah belajar mengaji
Supaya Allah menjadi sayang
 35. Tun Perak seorang bendahara
Hang Tuah seorang pahlawan
36. Ingatlah selalu dua perkara
Qur’an dan Hadis jadikan pedoman

rujukan pantun: bukupantun

No comments: