Maka sampailah hari yang di tunggu-tunggu 29hb Jun 2016 Hari Malaysia Ngaji 2016. Ibupejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah memulakan acara pada hari malaysia Ngaji ini dengan Majlis Khatam Quraan bagi kakitangan. Majlis pagi ini turut dihadiri oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Hajjah Faridzah Bt Jaafar. Pada pagi ini bacaan dipimpin oleh seorang kakitangan PPAP iaitu En Zahid bin Idris dari Unit IT.
01. Elok sekali anyaman rotan
Rotan di potong menjadi empat
Rotan di potong menjadi empat
02. Jadikan Al Quran sebagai pedoman
Supaya diri tiada tersesat
Supaya diri tiada tersesat
03. Pergi ke pasar membeli manggis
Dimakan pula bersama peria
Dimakan pula bersama peria
04. Marilah kita mengamalkan hadis
Agar hidup terasa bahagia
Agar hidup terasa bahagia
05. Buah nangka buah appel
Buahnya banyak di ujung dahan
Buahnya banyak di ujung dahan
06. Kalau selalu membaca novel
Selalulah juga membaca Al-Qur’an
Selalulah juga membaca Al-Qur’an
07. Kalaulah tidak ada kemauan
Tidakkan sampai saya ke disini
Tidakkan sampai saya ke disini
08. Kalau tidak dengan keinginan
Tidakkan pandai saya mengaji
Tidakkan pandai saya mengaji
09. Bunga mawar bunga melati
Bila dicium harum baunya
Bila dicium harum baunya
10. Marilah kita sembuhkan hati
Baca Al-Qur’an faham maknanya
Baca Al-Qur’an faham maknanya
11. Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Buah keranji dalam perahu
12. Suruh makan saya makan
Suruh mengaji saya tak mahu
Suruh mengaji saya tak mahu
13. Berkebun di musim hujan
Menanam duku dan durian
Menanam duku dan durian
14. Jika anda dalam kesibukan
Zikrullah jangan ditinggalkan
Zikrullah jangan ditinggalkan
15. Banyak sungguh batang jerami
Hanya satu yang aku cari
Hanya satu yang aku cari
16. Pandai sungguh engkau mengaji
Inilah anugerah yang Allah beri
Inilah anugerah yang Allah beri
17. Buah salak dari Maran
Dijual pula ke Kampung Kandis
Dijual pula ke Kampung Kandis
18. Didiklah diri dengan ajaran Islam
Berpeganglah pada Al-qur’an dan Hadis
Berpeganglah pada Al-qur’an dan Hadis
19. Pagi-pagi berulang ke sawah padi
Sudah petang beralih ke padang
Sudah petang beralih ke padang
No comments:
Post a Comment