Jamuan Hari Raya adalah satu usaha Pengurusan UTC Pahang untuk
menghargai sumbangan kakitangan pelbagai agensi dan sokongan masyarakat
setempat terhadap UTC Pahang. Jamuan ini akan diadakan pada satu tarikh
yang akan diumumkan oleh UTC Pahang.
UTC Pahang telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya UTC Pahang pada tahun 2014 dan 2015. Ianya mendapat sambutan yang sungguh hebat dan luar dugaan. Bagi membuat persediaan satu mesyuarat penyelarasan Majlis Sambutan Hari Raya UTC Pahang telah diadakan pada hari ini 20.6.2016 (Rabu) jam 9.00 pagi.
Berikut adalah gambar sekitar mesyuarat Jamuan Raya UTC Pahang 2016.
01. Keberkesanan peranan Pusat Transformasi Bandar (UTC) telah terbukti apabila UTC berjaya memberi kemudahan kepada masyarakat sehingga dapat menyelesaikan pelbagai urusan dengan hanya berkunjung ke satu bangunan saja.
02. UTC Pahang berkongsi kejayaan ini dengan UTC Perak, UTC Kuala Lumpur, UTC Melaka, UTC Kedah, UTC Sabah, UTC Johor, UTC Sarawak serta mini UTC.
03. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berjaya meningkatkan kolaborasi dalam kalangan Kementerian dan agensi bagi mengoptimumkan penggunaan sumber secara lebih efektif. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ini menekankan pelaksanaan projek kerajaan berimpak tinggi dengan kos yang rendah serta pelaksanaannya dalam jangka masa pendek.
04. Kita jangan terkejut apabila awal-awal pagi sudah ada pengunjung ke perpustakaan UTC. Ada yang membuat ulangkaji, membuat tugasan, mencari bahan dalam internet atau membaca akhbar sambil menunggu siapnya urusan dengan pelbagai jabatan disini. Perpustakaan UTC banyak membantu pelajar-pelajar SK, SMK, kolej dan IPT dalam menyiapkan tugasan masing-masing. Antara perkhidmatan yang paling popular di Perpustakaan UTC adalah mencetak tugasan.
05. Perpustakaan UTC berjaya memberi impak yang besar kepada pelajar dalam memudahkan pelajar membuat tugasan belajar. Bagi ibubapa pula mereka boleh meletakkan anak masing-masing di Perpustakaan UTC bagi membuat kerja sekolah sambil mereka menyelesaikan urusan dengan pelbagai jjabatab. Inilah perkhidmatan yang disediakan di UTC yang dianggap sebagai langkah alternatif kerajaan bagi memudahkan pengguna menyelesaikan masalah mereka dalam satu bangunan dan dengan kadar segera.
07. Setiap hari, pelanggan yang datang memang cukup ramai kerana UTC dibuka seawal jam 8.30 pagi sehingga 10 malam selama tujuh hari seminggu. Idea penubuhan UTC yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak adalah suatu idea yang ‘think out of the box’ iaitu ‘berfikir di luar kotak’ dan ia adalah sebahagian dari starategi NBOS. Antara kejayaan cemerlang UTC ialah apabila UTC memenangi Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2014. Kemenangan itu adalah penghargaan atas kejayaan UTC yang mementingkan kepuasan orang ramai.
Malaysia adalah negara pertama didunia yang membangunkan konsep UTC yang berjaya menarik minat negara lain. Keunikannya kerana kita berjaya mengumpulkan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya dalam satu bumbung.
No comments:
Post a Comment