Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, June 15, 2016

Promosi Malaysia Ngaji 2016 PPAP - World #QuraanHour

Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se Malaysia (MPAM) melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang akan menjayakan Malaysia Ngaji pada 29 Jun 2016 (Rabu). Rakyat Pahang akan membaca al-Quran selama sejam bersama seluruh rakyat Malaysia pada jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang hari tersebut. Moga dengan izin Allah swt Malaysia Ngaji ini akan menjadi detik untuk kita kembali memahami pelbagai rahsia dalam Al-Quran.

Untuk promosi dan hebahan, suatu sesi fotografi Malaysia Ngaji 2016 telah diadakan di perkarangan Bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di Jalan Kemunting Kuantan Pahang. Malaysia Ngaji juga akan dijalankan di semua perpustakaan daerah, cawangan dan desa .

 01. Disuatu malam dimasa silam
Tatkala matahari sedang kelam
Semesta bertasbih dalam diam
Turunlah rahmat semesta alam..[Malaysia Ngaji]
 02. Al-Qur'an itu awal mukjizat
Penempa iman selalu yang liat
Jadikan jiwa selalu sehat
Jadikan prinsip teguh dan kuat...[Malaysia Ngaji]
 03.Awalnya turun suruh membaca
Rasul gemetar mata berkaca
Dituntun Malaikat tiada cerca
Jiwa tenang tanya membuncah...[Malaysia Ngaji]
 04. Wahyu pertama ayatnya lima
Belum bernombor belum bernama
Namun isinya sangat utama
Perintah baca dengan bersama...[Malaysia Ngaji]
 05. Pada Ilahi teruslah dzikir
Pencipta dari setetes air
Supaya kesadaran selalu mengalir
Kemana hidup akan berakhir...[Malaysia Ngaji]
 06. Awal membaca dengan ta'awuz
Ditata rapi kedalam juz
Biar jangan nafsu memerintah
Tamatkan bacaan sekaligus...[Malaysia Ngaji]
 07. Selain belajar dengan menghafal
Renungkan maknanya dengan akal
Sesungguhnya akan menambah bekal
Lemahkan nafsu yang selalu nakal...[Malaysia Ngaji]
 08. Hafiz adalah penghafal Qur'an
Jiwanya bersih dari kotoran
Mudah terpanggil oleh seruan
Perkataan dan perbuatan harus sepadan...[Malaysia Ngaji]
 09. Isi Al-Qur'an terbagi dua
Ada ancaman dan ada bahagia
Mari amalkan sambil berdoa
Moga kita dianugerahkan Syurga...[Malaysia Ngaji]
 10. Al-Qur'an itu memang Mukjizat
Sebagai penenang sebagai ubat
Walau jumlahnya ribuan ayat
Banyak yang hafal tanpa tersilat...[Malaysia Ngaji]
 11. Mari sahabat kita berduyun
Baca Al-Qur'an dengan beralun
Jangan lupa jadikan penuntun
Buat bekal atau sekarangpun...[Malaysia Ngaji]
 12. Rangkian ini adalah syair
Bait disusun mula dan akhir
Berharap nantikan supaya hadir
Terima nasihat untuk diukir...[Malaysia Ngaji]
 13. Wahai hamba berbual kata
Dekatk engkau pada pencipta
Sudahkan ada bukti kau cinta
Dimalam sunyi asyik bersuka...[Malaysia Ngaji]
 14. Kitab Al-Qur'an sering dibuka
Fikir dan dzikir dimana suka
Dengan nama-Nya hilangkan duka
Takut siksa-Nya kelak dineraka...[Malaysia Ngaji]
 15. Wahyu pertama di gua hira'
Turun kepada hamba yang wara'
Sifatnya mulia tak hura hura
Akhlaqnya bagai intan mutiara...[Malaysia Ngaji]
 16. Dialah Rasul si anak yatim
Sifatnya amanah didaulat hakim
Senang menyambung silahturrahim
Lembut jiwanya bersifat Rahim...[Malaysia Ngaji]
 17. Usia muda sudah berjuang
Ikut orang pergi berdagang
Tiada cacat tiada sumbang
Semua orang sangatlah senang...[Malaysia Ngaji]
 18. Diberi wahyu ia gemetar
Merasa diri membaca tak pintar
Diberi amanah yang sangat besar
Keringat mengalir basah keluar...[Malaysia Ngaji]
 19. Datanglah juga wahyu kedua
Siarkan agama secara terbuka
Isteri dan anak diajak serta
Kaum kerabat dihimbau pula..[Malaysia Ngaji]
 20. Berat tentangan didepan mata
Jiwa ditempa sabar ditata
Untunglah ada istri tercinta
Selalu didampingi walau dinista...[Malaysia Ngaji]
 21. Turunlah surat Mudatsir
Jalankan dakwah dipadang pasir
Sampaikan ayat walau diusir
Itulah riwayat Nabi terakhir...[Malaysia Ngaji]
 22. Al-Qur'an turun jadi mukjizat
Didengar Umar ia bertaubat
Dengkinya lawan semakin hebat
Menjadi musuh sanak dan kerabat...[Malaysia Ngaji]
 23. Perintah datang untuk bertauhid
Ada pengikut walau sedikit
Diancam bunuh disiksa sakit
Tidak gentar walau ditindih bukit...[Malaysia Ngaji]
 24. Itulah Rasul pembawa Al-Qur'an
Pusaka abadi ummat pilihan
Takkan berubah sepanjang zaman
Tak lekang panas tak lapuk hujan...[Malaysia Ngaji]
 25. adikan Al-Qur'an sebagai imam
Mulianya bak mutiara manikam
Rajin membaca akan tenteram
Didalam jiwa yang paling dalam...[Malaysia Ngaji]
 26. Al-Qur'an kitab yang benar
Jadikan diri pengamal tegar
Diakhir nanti akan bersinar
Bagai cahaya menjelang fajar...[Malaysia Ngaji]
27. Inilah syair Nuzulul Qur'an
Ditulis hamba dalam renungan
Semoga berguna untuk sekalian
Supaya hidup disayang Tuhan...[Malaysia Ngaji]
sumber syair:
------------------------------
bukupantun

No comments: