Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, July 31, 2017

BUKU Dahsyatnya aura ibu ayah Pengarang Shamsinar G Ali Penerbit Best Seller Publication 2011

BUKU Dahsyatnya aura ibu ayah Pengarang Shamsinar G Ali Penerbit Best Seller Publication 2011

ULASAN BUKU JUN 2017
No Perolehan: 12-002396
ISBN: 978-967-0210-13-1
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/ Ulasan:
Anak adalah permata hati bagi ibu bapa. Kehadiran anak adalah penyeri dalam kehidupan sepasang suami isteri. Kelahiran anak  sulung, biasanya ditatang dengan penuh belaian kasih sayang. Anak diibaratkan sehelai kain putih bersih.

Tanpa noda dan dosa.

Mereka belajar dengan apa yang dilihat, didengar dan dirasai.Siapakah yang bertanggungjawab mencorakkan kain putih ini?

Bagaimana untuk mencorakkanya?
Hadis Rasulullah SAW bermaksud “setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka ibubapalah mencorakkannya, sama ada menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Hadis ini meletakkan tanggungjawab mendidik anak kepada bahu ibu bapa.

Mendidik anak bukan sekadar memberi ilmu dengan menghatar ke sekolah semata, tetapi lebih kepada keperibadian anak-anak. Dalam pembinaan keperibadian anak, ibu bapa adalah ‘madrasah pertama’ yang paling besar pengaruhnya pada jiwa anak-anak.

Buku ini amat bagus sebagai rujukan dan panduan dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat kelak.Buku ini harus dibaca oleh ibu bapa dan anak-anakyang ingin mencari ketenangan, kebahagiaandan redha Allah dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Judul:  Dahsyatnya aura ibu ayah
Pengarangn: Shamsinar G.Ali
Penerbit: Best Seller Publication
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 15.00
Muka surat: 123
Rating: -

Disediakan Oleh :                       
Nurulain binti Mahidin @ Mahasan                             
Pembantu Pustakawan                                                
PD Luit                                                                        

Disemak oleh :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran

Sunday, July 30, 2017

NOVEL Balasan Buat Pembohong PENGARANG Marshall Cavendish PENERBIT Eastview 2009

NOVEL Balasan Buat Pembohong PENGARANG Marshall Cavendish PENERBIT Eastview 2009

ULASAN BUKU JUN 2017
No Perolehan : 12-02942
No Panggilan : FM BAL
ISBN : 9789673032877
Kategori :  Fiskyen Melayu

Ringkasan/ Ulasan:
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan yang dinamakan kampung Sungai Langat.Di kampung ini tinggal seorang pemuda yang bernama Dali.

Beliau mempunyai seorang ibu.Ayahnya sudah lama meninggal dunia.Beliau seorang yang pemalas untuk bekerja.Hanya duduk membuang masa begitu saja dan berangan.Pada suatu hari Dali pergi memancing di sungai dan mendapat banyak ikan.

Beliau telah menjual ikan hasil tangkapan kepada penduduk kampung manakala hasil menjual ikan beliau telah menabung.Pada hari berikutnya beliau memancing seperti sebelum ini tapi gagal mendapat hasil tangkapan.

Dali berasa amat marah dan terus ingin pulang.Dalam masa yang sama kailnya belum diangkat.Apabila Dali mengangkat kailnya  terdapat seekor ikan kaloi yang terkena pada kailnya dan kaloi tersebut meminta untuk dilepaskan dan berjanji akan menjadikan dali seorang pemuda yang kaya seterusnya menjadi pemuda yang disegani di kampung Sungai Langat.

Judul : Balasan Buat Pembohong
Pengarang : Marshall Cavendish
Penerbit : Eastview
Tahun Terbit : 2009
Harga : Rm 6.00
Muka surat : 31
Rating: -

Disediakan Oleh :                           
Mohd Jefri Amri bin Awang Ngah
PD Chenor

Disemak oleh :
Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran

Friday, July 28, 2017

BUKU: MISI KEMANUSIAN SYRIA & SYAM TRAVELOG BERDARAH: PENGALAMAN DAN TELADAN PENULIS JOHAN ARIFF ISMAIL PENERBIT PSN Publication 2014

BUKU MISI KEMANUSIAN SYRIA SYAM TRAVELOG BERDARAH: PENGALAMAN DAN TELADAN PENULIS JOHAN ARIFF ISMAIL PENERBIT PSN Publication 2014

Buku MISI KEMANUSIAN SYRIA & SYAM TRAVELOG BERDARAH:  PENGALAMAN  DAN TELADAN mengisahkan catatan pengembaraan penulis di bumi Syria dan Syam tentang sejarah dan kehidupan dinegara Syria dan Syam yang penuh krisis dan tragedi yang menyedihkan.Bagi memahami krisis di Syria,kita  terlebih dahulu perlu mendekati sejarah Syam serta ratusan hadis Rasullah SAW yang memperkatakan tentang tanah Syam dan sejarah ketamadunan Islam yang terdapat dalam buku ini.

Penulis juga menceritakan sejarah Syria yang terkenal dengan sebutan Syam ialah tempat yang menjadi medan perjuangan para nabi dan rasul terdahulu malah Rasulullah SAW pernah datang berdagang ke Syria ketika Rasulullah SAW kecil dan remaja.

Buku ini juga mengisahkan latar belakang krisis di Syria dan kekejaman Regim Asaad yang banyak mengorbankan rakyat Syria.Penulis turut berkongsi pengalaman memberi bantuan kemanusia ke Syria yang amat menyedihkan .

Semoga perkongsian dalam buku ini menjadi pedoman dan iktibar bagi kita semua selagi masih berpeluang untuk bernafas di dunia yang fatamorgana ini juga menyedarkan kita  tentang bertapa mahalnya nikmat keselesaan yang dikurniakan Ilahi kepada kita di bumi Malaysia.

PENULIS: JOHAN ARIFF ISMAIL
PENERBIT: PSN Publication Sdn.Bhd
TAHUN TERBITAN: 2014
JUMLAH MUKA SURAT: 270
HARGA: RM 24.72
NO PEROLEHAN: 910.4 JOH   
NO ISBN: 978 967 0573 32 8

Disediakan Oleh:
Farah Naz Alia Rosli
Pembantu Perpustakaan

Disemak oleh:
Norhidayah Binti Salleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin

Thursday, July 27, 2017

BUKU BERSENAM CARA MUDAH Penulis Zainun Ishak PENERBIT ZIT Publishing

BUKU BERSENAM CARA MUDAH Penulis Zainun Ishak PENERBIT ZIT Publishing

Buku ini sangat menarik dan bermanfaat bagi yang suka bersenam. Selain penyampaian yang ringkas dan mudah, gambar ilustrasi yang berwarna menjadikan buku ini mudah dijadikan sebagai rujukan. Buku ini bukan sahaja memaparkan teknik tetapi lebih daripada itu.

Teknik senamam yang betul, kesan terhadap pengamal dan pelbagai kaedah yang ditunjukkan membolehkan pembaca melakukan aktiviti senaman dengan betul dan selamat.
Merangkumi teknik senaman ringkas untuk pelbagai peringkat umur yang dibahagikan kepada 13 bab dalam pelbagai sudut penerangan penting berkaitan senaman.

Biasanya kita melakukan senaman mengikut rutin tanpa mengetahui kenapa senaman itu perlu dilakukan dan yang penting persoalan adakah cara tersebut selamat dan apakah kesannya kepada tubuh badan? Melalui buku ini, segala aspek seperti tujuan, cara dan kaedah senaman, kepentingan dan kesan senaman turut diterangkan.

Penulis: Zainun Ishak
Penerbit: ZIT Publishing
No Panggilan: 613.7
Harga: RM32.90

Disediakan Oleh:
Nur Diana Binti Abdullah
Pembantu Perpustakaan

Disemak oleh:
Norhidayah Binti salleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin

Wednesday, July 26, 2017

Buku MENYUSU SI PERMATA HATI EDITOR Intan Nazrahayu Nasir PENERBIT PTS Millennia

Buku MENYUSU SI PERMATA HATI EDITOR Intan Nazrahayu Nasir PENERBIT PTS Millennia

Buku ini adalah panduan bagi para ibu dan bakal ibu yang ingin menyusukan bayi secara eksklusif . Penyampaian yang ringkas dan mudah difahami menjadikan buku ini sesuai dijadikan rujukan.

Isi kandungannya berdasarkan pengalaman para ibu dalam menjalani rutin kehidupan bersama dengan bayi dari saat persediaan menanti kelahiran sehinggalah pengurusan bayi setelah lahir. Buku ini banyak membantu para ibu yang betul-betul serius untuk menyusukan bayi dengan jayanya.

Bukan mudah untuk menjadi ibu yang betul-betul berjaya menyusukan bayi mereka secara eksklusif terutamanya kepada mereka yang baharu sahaja melahirkan anak pertama. Kurangnya pengalaman dan pengetahuan akan membantutkan usaha ke arah tersebut.

Oleh itu, memiliki buku ini penting kerana segala permasalahan diceritakan berdasarkan pengalaman para ibu dan boleh dijadikan rujukan dalam menjayakan penyusuan. Melalui buku ini, kita boleh belajar untuk mengendalikan bayi, kaedah penyusuan, dan kerjaya bagi ibu yang kembali bertugas setelah habis pantang tanpa perlu menghentikan proses penyusuan susu ibu.

Editor: Intan Nazrahayu Nasir
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
No Panggilan: 649.33
Harga: RM22.50

Disediakan Oleh:
Nur Diana Binti Abdullah
Pembantu Perpustakaan

Disemak oleh:
Norhidayah Binti salleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin

Tuesday, July 25, 2017

BUKU Herba Berpotensi di Malaysia OLEH Nasnan Jajuli PENERBIT Dewan Bahasa Pustaka 2013

BUKU Herba Berpotensi di Malaysia OLEH Nasnan Jajuli PENERBIT Dewan Bahasa & Pustaka 2013

Call No. : 615.321
ISBN : 978-983-46-0725-8
Bahasa : Melayu
Kategori : Teknologi

Ulasan :
Buku ini memperkenalkan pelbagai herba yang terdapat di negara kita serta manfaat dan penggunaannya. Pembaca diperkenalkan dengan jenis herba,ciri fizikal,habitat,kaedah penanaman,penggunaan dan khasiatnya.
Penghasilan buku ini merupakan satu alternative untuk pembaca memilih jenis herba yang berpotensi untuk dikomersialkan sebagai industri atau sebagai bahan rujukan untuk rawatan dan penjagaan kesihatan.
Buku ini bertujuan mengubah persepsi tentang herba kerana ia boleh dijadikan industri penghasilan herba dan produk herba yang mampu diangkat ke peringkat antarabangsa.
Hasrat penulis adalahuntuk mengubah pemikiran khalayak terhadap industry ini supaya mengambil peluang daripada potensi herba dan memanfaatkannaya untuk perubatan dan penjagaan kesihatan serta peningkatan ekonomi melalui sektor penanaman herba dan penghasilan produk herba.

Judul : Herba Berpotensi di Malaysia
Pengarang/Penyusun : Nasnan Jajuli
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun Terbit : 2013
Harga : RM 16.80
Muka surat : 129
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Kamariah Bt Omar
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Desa  Peramu Jaya 3

Disemak Oleh    :
Rohaida binti Zainudin
Penolong Pustakawan
Perpustakaan Daerah Pekan

BUKU Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Khas PENULIS ZHAHARULNIZAM SHAH ZA penerbit Utusan Publication 2010

BUKU Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Khas PENULIS ZHAHARULNIZAM SHAH ZA penerbit Utusan Publication 2010

Buku :Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Khas
Pengarang :ZHAHARULNIZAM SHAH Z.A
 No. Perolehan :
 No. Panggilan :371.909595
ISBN :978-967-61-2375-6
Kategori:PendidikanKhas

 ULASAN

Buku ini berkaitan Pengurusan Pendidikan Khas yang  merangkumi aspek pengurusan dan pentadbiran yang sistematik dan efisen dalam mendidik kanak-kanak istimewa di sekolah Pendidikan Khas. Pelaksaan pendidikan khas adalah sejajar dengan gesaan Kementerian untuk meningkatkan kualiti dan tahap kecekapan pengurusan yang dapat melahirkan kanak-kanak istimewa yang mempunyai daya tahan serta pemikiran yang kreatif dan sistematik. Dengan menggunakan pelbagai teknik dan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersusun mengikut standard silibus pendidikan khas yang telah ditetapkan agar ianya menepati sasaran pendidikan yang berkesan.
Disamping itu juga perkara yang penting adalah bagaimana seseorang pendidik pendidikan khas perlu memahami secara menyeluruh tentang persekitaran umum berkaitan kanak-kanak  yang bermasalah dari pelbagai segi. Ini kerana setiap kanak-kanak yang bermasalah terdiri daripada permasalahan yang berbeza mengikut jenis dan tahap permasalahan yang dihadapi.Antaranya terdapat kumpulan kanak-kanak yang mengalami masalah seperti sindromdown, autisme,terenc atakal, hiperaktif dan ganguan emosi serta masalah komunikasi.
Jesteruitulahperanankepimpinandanpengurusanpendidikankhasiniadalahpentingbagimemastikanpendidikankhasinilebihefiesendanbersistematikdalamusahamendidikkanak-kanakistimewa di negarainitercapai.

Penerbit :Utusan Publication & Distributors SDN BHD
Tahunterbit: 2010
Harga: RM 14.00
Mukasurat:113 Helaian

Disediakanoleh :
LilidalilaBtRopa
PerpustakaanDesaBalok

Disemakoleh :
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Unit RangkaianPerpustakaan

Monday, July 24, 2017

Buku RAWATLAH HATI Pengarang DR ROBIAH K HAMZAH Penerbit GRUP BUKU KARANGKRAF 2010

Buku RAWATLAH HATI Pengarang DR ROBIAH K HAMZAH Penerbit GRUP BUKU KARANGKRAF 2010

ULASAN BUKU

A. JUDUL BUKU : RAWATLAH HATI.
B. PENULIS : DR. ROBIAH K . HAMZAH
C. TAHUN TERBITAN : 2010
D. PENERBIT BUKU :GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.
E. JUMLAH MUKA SURAT :450
F .HARGA :  RM 19.90.
G. NO PEROLEHAN : 297.57
BULAN BACAAN : JULAI 2017

ULASAN BUKU :
   
Hati adalah kolbu yang dicipta oleh Allah maka perbanyakkan jaga hati dengan sebaik mungkin.Hati yang bersih dan suci adalah hati yang dekat kepada Maha Pencipta. Buku ini menceritakan dan menghurai segala permasalahan berkenaan hati. Penulis yang juga Pakar Motivasi memberi sedikit tips bagaimana menjaga hati yang pernah dilukai dan terluka atas kesilapan diri sendiri.
   
Beberapa ungkaian permasalahan berkenaan hati telah cuba diselesaikan oleh Penulis. Antara kata-kata yang penuh bermakna yang menjadi pedoman untuk dipegang oleh pembaca berbunyi
“ HIDUP KITA MUNGKIN UNTUK HARI INI SAHAJA. BANGUNKANLAH KEYAKINAN DIRI, BINA TEKAD YANG KUAT DAN SEMANGAT YANG KENTAL. PERBAIKI KEHIDUPAN HARI INI UNTUK TERUS HIDUP SETAHUN LAGI.SELAMAT TINGGAL MASA LUKA YANG BERLALU. TERGELAMLAH SEPERTI TERBENAMNYA MATAHARI, USAH BERSEDIH LAGI. SELAMAT DATANG ESOK DAN MULAKAN HIDUP DENGAN HATI YANG LAPANG MENUJU BAHAGIA ‘’

Mogasetiaplukaditemuiberkenaanhatiadapenawarnya. RAWATLAH HATI antarabuku yang mampudibacauntukdijadikanantarasumberdanmotivasibagipengubathati yang dalamkedukaan.

Disedaiakan oleh
Mohamed Yusmi B MohamadYunus
PembantuPustakawan
PD LeparHilir

DisemakOleh
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Unit RangkaianPerpustakaan



Buku RAHSIA KESIHATAN DARI JAMBU Penerbit SYNERGY MEDIA

Buku RAHSIA KESIHATAN DARI JAMBU Penerbit SYNERGY MEDIA

ULASAN BUKU BULAN MEI  2017 BUKU 1

TAJUK BUKU            :   RAHSIA KESIHATAN DARI JAMBU
PENGARANG        : 
NO.PANGGILAN  :    615.323765/IDE 
ISBN                       :   978-967-371-938-9
PENERBIT              :   SYNERGY MEDIA
TAHUN TERBIT     : 
EDISI BAHASA       :    BAHASA MELAYU
HARGA                   :    RM 16.90

ULASAN BUKU;

Jambu batu dalam Bahasa Inggeris di sebut Guava dan memiliki banyak nama. 

Rasa buah jambu batu manis dan renyah di sukai ramai orang serta mengandungi vitamin c.
Ia juga menyimpan berjuta-juta manfaat. Hampir semua bahagian pokok jambu dapat dimanfaatkan seperti akar, batang dan daunnya dapat digunakan untuk mengubati beberapa masalah dan penyakit.

Jambu batu juga dapat menurunkan kadar kolesterol dan  menurunkan tekanan darah tinggi serta antikanser.  Jambu batu juga enak di buat jem dan jus jambu batu yang berkhasiat

NOVEL Siapa? PENULIS Amelia Hashim PENERBIT Pekan Ilmu Publications 2014

NOVEL Siapa? PENULIS Amelia Hashim PENERBIT Pekan Ilmu Publications 2014

ULASAN BUKU JUN 2017
No Perolehan: 14-07340
ISBN: 978-967-5841-92-7
Kategori: Bahasa Melayu
Ringkasan/Ulasan:

Umairah sering dikaitkan dengan suami orang yang ingin menjadikannya sebagai teman hidup.Hati Umairah berbelah bahagi.Ikhlaskah mereka?

Kesucian cinta dalam jiwa hanya milik arwah suaminya.Figura kecantikan dan kekayaan yang dimilikinya membuatkan ramai lelaki ingin mengambil kesempatan ke atasnya.

Suatu perjalanan yang sangat tragis telah meragut nyawa Umairah.Nurul Izzati, seorang wartawan dan juga sahabat kepada Umairah berusaha untuk membongkar rahsia disebalik pembunuhan Umairah.

Siapakah sebenarnya pembunuh Umairah?

Nama Fall Cover Buku:
Judul: Siapa?
Pengarang: Amelia Hashim
Penerbit: Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd
Tahun terbit: 2014
Harga: RM 15.92
Muka surat: 302
Rating:

Disediakan Oleh :                        
Nor Hailah binti Baharom                                          
Pembantu Operasi                                                      
PAD Maran                                                                 

Disemak oleh :
Norkamila binti  Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran

Buku 100 YANG TERLAKNAT PENGARANG SALMAN NASHIF AD-DAHDUH PENERBIT PERPUSTAKAAN NASIONAL RI 2008

Buku 100 YANG TERLAKNAT PENGARANG SALMAN NASHIF AD-DAHDUH PENERBIT PERPUSTAKAAN NASIONAL RI 2008

TAJUK BUKU: 100 YANG TERLAKNAT
NO. PEROLEHAN: DRAU 08340
NO. PANGGILAN: 297.22 SAL
ISBN: 978-9791135290
BAHASA: MELAYU (INDONESIA)
KATEGORI: AGAMA

ULASAN:
Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan. Dilaknat bermaksud “ dijauhkan dari rahmat Allah swt. Jika kita rindu akan kasih sayang Allah di dunia dan di akhirat, maka kita mesti meninggalkan segala apa yang dilarang.

Tetapi tanpa kita sedari ianya sudah menjadi amalan kita seharian.Oleh itu buku 100 yang terlaknat ini hadir untuk menjelaskan sifat-sifat perbuatan-perbuatan dan orang-orang yang dilaknat Allah.

Semoga apa yang terdapat dalam buku ini akan menginsafkan kita dan akan merubah hidup kita ke jalan yang diredhai. 

PENGARANG: SALMAN NASHIF AD-DAHDUH
PENERBIT: PERPUSTAKAAN NASIONAL RI
TAHUN TERBIT: 2008
HARGA: RM 41.50
MUKA SURAT: 244

DIULAS OLEH:

JAMALIAH MOHAMED
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

DISEMAK OLEH:
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
PENOLONG PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

Novel CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA PENGARANG ANIA MALNA PENERBIT PENERBITAN KARYASENI 2013

Novel CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA PENGARANG ANIA MALNA PENERBIT PENERBITAN KARYASENI 2013

NO. PEROLEHAN :DBER 14-07712
CALL NO. : F ANI
ISBN :978-967-0246-62-8
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : FIKSYEN MELAYU
ULASAN:
   
Kisah Cintaku Tertinggal Di Korea memaparkan percintaan yang merentas 2 negara, iaitu Malaysia dan Korea yang berbeda dari segi pertuturan, agama dan budaya. Percintaan antara Aimin Hazwani dan Son Min Hyuk penuh dengan pelbagai halangan baik dari segi agama, keluarga dan juga orang ketiga.
   
Buku ini tidak lain sekadar bercerita mengenai pengalaman dua insan yang saling mencintai terpaksa berkorban dalam perjuangkan cinta mereka walaupun ada masa mereka terpaksa  akur dengan kehendak keadaan agar melupakan kepentingan perasaan mereka dan rela menanggung segala derita.

Namun jodoh itu takdir Allah yang meredhai setiap hambanya yang ikhlas menyayangi berlandakan agama bukan berlandaskan nafsu semata. Keikhlasan hati Adam Yusuf menyayangi Aimin Hazwani berlandaskan agama membuat Ayah Aimin meminta Aimin Hazwani menerima lamaran Adam Yusuf.

Aimin Hazwani perlu melupakan Son Min Hyuk dan menerima Adam Yusuf buat selamanya.Setiap perkara yang kita lakukan kerana Allah, segala kesukaran adalah madu sebuah kebahagiaan.

NAMA FAIL COVER BUKU : CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA
JUDUL : CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA
PENGARANG : ANIA MALNA
PENERBIT : PENERBITAN KARYASENI SDN. BHD
TAHUN TERBIT :2013
HARGA :RM20.80
MUKA SURAT :702
RATING :4/5

BUKU Soal Jawab Bakal Ibu PENULIS Dr.Ariza Mohamed PENERBIT PTS Litera Utama 2005

BUKU Soal Jawab Bakal Ibu PENULIS Dr.Ariza Mohamed PENERBIT PTS Litera Utama 2005

No Perolehan: DCAM 17425
ISBN: 983-3372-23-6
Kategori: 618.2
Ringkasan/ Ulasan: Soal jawab bakal ibu

Buku ini sangat sesuai untuk pasangan yang sedang menanti kelahiran anak sulung ataupun yang sedang merancang untuk mempunyai cahaya mata pada masa hadapan.

Buku ini boleh meningkatkan lagi pengetahuan bakal ibu khususnya dan bapa amnya dengan harapan dikurniakan anak yang sihat dan comel sebagai penyeri hidup mereka.

Buku ini turut  juga ditulis dalam bentuk yang mudah difahami kerana disampaikan dalam bentuk soal jawab. Ia sangat sesuai dengan situasi yang dihadapi oleh ibu-ibu di Malaysia dan jawapan yang diberi ringkas dan tepat.

Buku ini juga merangkumi semua peringkat dari awal kandungan sehingga lahir dan selepas bersalin. Buku ini dikarang oleh Dr.Ariza Mohamed, beliau merupakan  pakar perbidanan dan sakit puan seta mempunyai pengalaman sebagai pakar perbidanan dan sakit puan selama hampir 10 tahun.

Nama Fail Cover Buku: Soal jawab bakal ibu.jpg
Judul: Soal jawab bakal ibu
Pengarang: Dr.Ariza Mohamed
Penerbit: PTS Litera Utama.
Tahun Terbit: 2005
Harga: RM 20.00
Muka surat: 195
Rating: 5

Disediakan oleh
ROSNIZA BT ELIAS

Tuesday, July 18, 2017

BUKU Rahsia Daya Manusia buku moral dan motivasi PENULIS Rina Karin PENERBIT Shereen Montero

BUKU Rahsia Daya Manusia: buku moral dan motivasi PENULIS Rina Karin PENERBIT Shereen Montero

No Perolehan :   EPAL 005130
Call No. :   153 RIN
ISBN :   978-967-12207-0-2
Bahasa :   Melayu
Kategori :   Falsafah

Ulasan :
Buku Rahsia Daya Manusia ini, ditulis untuk semua lapisan masyarkat dan ianya untuk pengetahuan umum yang boleh digunakan sebagai bacaan yang boleh menambahkan inspirasi diri, meningkatkan semangat dan meyakinkan diri untuk lebih memeroka keuapayaan diri setiap manusia.
Buku ini mampu memberikan pengertian mengenai matlamat manusia hidup di bumi, pegangan hidup atau prinsip hidup sejati dan mampu menyedarkan manusia bahawa setiap individu mempunyai semua kepintaran sekiranya mengetahui cara memeroka kepintaran diri yang tersembunyi. Namun demilian, segalanya adalah di bawah naungan Tuhan yang amat Penyayang dan Pengasih yang mencipta bumi dan segala yang ada dalam dunia ini. Maka, silalah bertakwa dan menuju ke arah kehidupan sejati yang berkalibar.
Rahsia Daya Diri memaparkan kualiti diri yang murni dan cara-cara mempraktikkan diri melalui pemikiran yang bersifat kemanusiaan tanpa mengugat ciptaan semulajadi, meneroka secara lebih mendalam mengenai sifat kemanusiaan, memupuk kesedaran ‘betapa pentingnya pemikiran yang sihat untuk memupuk seorang individu yang baik dan seterusnya menyumbang tenaga melalui minda yang sihat ke arah kejayaan ekonomi’.

Judul :      Rahsia Daya Manusia
Pengarang :      Rina Karin
Penerbit :      Shereen Montero-Penerbitan Persedirian
Tahun Terbit :    
Harga :      RM 16.16
Muka surat :      152
Ratin :      3/5

Disediakan Oleh    :
Noraziah Binti Abd. Razak
Pembantu Pustakawan
      PD Paloh Hinai

Disemak  Oleh       :
Rohaida binti Zainudin
Penolong Pustakawan
      Perpustakaan Daerah Pekan

Tuesday, July 11, 2017

BUKU Belajar Melalui Bermain PENULIS Sharifah Nor Puteh PENERBIT Utusan Publications 2017

BUKU Belajar Melalui Bermain PENULIS Sharifah Nor Puteh PENERBIT Utusan Publications 2017

No Perolehan :   EPAL 003728
Call No. :   372.2101 SHA
ISBN :   978-967-61-2640-5
Bahasa :   Melayu
Kategori :   Sains Kemasyarakatan

Ulasan :
Belajar Melalui Bermain adalah prinsip utama dalam pendidikan kanak-kanak. Ramai tokoh pendidikan awal kanak-kanak mengatakan belajar melalui bermain merupakan pendekatan yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek secara menyeluruh. Buku ini mengemukakan pengetahuan yang mendalam tentang pendekatan bermain.
Buku ini ditulis berdasarkan kajian dan idea dalam buku ini disampai dengan jelas supaya mudah dibaca. Buku ini sesuai dijadikan rujukan dan bahan bacaan program latihan perguruan, pelajar kursus pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan prasekolah. Maklumat dalam buku ini penting untuk memberikan panduan kepada pendidik mempraktikkan pengetahuan secara teori kepada amalan. Aktiviti bermain yang disarankan dalam buku ini menyokong pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu mengikut fitrah kanak-kank ataupun bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.

Judul :      Belajar Melalui Bermain
Pengarang :      Sharifah Nor Puteh
Penerbit :      Utusan Publications & distributors Sdn Bhd
Tahun Terbit :      2013
Harga :      RM 16.16
Muka surat :      113
Ratin :      3/5


Disediakan Oleh    :
Noraziah Binti Abd. Razak
Pembantu Pustakawan
PD Paloh Hinai

Disemak  Oleh       :
Rohaida binti Zainudin
Penolong Pustakawan
Perpustakaan Daerah Pekan

Tuesday, July 4, 2017

BUKU Perisai Buat Wanita Melindungi Daripada Lelaki Perosak PENULIS Airol Irwan Limin dan Faizah Mohd Osman PENERBIT Utusan Publications 2013

BUKU Perisai Buat Wanita Melindungi Daripada Lelaki Perosak PENULIS Airol Irwan Limin dan Faizah Mohd Osman PENERBIT Utusan Publications 2013

No Perolehan :   EPAL 003718
Call No. :   305.42 AIR
ISBN :   978-967-61-2606-1
Bahasa :   Melayu
Kategori :   Sains Kemasyarakatan

Ulasan :
Buku ini merupakan nukilan ilmu yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan melibatkan golongan wanita dan remaja perempuan. Menyingkap pelbagai kes yang melibatkan mangsanya wanita dan pemangsanya lelaki perosak, inti pati buku motivasi ini mengajar dan mendidik secara praktikal bagaimana untuk melayari perhubungan cinta sesama manusia agar tidak mudah terjerat ke kancah permainan lelaki perosak.
Bermula dengan perkenalan di awal pusingan sehinggalah ke arena perkahwinan, golongan wanita berpandukan tentang bagaimana untuk mengenali dan menilai lelaki sama ada melalui tutur kata, pandangan mata mahupun sentuhan pertama mereka. Selain itu, ia juga menitikberatkan tentang pembawaan watak selaku seorang isteri terhadap suami agar si suami tidak mudah beralih arah atau lebih teruk menjadi lelaki perosak.
Kadar percintaan dan keutamaan metetakkan percintaan juga dibangkitkan sebagai pembuka hati dan perasaan agar tidak sekali-kali mendambakan cinta sesama manusia melampaui cinta Ilahi. Ternyata konsep 50% yang digarap dalam buku ini memberi impak besar buat para pembaca.
Secara keseluruhan, buku ini menyentuh mengenai perhubungan yang terjalin dalam kalangan remaja dari peringkat sekolah, pengajian tinggi dan golongan wanita, serta tidak terhad kepada yang berkerjaya sahaja. Buku ini juga menyentuh perihal pasangan suami isteri tentang hak dan tanggungjawab masing-masing. Pendekatan dalam penyampaian buku ini bukan sahaja sesuai kepada pembaca beragama Islam tetapi boleh dijadikan panduan oleh pelbagai bangsa dan agama. Sehubungan itu, buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah, institut pengajian tinggi, badan-badan kerajaan dan swasta semua golongan wanita. Selamat membaca!!!

Judul :      Perisai Buat Wanita - Melindungi Daripada Lelaki Perosak
Pengarang :      Airol Irwan Limin
Penerbit :      Utusan Publications & distributors Sdn Bhd
Tahun Terbit :      2013
Harga :      RM 28.00
Muka surat :      330
Ratin :      4/5

Disediakan Oleh    :
Noraziah Binti Abd. Razak
Pembantu Pustakawan
PD Paloh Hinai

Disemak  Oleh       :
Rohaida binti Zainudin
 Penolong Pustakawan
Perpustakaan Daerah Pekan