ULASAN BUKU JUN 2019
Buku: Sejenak ke Tanah Melayu
No Perolehan: DMAR 18-005349
ISBN:9786-6713-777-58
Kategori: SEJARAH
Ringkasan/ Ulasan:
‘Sejenak ke Tanah Melayu’ berkisar tentang Tanah Melayu secara keseluruhannya, baik dari segi geografi, politik, sejarah, sosial, flora dan fauna serta tradisi masyarakat di Tanah Melayu.
Ini termasuklah sedikit pencerahan tentang penduduk asal Tanah Melayu seperti Orang Asli dan mesyarakat Melayu,selain bangsa-bangsa imigran asing yang menumpang tuah di bumi Melayu dan akhirnya mencorakkan suasana kehidupan di Tanah Melayu.
Segala komunikasi dan interaksi antara bangsa Asia dan bangsa Eropah juga diceritakan dengan jelas dan ia mengambarkan betapa kedua-dua peradaban ini mampu berinteraksi dengan baik tanpa mengira sebarang perbezaan,fahaman,agama dan budaya.
Secara ringkasnya buku ini merupakan salah satu bentuk dokumentari bertulis untuk penduduk Eropah yang mahu mengembara ke Tanah Melayu dan menyaksikan keindahan Tanah Melayu yang menggamit jiwa ribuan penduduk Eropah yang sudah bosan dengan gaya hidup barat dan mahu beralih kepada gaya hidup Timur yang dirasakan lebih eksotik dan kaya dengan nilai budaya.
Judul: Sejenak ke Tanah Melayu
Pengarang : PHILIP C. COOTE
Penerbit : Geroda Merah Press
Tahun terbit: 2017
Harga: RM 25.00
Mukasurat: 101
Rating :
Disediakan Oleh :
Nor Hailah Bt Baharom Zulkepli Bin Haron
Pembantu Operasi
Disemak oleh :
Ketua Perpustakaan Daerah PAD Maran
PAD Maran
No comments:
Post a Comment