Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, September 20, 2019

BUKU: KELUARGA GERILYA oleh Pramoedya Ananta Toer

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 8/2019
BUKU: KELUARGA GERILYA oleh Pramoedya Ananta Toer

TAJUK BUKU : KELUARGA GERILYA
PENGARANG :  Pramoedya Ananta Toer
NOMBOR PEROLEHAN:  TIADA BUKU SENDIRI
NOMBOR PANGGILAN:  -
ISBN :  -
BAHASA :  INDONESIA
KATEGORI :  Fiksyen
ULASAN :

Pramoedya Ananta Toer merupakan satu nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam bidang penulisan di Indonesia.  Karya beliau banyak menitipkan warna-warna kehidupan pasca perang dan penjajahan.  Rona-rona duka bersimpang siur dalam melayari kehidupan, berbaur dengan puing-puing pengorbanan, kesetiaan, pendirian dan peranan agama dalam mengharungi revolusi kemerdekaan.  Karya ini pernah dijadikan teks untuk sastera tingkatan enam sekitar tahun lapan puluhan di Malaysia.  Saya sendiri menggunakan buku ini untuk kajian sastera ketika itu.

Keluarga gerilya menghidangkan kisah suka duka era sebelum kemerdekaan. Terdapat 5 watak utama yang menjalin rangkaian peristiwa dalam novel ini.  Amilah ibu yang berusia 41 tahun mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan anak sulungnya iaitu Saaman, diikuti Kartiman yang mempunyai sifat pemarah dan mempunyai kawalan emosi yang lemah.  Kartiman menyertai barisan hadapan gerilya dan dialah yang menembak bapanya.  Diikuti oleh Canimin yang berwajah cacat akibat kebakaran dalam pertempuran di Madiun. Salamah anak perempuan ke empat merupakan tunangan Darsono berusia 19 tahun. 

Ketua keluarga iaitu Saaman, menyara keluarga dengan pendapatannya sebagai pengayuh beca.  Saaman yang menghadapi hukuman mati setelah tertangkap oleh militer Belanda kerana membunuh bapa yang berlainan ideology.  Bapanya sarjan petualang kerana menjadi tali barut musuh iaitu pihak Belanda.   

Terpenjaranya Saaman meletakkan tanggungjawab mnguruskan keperluan keluarga di bahu Salamah, adik perempuannya yang ke empat.  Gadis cantik mekar bugar itu mempunyai paras menawan yang menerbitkan rasa iri di hati bundanya sendiri iaitu Amilah.  Sementara adik lelaki Saaman iaitu Canimin dan Katiman yang menyertai barisan hadapan gerilya telah terkorban di medan pertempuran. 

Amilah yang sarat menanggung bebanan perasaan mengalami tekanan jiwa.

Yang menariknya ialah coretan yang dinukilkan dalam buku ini ialah kejadian yang berlaku dalam ruang lingkup 3 hari dan tiga malam sahaja. 

Novel yang sarat dengan pesanan moral, mengajar prinsip moral dan kehidupan yang memerlukan pengorbanan merupakan pembelajaran berharga serta mengolah rasa dan naluri pembaca. 

Pramoedya Ananta Toer  berjaya menjadikan buah karya sastera beliau sebagai medium yang cukup baik mengajarkan nilai kehidupan melalui sastra. Novel yang sarat dengan pesan moral, prinsip, pengorbanan, dan pembelajaran berharga membuai rasa dan naluri pembaca.

Jika anda seorang pembaca yang mengharapkan happy ending dalam pembacaan, karya Pram ini bukanlah pilihan yang tepat. 

Jika ada pun sedikit kegembiraan yang hanyalah berkaitan Darsono tunangan Salamah yang berjanji menerimanya seadanya walaupun tahu Salamah sudah tidak suci lagi. 

Secara peribadi saya berharap novel ini diulang cetak dengan menyediakan sarikata bahasa Malaysia agar pembaca menikmati pembacaan secara langsung.

Nama Fail Cover Buku :  Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 8/2019
Pengarang :  Pramoedya Ananta Toer
Penerbit
Tahun Terbit :  1955
Mukasurat :  239
Rating :  9/10
Disediakan oleh :  Juriah bt Mohamed
   Pembantu Pustakawan
                   Desa Jambu

No comments: