Buku: KECELAKAAN ORGANISASI
JUDUL BUKU : Kecelakaan Organisari
N0.PENGKELASAN : 658.409 GUR
ISBN : 967-69-0672 -7
PENGARANG : Gurcharan Singh Sandu
TARIKH / TAHUN : 2006
EDISI BAHASA : Bahasa Malaysia
HARGA : RM 15.00
ULASAN :
Buku ini menyajikan refleksi tentang beberapa amalan negatif kepimpinan dan pengurusan dalam organisasi. Contoh amalan-amalan negatif ini dipersembahkan dalam bentuk yang mudah dibaca dan difahami.
Amalan negatif sedemikian yang berlaku dalam organisasi mengakibatkan kerugian kepada organisasi dan produktiviti staf. Refleksi terhadap amalan negatif diikuti pula dengan cadangan tindakan yang sepatutnya oleh ketua atau bos. Sifat-sifat positif dan negatif ketua juga dipaparkan untuk renungan bersama.
Antara punca berlakunya kecelakaan dalam sesebuah organisasi adalah, kegagalan dalam komunikasi.
Kecelakaan ini berlaku kerana cara komunikasi yang tidak berkesan oleh pihak atasan. Adakalanya projek yang besar mengalami beberapa masalah.
Apabila berlaku kejadian seumpama ini, ramai bos akan memarahi pekerja mereka. Sepatutnya, bos menjalin komunikasi terbuka dan telus bersama-sama stafnya. Semua staf yang terlibat dengan projek harus diberitahu tentang segala maklumat, sama ada maklumat itu positf atau negatif. Elakkan menyimpan rahsia dengan staf agak ia tidak menimbulkan keraguan di kalangan anggota organisasi.
Seterusnya, punca lain yang membawa kepada kecelakaan organisasi adalah, pekerja yang pandai berkata-kata. Ada di kalangan pekerja dalam organisasi pandai bermain drama. Mereka merupakan orang yang paling lantang dalam mesyuarat namun suka mencuri tulang dalam perlaksanaan sebenar sesuatu kerja.
Orang sebegini sememangnya ada dalam kebanyakan organisasi. Kecelakaan berlaku apabila bos terpedaya dengan lakonan pekerja sebegini.
Bos mungkin tidak mengenali kelakuan pekerja sedemikian jika dia baru dalam organisasi tetapi bos haruslah peka dan menganalisis latar belakang pekerjanya. Jika bos sensitif dan pandai meneliti stafnya, dia akan mudah mengenali sikap pekerja-pekerja bawahannya.
Sebagai penutup, pengulas merasakan buku ini amat sesuai kepada mereka yang sedang atau bakal menerajui sesebuah organisasi. Sikap positif pemimpin dan pekerja mampu menghasilkan produktiviti kerja yang cemerlang. Kedua-dua pihak haruslah memainkan peranan mereka dengan baik demi kelangsungan sesebuah organisasi terhadap pelbagai jenis kemahiran.
DISEDIAKAN OLEH : PN. SAHIDAH BINTI ABDUL GANI
No comments:
Post a Comment