Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, February 14, 2013

Buku 2: Toksin Masuk Tosin Keluar oleh Dr Yasmeen Farouk Mohamed

No Perolehan: 12-03807
ISBN: 9789831246603

Ulasan:
Adakah anda berasa letih dan kejang urat saraf setiap kali bangun pagi?

Berat badan anda tetap bertambah walaupun segala langkah-langkah pencegahan telah dilakukan?

Mempunyai darah tinggi dan kadar kolesterol yang tinggi?
Memiliki keturunan yang mempunyai arthritis atau sakit jantung?

Jika jawapan anda YA terhadap semua persoalan di atas, AWAS! Ada sesuatu yang berlaku di dalam sistem tubuh anda. Jangan biarkan masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda. Pastikan anda tahu puncanya dan atasi sebelum terlambat.

Buku ini memberi pengetahuan asas dan maklumat penting mengenai kesihatan tubuh kita. Ia membongkar proses yang berlaku di dalam sistem badan yang boleh menyebabkan alahan, keradangan seterusnya mengakibatkan pel-bagai jenis penyakit.

Penyakit tidak akan timbul dengan sendirinya tanpa sebab. Ia sebenarnya adalah hasil dari-pada gaya dan pola kehidupan seseorang iaitu apa yang kita minum dan makan seharian. Hanya dengan pilihan pemakanan yang betul di samping mengamalkan pengambilan nutrisi suplemen dapat memberi kita harapan dan mengubah seseorang agar sentiasa tampil sihat, cergas dan cantik secara semula jadi.

Judul: Toksin Masuk Tosin Keluar
Pengarang: Dr Yasmeen Farouk Mohamed
Penerbit: ALAF 21
Tahun Terbit: 2011
Harga : RM13.00
Muka surat: 150
Rating: 5

Ulasan oleh:
Ketua Perpustakaan Daerah Cameron

Friday, February 8, 2013

07. Jangan binasa sifatmu tuan

07. Jangan binasa sifatmu tuan,
Tiada bertemu hamba dengan Tuhan,
Hakikat kita tinggal di jalan,
Segala amalan menjadi haiwan.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, February 7, 2013

Istana Leban Tunggal sebagai Perpustakaan Awam

Perpustakaan Awam Daerah Pekan telah memulakankan perkhidmatannya di bangunan Istana Leban Tunggal. Dinamakan sedemikian kerana terdapat sebatang pokok leban yang besar dikawasan istana ini. Tiada pokok yang lain berada berdekatan pokok leban ini. Pokok ini disebut sebagai pokok leban yang tunggal.

Istana Leban Tunggal dibina pada bulan Mei 1935 dan siap sepenuhnya dalam tahun 1938. Istana ini asalnya dimiliki oleh YAM Tengku Besar Pahang (Tengku Besar Pahang II) (Kerabat Bergelar) Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah.

Pelan unik istana ini telah direka oleh Raja A. Nizam dengan harga RM500.00. Kerja-kerja pembinaan ditawarkan kepada kontraktor Cina dari Bentong dan kerja-kerja keemasan kayu diserahkan kepada tukang kayu Melayu yang mahir.

Kos yang pembinaan istana ini berjumlah lebih kurang $16,000.00. Bersumberkan rujukan di Arkib Negara, Almarhum Tengku Besar Sulaiman telah meminjam wang dari Kerajaan Negeri Pahang sebanyak $13,000.00. Seramai empat belas orang pekerja terlibat dalam pembinaan istana ini.

Setelah Almarhum Tengku Besar Sulaiman mangkat pada tahun 1962. Tengku Abdul Jalil adalah Tengku Besar yang baru yang berhak mendiami istana tersebut. Tengku Abdul Jalil telah memiliki kediaman sendiri yang berdekatan dengan istana tersebut dan menyerahkan kepada pewaris-pewaris yang lain untuk didiami.

Terletak di Jalan Tengku Besar Sulaiman di dalam kawasan Kampung Parit Tengah, Pekan. Berdekatan dengan SMK Ahmad dan SRK Ahmad. Lokasi ini menjadikan bangunan istani ini sesuai dijadikan pusat rujukan dan gedung ilmu bagi para pencinta ilmu di Daerah Pekan.

Akhirnya Kerajaan Negeri Pahang telah membeli istana tersebut dengan harga rm 100,000 dan diwartakan sebagai monumen bersejarah. Dengan kos pengubahsuaian sebanyak RM 500,000.00 dari Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia maka Lembaga Muzium Negeri Pahang telah menyiapkan bangunan ini untuk dijadikan perpustakaan.

LINK:
1. almuazzamshah.blogspot.com (istana-leban-tunggal)
2. alyahya.blogspot.com
3. pekan98.tripod.com
4. vintagemalaya.com
5. jujuebloem.blogspot.com (measured-drawingistana-leban-tunggal)
6. pahanglibrary.gov.my (sejarah perpustakaan awam daerah pekan)

Wednesday, February 6, 2013

Buku 1: 100 Persoalan Mengenai Infertiliti oleh Nik Hazlina Nik Hussain, Shaiful Bahari Ismail

Tajuk: 100 Persoalan Mengenai Infertiliti
PENULIS / PENYELENGGARA: Nik Hazlina Nik Hussain, Shaiful Bahari Ismail
PENERBIT: DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)
NO. KK: 61262120062441
ISBN: 9789834606244
TAHUN TERBITAN: 2010
HALAMAN: 112
Harga: RM17.60

Buku bersiri 100 Persoalan Mengenai Infertiliti ini menghuraikan satu per satu kemusykilan yang sering timbul dan menghantui fikiran pasangan yang mengalami masalah infertiliti.

Untuk menyenangkan para pembaca, persoalan tersebut telah diatur mengikut tema yang sememangnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan kehamilan, kesuburan wanita dan lelaki, proses pengovulan atau penetasan folikel, persenyawaan ovum dan sperma. Melalui buku ini, pembaca akan memperoleh maklumat tentang rawatan teknik bantuan reprodutif yang terkini yang boleh didapti.

Di samping itu, huraian maklumat tentang masalah infertiliti yang lain seperti endometriosis, Sindrom Ovari Polisistik, menopaus pramatang ada dimuatkan di dalam buku ini.

Tidak ketinggalan juga cara untuk mengatasi masalah tekanan perasaan yang kerap kali timbul dalam kalangan pasangan yang kurang bernasib baik kerana masih belum mempunyai anak sendiri.

Buku ini juga memuatkan perihal anak angkat dan cara untuk menyusui anak angkat secara induced lactation bagi wanita yang belum menopaus dan juga bagi wanita yang telah pun menopaus.

LINKS:
dawama.com (100-Persoalan-Mengenai-Infertiliti)

Tuesday, February 5, 2013

Jadual Mesyuarat Pengurusan daerah 2013



Bil LOKASI Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov
1 201 Kuantan KBR









2 202 Temerloh
KBR








3 203 Bentong

KBR







4 204 Jerantut


KBR






5 205 Raub




KBR





6 206 Maran




KBR




7 207 Pekan





KBR



8 208 Lipis







KBR


9 209 Rompin







KBR

10 210 Bera









KBR
11 211 Cameron
KBR








12 601 Jengka

KBR







13 602 Lanchang


KBR






Jadual MESYUARAT AJK PENASIHAT (Daerah / Cawangan / Desa PPAP / Desa PK)


Bil LOKASI Bil 1/2013 Bil 2/2013
1 201 Kuantan Feb Jul
2 202 Temerloh Mac Ogo
3 203 Bentong Apr Sep
4 204 Jerantut Mei Okt
5 205 Raub Jun Nov
6 206 Maran Feb Jul
7 207 Pekan Mac Ogo
8 208 Lipis Apr Sep
9 209 Rompin Mei Okt
10 210 Bera Jun Nov
11 211 Cameron Feb Jul
12 601 Jengka Mac Ogo
13 602 Lanchang Apr Sep
14 701 Zon1 Kuantan Mei Okt
15 702 Zon2 Temerloh Jun Nov
16 703 Zon3 Maran 1 Feb Jul
17 704 Zon4 Maran 2 Mac Ogo
18 705 Zon5 Lipis Apr Sep
19 706 Zon6 Rompin Mei Okt
20 707 Zon7 Pekan Jun Nov
21 708 Zon8 Bera Feb Jul
22 709 Zon9 Jerantut Mac Ogo

Buku 2: Arowana ikan hiasan bernilai oleh Mohamad Zaini Suleiman

Tiada siapa menyangka ikan yang dahulunya boleh di tangkap dengan mudah dan banyak serta dijadikan pekasam sebagai pembuka selera kini menjadi simbol kekayaan dan mampu menjana ekonomi negara.

Harganya yang kini mencecah ribuan ringgit membuktikan
ketinggian nilai ikan kelisa ini atau lebih dikenal dengan nama arowana.

Kepercayaan sesetengah masyarakat yang mengatakan ikan ini memberi tuah atau 'ong' kepada pemiliknya menaikkan lagi nilai arowana dimata peminat ikan hiasan. Meskipun mempunyai harga yang tinggi, arowana sering kali menjadi rebutan peminat ikan hiasan.

Sehubungan itu, buku ini memberi pelbagai maklumat berkenaan arowana yang meliputi jenis, keunikan, pemakanan dan penjagaan nya untuk tatapan peminat ikan arowana.

Buku ini juga boleh dijagikan panduan kepada sesiapa sahaja yang baru berjinak-jinak untuk memelihara ikan arowana ini.
Gambar kulit buku Arowana Ikan Hiasan Bernilai

Tajuk: Arowana Ikan Hiasan Bernilai
Penulis: Mohd Zaini Suleiman
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Halaman: 102ms
Tahun: 2011
Harga: RM60.00
ISBN: 9789834607746

ulasan oleh:
Encik Abdul Fataruddin Md Ari
Ketua Perpustakaan Cawangan Lanchang

Link:
1. mediajayastore.com
2. arowana-semenyih.blogspot.com
3. bukuarowanazaini.blogspot.com

Buku 1: Palestin Kami Datang oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin dan Dr Farhan Hadi Mohd. Taib

gambar kulit depan dan belakang buku Palestin Kami Datang!

Kisah yang anda tatap ini adalah kisah benar yang bersumberkan daripada para relawan sendiri samaada secara bersemuka, emel, catatan akhbar, blog, website dan sebagainya.

Woshh!!!Otak bersemburan keluar.Bertaburan di lantai.

Seorang relawan turki,Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. tembus ke belakang. Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk tatapan generasi kini dan akan datang.

Menjadi sejarah ini peristiwa penting kerana ia  meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia,bangun  membantuPalestin, menerobos tembok kematian.

Tajuk : Palestin Kami Datang!
Pengarang : Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr Farhan Hadi Mohd Taib
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-388-088-9
Mukasurat : 131 Halaman
Harga : RM17.00

ulasan oleh:
Encik Abdul Fataruddin Md Ari
Ketua Perpustakaan Cawangan Lanchang

LINK:

Monday, February 4, 2013

Buku 1: Berfikir Secara Sistematik oleh Fazrul Ismail

TAJUK:BERFIKIR SECARA SISTEMATIK
PENULIS:FAZRUL ISMAIL
PENERBIT:MUST READ SDN BHD.
DDC:153.42

 
kulit buku Berfikir Secara Sistematik oleh Fazrul Ismail

Kehidupan di dunia kini menjurus kearah pola sistematik berbanding hanya berpuas hati dengan penilaian sistematik. Fitrah manusia suka melihat sesuatu dengan menyeluruh, holistic atau sistemik. Ia nampak mudah pada objek dan perkara kecil, namun ia memerlukan disiplin bagi sesuatu yang besar dan melibatkan satu jangka masa panjang.
   
Buku hasil tulisan Fazrul Ismail ini menerangkan bagaimana anda boleh memanfaatkan potensi berfikir untuk berjaya serta mampu untuk mengelakkan pelbagai kesilapan dalam memahami persekitaran sama ada di rumah, di tempat kerja atau kehidupan seharian. Anda mungkin pernah mengalami peristiwa di mana apa yang berlaku tidak mampu difahami walaupun sedikit sebab musababnya. Dengan pemikiran sistematik, anda mampu menjangka dan memahami dengan lebih luas.
   
Jika anda ingin melihat dunia secara mikro dan makro, pemikiran sistematik mampu membawa anda ke aras seterusnya.

ulasan oleh:
Puan Norizan Abdullah
Ketua Perpustakaan Daerah Raub

(lihat ulasan buku 2013)

Link:
1.  theindependentnovelist.blogspot.com (aku-buku-berfikir-secara-sistemik)

Friday, February 1, 2013

Buku 2: Renung-renungkan & Selamat beramal oleh Md Izuddin Hj. Ali

No.Perolehan: 12-03316
Call No: 158.1 MDI
ISBN: 9789673880119
Bahasa: Melayu
Kategori: Motivasi

Ulasan    :    

Buku RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL adalah himpunan kata-kata motivasi yang dipetik daripada ayat-ayat al-Quran, hadis, kata hukama, bijak pandai, negarawan, ahli motivasi, pendidik dan sebagainya.  Kata-kata ini diulas supaya jelas maksud dan diperinci dengan pengajaran yang boleh dicungkil daripadanya.
       
Skop persoalan kata-kata ini pula merentasi aspek ketuhanan, kerasulan, iman, ibadah, akhlak, kesihatan, pendidikan, rumah tangga, jihad, motivasi, psikologi, nasihat, ikhtibar dan sejarah.
       
Buku ini harus dibaca kerana ia merupakan rujukan segera (quick reference) yan amat bermanfaat untuk bacaan senggang dan bahan tazkirah, nasihat dan pengajaran kepada yang memerlukan.
       
Pengarang buku ini adalah merupakan seorang motivator yang sering diundang untuk mengendalikan pelbagai program motivasi baik di television mahupun di radio disamping aktif dalam penulisan buku.

Judul: Renung-renungkan & Selamat beramal
Pengarang: Prof Madya Hj. Md Izuddin Hj. Ali (Izzi)
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
TahunTerbit: 2011
Harga: RM23.00
Muka Surat: 210
Rating: 4/5

Disediakan oleh:

Fazilarwati binti Abdul Hadi             
KPC Jengka

Header baru Bangunan Baru Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Sedikit perubahan telah dilakukan pada header Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dilakukan sempena bermulanya pembinaan bangunan baru Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
 01. Header Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang tahun 2012.

02. Header Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Januari 2013.
 03. Header blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Februari 2013

PETIKAN:

"Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) bakal memiliki bangunan baru melibatkan kos sebanyak RM45 juta. bangunan ini bagi menggantikan bangunan lamanya di Jalan Gambut. Bangunan baru tersebut dijangka siap pada tahun 2014."
sumber: utusan.com.my

"Bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bernilai RM45 juta di Kuantan yang bercirikan seni bina tempatan bakal menjadi mercu tanda baru bandar itu menjelang 2014."
sumber: utusan.com.my

"Bangunan baru Perpustakaan Negeri yang dibangunkan berkonsepkan bangunan pintar dengan penggunaan teknologi hijau dijangka siap dan dibuka sepenuhnya kepada pengunjung 2014. Bangunan setinggi tiga tingkat itu bakal dibina atas tanah seluas 1.618 hektar di Kemunting di sini."
"Apabila siap kelak, perpustakaan ini akan menyediakan semua bahan bacaan dalam bentuk digital sejajar dengan perkembangan semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Buku Pahang 2012 di sini, semalam. Hadir sama Pengarah Kumpulan MPH Malaysia, Datuk Dr. Abdullah Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi PPAP, Datuk Shahaniza Shamsuddin"
 sumber: 1bina.my

 "Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, bangunan setinggi tiga tingkat itu dibina atas tapak seluas 1.68 hektar berkonsepkan mesra masyarakat dengan mengaplikasikan teknologi hijau."
sumber: utusan.com.my



06. Jikalau sifat kita sudah binasa

06. Jikalau sifat kita sudah binasa,
Kepada Nabi tiada berjumpa,
Segala amalan tiada tiba,
Tiada dapat syurga yang baqa'

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Buku 2: Aku Terima Nikahnya oleh Hasrizal Abdul Jamil

No Perolehan: 04395
Call No. 297.577 HAS
ISBN: 978-983-097-272-5
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

 
Kulit buku Aku Terima Nikahnya oleh Hasrizal Abdul Jamil

Karya Hasrizal Abdul Jamil ini merupakan kompilasi tiga buah buku best seller iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta. Buku ini merupakan sebuah naskhah yang boleh memberi panduan kepada para remaja yang akan menempuh gerbang perkahwinan.

Buku ini memceritakan pengalaman penulis itu sendiri dalam menempuh asam garam perkahwinan dan mempunyai anak sebagai anugerah Allah.Penulis mengolah buku ini berdasarkan pengalaman sendiri. 

Kandungan buku ini menggarap pengalaman pasangan muda yang bertemu jodoh di bawah landasan syariat agama. Buku ini banyak memberi panduan yang berguna yang boleh kita jadikan sebagai landasan dalam membina sebuah perhubungan yang diredhai Allah. Buku ini patut dimiliki oleh orang yang cintakan kebahagiaan rumah tangga dunia dan akhirat.

Judul: Aku Terima Nikahnya
Pengarang: Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 55.00
Muka surat: 561
Rating : 4/5

Oleh
Puan Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah Lipid

LINKS:

Buku 1: Dahsyatnya AURA Ibu Ayah oleh Shamsinar G.Ali

No.Perolehan : 12-03320
Call No : 297.577 SHA
ISBN: 9789670210131
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama


Buku ini mesti dimiliki dan dibaca oleh ibu bapa dan anak-anak yang ingin mencari ketenangan, kebahagiaan dan redha Allah dalam kehidupan di dunia dan akhirat.  Ia menyingkap rahsia aura ibu ayah bagi kecemerlangan anak-anak di dunia dan akhirat.

Hadis Rasulullah SAW bermaksud “Setiap anak dilahirkan atas fitrah, Maka ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”

Anak adalah permata hati bagi ibu dan ayah.  Anak yang baru lahir diibaratkan sehelai kain putih yang bersih tanpa noda dan dosa.  Terpulang kepada ibu bapanya untuk mencorakkannya.
       
Ibu bapa adalah ‘madrasah pertama’ yang paling besar pengaruhnya pada jiwa anak-anak.  Ibu bapa yang cemerlang akhlaknya, akademiknya dan mulia keperibadiannya adalah contoh yang terbaik untuk anak-anak menjadi mukmin dan mukminah yang berjaya di dunia dan akhirat.
       
Sesungguhnya AURA ibu dan ayah amat dahsyat pancarannya dalam membentuk keimanan, ketakwaan, kejayaan dan keperibadian anak-anak.

Judul: Dahsyatnya AURA Ibu Ayah
Pengarang: Shamsinar G.Ali
Penerbit: Best Seller Publication
TahunTerbit: 2011
Harga: RM15.00
Muka Surat: 123
Rating: 5/5

Disediakan oleh

Fazilarwati binti Abdul Hadi
Ketua Perpustakaan Cawangan  Jengka

Buku 3: Riwayat Nabi Muhammad SAW oleh Nor Azlin Japar dan Norul Azila Ariffin

No Perolehan: 12.04372
Call No. : 297.63 RIW
ISBN: 978-967-0156-82-8
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama (200)

Kulit buku Riwayat Nabi Muhammad SAW oleh Nor Azlin Japar dan Norul Azila Ariffin

Buku ini sangat sesuai dijadikan rujukkan oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. Setiap ibu bapa seharusnya membeli buku ini untuk dijadikan bahan bacaan harian anak-anak mereka. Ini adalah kerana kandungan sangat baik dimana mengandungi sirah Rasullullah SAW bermula dari Tahun Gajah sehinggalah Kewafatan baginda dan Pengganti-pengganti Nabi Muhammad SAW yang bergelar Khalifah.

Kanak-kanak pasti menggemari untuk membaca buku ini kerana buku ini mengandungi illustrasi berwarna yang pasti menarik minat kanak-kanak membacanya. Malahan orang dewasa juga akan tertarik untuk membaca buku ini lebih-lebih lagi ianya menceritakan tentang sejarah kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW.

Buku ini mengandungi 24 tajuk cerita yang berasingan dimana ia memudahkan kanak-kanak untuk memahami setiap sejarah mengikut rentetan masa yang tersusun. Selain isi kandungannya yang bermanfaat untuk mengenali Baginda Rasullullah, gaya penulisan yang menarik dan mudah difahami juga menjadi factor kenapa setiap ibu bapa perlu mendapatkan buku ini untuk anak-anak mereka.

Judul: Riwayat Nabi Muhammad SAW
Pengarang: Nor Azlin Japar dan Norul Azila Ariffin
Penerbit: Kualiti Books Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2012
Harga: 69.90
Muka surat: 193 Muka Surat
Rating : 4/5

ULASAN OLEH:
Puan Zalina binti Ahmad
Ketua Perpustakaan Daerah Temerloh

Monday, January 28, 2013

Pameran Warisan Laksamana Hang Tuah dan Pesta Buku 1Malaysia 2013

Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan
Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM) dengan sokongan
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Serta
Kementerian Pengajian Tinggi bersama
NGO-NGO industri buku akan menganjurkan

Pameran Warisan Laksamana Hang Tuah dan
Pesta Buku 1Malaysia

bermula pada
30 Januari hingga 03 Februari 2013

bertempat di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),  Kuala Lumpur.

Program yang bertemakan Buku Cermin Minda ini, akan menghimpunkan para penulis, pengarang, penerbit, pencetak, aktivis industri buku dan juga peminat-peminat buku seluruh negara.

Pihak Jawatankuasa Penganjur dengan segala hormatnya menjemput YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan dan peminat buku hadir ke majlis perasmian pada 31 Januari 2013.



Perasmian Pesta Buku 1Malaysia akan dilakukan oleh:
Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam
(Ketua Menteri Melaka)

Tarikh: 31 Januari 2013
Masa: 2.00 petang

Tempat:
Bilik Johor/Kedah, Pusat Dagangan DuniaPutra (PWTC) Kuala Lumpur.


Saturday, January 26, 2013

Apakah Jenama Laptop Terbaik Untuk Anda

Tidak kira apakah tujuan penggunaannya, kita mahukan yang terbaik berdasarkan kewangan kita. Jika ada diantara kita yang masih tercari-cari jenama laptop yang terbaik, berikut adalah panduan yang bersumberkan dari mycetc.blogspot.com:

PERTAMA
Buat kajian melalui google apakan 'top laptop'. Kajian dibuat berdasarkan laptop yang paling anda suka:

Berikut adalah contohnya contoh top 10:
1. Asus
2. Fujitsu
3. Apple
4. Dell
5. Toshiba
6. HP
7. Lenovo
8. NEC
9. Samsung
10. Sony

KEDUA
Kemudian, daripada top 10, cuba anda pilih 5 yang paling anda suka.Berikut disenaraikan 5 contoh pilihan.

1. Asus
2. Dell
3. Samsung
4. NEC
5. Fujitsu

KETIGA
Daripada 5 pilihan, pecahkan kepada 3 pilihan paling disukai. Contoh pilihan 3 terbaik adalah:
1. Asus
2. Dell
3. Fujitsu

KEEMPAT
Pilih salah satu yang terbaik daripada 3 pilihan.
Cara membuat pilihan adalah berdasarkan:
1. Jenama

2. Prestasi ( jenis CPU, kelajuan CPU dan RAM,  ciri-ciri moden contohnya USB 3.0, HDMi )

3. Rekabentuk ( berkotak / aerodinamik / nipis )
4. Warna / corak ( gelap / cerah / batik / wooden effect / country style )

5. Harga yang ditawarkan ( bergantung pada bujet )

KELIMA
Perkara yang perlu dielakkan ketika membeli laptop adalah:

1. Jangan beli ikut kawan yang membeli jenama tersebut kerana ianya banyak di kedai-kedai komputer.

2. Jangan beli kerana 'ayat-ayat power' dari penjual/promoter kedai komputer tersebut. Rujuk kepada rujukan yang telah dilakukan.

3. Jangan beranggapan semua laptop sama yang berbeza adalah nama dan harga.

4.  Elakkan membeli jenama laptop yang ditawarkan dengan harga murah sedangkan spec yang diberikan adalah sama seperti jenama laptop lain tetapi harganya mahal dan berpatutan dengan spec diberikan. Kebiasaanya laptop begini amat mudah rosak walaupun spec yang diberikan sangat bagus. Contohnya, sepatutnya spec diberi adalah pada harga RM1,300 tetapi harga ditawarkan jauh lebih murah. Hati-hati dengan perkara terselindung seperti ini!

5. Beli berdasarkan tujuan penggunaan. Sekiranya untuk kerja-kerja menaip, internet dan blogger, harga RM1, 200 hinga 1, 400 adalah memadai. Sekiranya tugasan berkaitan grafik pilihlah yang berharga RM2,000 hingga RM4,000 yang menjanjikan prestasi

OS DAN PERKAKASAN
3 perkara asas untuk optimumkan sebuah laptop.)

1. Operating System- Pilih OS siri 64 Bit dan yang paling baik dalam kelasnya. Contohnya Windows 7 Ultimate 64 Bit ataupun Windows XP Pro 64Bit.

2. Processor - AMD atau Intel. Kelajuan 1600Mhz hingga 1800Mhz, memadai untuk tugasan seperti menaip, blogger, melayari internet di laman sosial dan kerja-kerja ringan yang lain. Processor AMD ianya lebih cekap dan laju serta menjimatkan bateri. Serta amat lancar untuk kerja-kerja suntingan video / audio dan foto. Terdapat juga Procesor yang boleh menjana kuasa sehingga 3.6Ghz.

3. Memory ( RAM ) - Pilih jenis terkini, iaitu DDR3. Menaiktaraf RAM kepada saiz lebih besar adalah bagus, namun anda haruslah membaca dahulu buku panduan disediakan untuk menegtahui saiz terbesar yang mampu ditampung oleh laptop yang ingin dibeli. Contohnya, saiz paling tinggi yang mampu ditampung adalah 8GB DDR3 1600Mhz PC3-12800. Maka, ikut spec bacaan Mhz dan PC3 serta tidak melebihi 8GB. (PC3 bermaksud, ia dari jenis DDR3 dan data per saat bersamaan  12.8Mbps....manakala, Mhz adalah kelajuan detik jam per saat )

LINKS:
1. computers.toptenreviews.com
2. pcmag.com
3. reviews.cnet.com
4. businessinsider.com
5. techradar.com (top-laptops-25-best-laptops-in-the-world)

Friday, January 25, 2013

05. Jalan hakikat sangat terbilang

 05. Jalan hakikat sangat terbilang,
Tiada binasa urat dan tulang,
Daging dan darah tiada hilang,
Maka sifat itu dibawa pulang.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Wednesday, January 23, 2013

Wisdom Synergy Workshops for 2013 (March until October)

Wisdom Synergy Workshops for 2013
(March 2013 until October 2013).

March 2013

Workshop 1:

AACR2/RDA and MARC - Preparing for Change
Facilitator: Cik Salmah Salleh (MLS Loughborough)
Date: 19-21 March 2013 (3 days)
Venue: Avillion Legacy Hotel, Melaka
Normal Rate: RM890 per participant (closing 15th March 2013)
Early Bird Rate: RM790 per participant (register latest by 1st March 2013)
April

Workshop 2:

Let?s Conduct Research: a Workshop for Librarians and Information Professionals
Facilitator: Szarina Abdullah, PhD.
Date: 9-10 April 2013 (2 days)
Venue: Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
Normal Rate: RM850 per participant (closing 5th April 2013)
Early Bird Rate: RM750 per participant (register latest by 22nd March 2013)

Workshop 3:

Implementing Knowledge Management in Libraries and Information Services
Facilitator: Puan Siti Salbiah Raduan (Certified KM Manager, KM Institute USA)
Date: 23-24 April 2013 (2 days)
Venue: De Palma Hotel, Ampang
Normal Rate: RM850 per participant (19th April 2013)
Early Bird Rate: RM750 per participant (register latest by 5th April 2013)

May 2013

Workshop 4:

Basic Cataloguing Skills: Descriptive Cataloguing, Subject Cataloguing (LCSH) and Classification (LCC/DDC)
Facilitator: Cik Salmah Salleh (MLS Loughborough)
Date: 13-16 May 2013 (4 days)
Venue: Hotel Midah, Kuala Lumpur
Normal Rate: RM950 per participant (closing 10th May 2013)
Early Bird Rate: RM850 per participant (register by 26th April 2013)

Workshop 5:

Information Literacy and Information Literacy Competency: Principles, Practices and Assessment
Facilitator: Szarina Abdullah, PhD. and Dr. Mohd Sharif Mohd Saad
Date: 22 May 2013 (1 day)
Venue: AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur
Normal Rate: RM600 per participant (17th May 2013)
Early Bird Rate: RM550 per participant (register latest by 3rd May 2013)

June 2013

Workshop 6:

Promoting Your Library or Information Centre - What Would It Take?
Facilitator: Datin Mardhiah Md. Zin (MLS Loughborough)
Date: 18 June 2013 (1 day)
Venue: Mandarin Court Hotel, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Normal Rate: RM600 per participant (14th June 2013)
Early Bird Rate: RM550 per participant (register latest by 31st May 2013)

Workshop 7:

Metadata Concepts and Guidelines for Digital Collections: Promoting Discoverability and Use
Facilitator: Cik Salmah Salleh (MLS Loughborough)
Date: 25-26 June 2013 (2 days)
Venue: Hotel UiTM, Shah Alam
Normal Rate: RM850 per participant (closing 21st June 2013)
Early Bird Rate: RM750 per participant (register latest by 7th June 2013)

September 2013

Workshop 8:

Penulisan Surat Rasmi, Memo Rasmi, E-mel Rasmi dan Minit Mesyuarat
Facilitator: Encik Ahmad Azman Mohamad Ramli (MSc. Information Management)
Date: 2-3 September (2 days)
Venue: M Suites Hotel Johor Bahru
Normal Rate: RM850 per participant (23rd August 2013)
Early Bird Rate: RM750 per participant (register by 2nd August 2013)

Workshop 9:

Lasting Motivation for Library Assistants and Support Staff
Facilitator: Puan Siti Salbiah Raduan (MLS, IIUM; B. Economics (Hons) Malaya)
Date: 24 September 2013 (1 day)
Venue: Hotel Sentral Johor Bahru
Normal Rate: RM600 per participant (closing 13th September 2013)
Early Bird Rate: RM550 per participant (register by 30th August 2013)

October 2013

Workshop 10:

How to Catalogue Your Maps, Realia and 3-D Materials?
Facilitator: Cik Salmah Salleh (MLS Loughborough)
Date: 29-30 October 2013 (2 days)
Venue: Putra KL Hotel, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Normal Rate: RM850 per participant (18th October 2013)
Early Bird Rate: RM750 per participant (register latest by 6th September 2013)

For further information and assistance, please contact
Aliza (Project Coordinator) : 019-244 8983
or aliza@wisdomsynergy.com

Tuesday, January 22, 2013

Buku 1: Your Baby Month by Month oleh Su Laurent

Judul: Your Baby Month by Month
Pengarang: Su Laurent
Penerbit:  Dorling Kindersley Ltd
Tahun terbitan:  2007
Harga:   RM110.45
Mukasurat:  320

Ulasan

Buku ini menerangkan mengenai perkembangan bayi pada setiap bulan. Buku ini sesuai di baca untuk wanita yang baru bergelar ibu.

Buku ini juga banyak memberi manfaat kepada ibu-bapa kerana mengandungi maklumat yang berguna terutamanya tentang penjagaan bayi.

Bermula dari detik pertama dan ayat pertama, perunding pediatrik, Su Laurent membawa kita ke setiap langkah dan cara serta menunjukkan kepada kita apa yang diharapkan, apa yang perlu dilakukan dan apabila bayi kita menempuh bulan demi bulan.


Tidak ada ibu dan ayah yang sempurna, dan pada kenyataannya, baik si bayi dan ibubapa sama-sama sedang belajar mengenali satu sama lain.. Perkara inilah yang ingin disampaikan oleh buku Your Baby Month by Month oleh Dr. Su Laurent. Penulis menceritakan pendekatan yang rileks dalam melayan kehendak si kecil. 

Buku sangat praktikal dan sangat berguna terutama bagi mereka yang baru menimang cahayamata yang pertama, Perubahan yang sebenarnya normal, menjadi punca kerisauan dan perbalahan antara suami dan isteri. Sesuai dibaca terus kepada tajuk dimana usia anak anda berada. Apa yang menjada masalah kita langsung dapat kita faham dan terus diterapkan.  Dengan buku ini, diharapkan ibu dan ayah dapat lebih rileks dalam melayan si kecil di dua tahun pertamanya, sehingga si kecil dapat membesar dengan sehat dan berkembang secara optimal.  

LINKS:
1. sleepyclumsy.blogspot.com/2010 (perkembangan-bayi)
2. dk.co.uk
3. sleepyclumsy.blogspot.com/2010 (ensiklopedia-perkembangan-bayi)
4. thealphaparent.com/2012 (anti-breastfeeding-books)
5. bookdepository.co.uk (Your-Baby-Month-by-Month-Su-Laurent)
6. norlink.norfolk.gov.uk
7. gumtree.com.au (your-baby-month-by-month-birth-to-2-yrs-as-new-condition)
8. abebooks.com
9. alibris.com (Su Laurent)

Ulasan Oleh
 Ketua Perpustakaan Daerah Lipis
 Puan Norkamila binti Mahmud

Saturday, January 19, 2013

Komputer mudah rosak kerana cara penggunaan kita

Pertamanya, kebanyakan pengguna komputer, tidak kiralah anda menggunakan Laptop, Netbook mahupun PC....ada dikalangan anda hanya menekan 'shutdown' dan terus bangun ke tempat lain. Sepatutnya, selepas shutdown, anda mesti....bukan mesti la, kira wajib la tutup suis plug dan cabut plug. Amalan ini dapat menyelamatkan power supply dan monitor agar berfungsi baik sepanjang hayat....cheewah! Taklah sepanjang hayat, tapi bolehlah bertahan melebihi 5 tahun... Keduanya, mampu mengelakkan daripada sambaran petir. Anda patut tahu bahawa, 90% kerosakan besar berlaku terhadap komputer, monitor, radio, TV dan peralatan elektrik yang lain adalah berpunca dari KEGAGALAN ANDA TIDAK MENCABUT PLUG!!! atau erti kata lain, tak alert!. Apabila berlaku ketidakstabilan voltan, atau lebih faham disambar petir, komponen dalaman komputer menerima sejumlah cas elektrik yang tinggi. Jadi, faham-faham jela bila anda lihat pokok kelapa selepas disambar petir...bagaimana rupa dia ye? hemmm... macam tu la komponen PC...

Saya ada juga lihat sesetengah orang selamba je guna komputer ketika hujan lebat dengan pakej kilat dan petir...macam tak sayang komputer je? Bukan sahaja komputer, Telefon rumah @ pejabat, TV, radio serta laptop amat mudah disambar petir oleh kerana ianya mempunyai Frekuensi paling tinggi berbanding peralatan elektrik yang lain. Sebab tu juga, jarang kita lihat mesin basuh, peti ais, kipas angin atau lampu rosak disambar petir walaupun ketika ianya masih ON atau tak cabut plug pun...huhu.

Frekuensi tu ape? Ok, frekuensi ni nak mudah faham gelombang radio / isyarat radio. Bagi maksud radio disini, bukan radio yang jual kat kedai tu...tetapi istilah isyarat atau gelombang ( radiowave / signalwave ). Frekuensi ini berlegar di aras bumi hingga ke paras satelit angkasa. Ia umpama gas petrol yang ada di udara....bayangkan apabila berlaku sambaran petir? Petir tu percikan api, bila api bertemu petrol, ape jadi? Kebaboom la jawabnya...huhu.

Ini sekadar teori bagi nak mudah faham hubungan frekuensi dengan peralatan elektrik yang berhubung sesamanya. Maka, peralatan elektrik yang menggunkan frekuensi tinggi amat mudah disambar petir...tu je maksud yang saya nak sampaikan..

Mungkin anda nak tahu berapakah kos sesuatu perkakasan komputer sekiranya rosak disambar petir? Baiklah, jika rosak motherboard PC kos sekitar RM250 - RM400.
Motherboard Laptop, RM500 - RM800.
LCD Screen \ monitor CRT, kos sekitar RM300 - RM450 saiz 17 inci - 19 inci.
Power supply PC, kos RM60 - RM160. Power adapter laptop RM80 - RM120.
Bateri laptop / netbook RM70 - RM180.

Kebiasaanya, sambaran petir juga boleh menyebabkan kerosan perkakasan lain seperti RAM, Hard Disk dan Graphic card. Kos ketiga-tiga jenis peranti ini masing-masing sekitar melebihi RM100. Maka,fikir-fikirkan dulu keburukan yang mungkin berlaku ye sebelum anda meninggalkan PC / Lappy..fuh!

SUMBER
mycetc.blogspot.com(Amalan harian anda)

Friday, January 18, 2013

Jalan yang takzim pula dikata

 04. Jalan yang takzim pula dikata,
Atas Nabi junjungan kita,
Sahabat empat nyatalah serta,
Tiada berhenti sekejap masa.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, January 17, 2013

Buku 2: MENJADI WANITA SUPER DENGAN ASMAUL HUSNA 0leh SULAIMAN AL-KUMAYI

TAJUK BUKU : MENJADI WANITA SUPER DENGAN ASMAUL HUSNA 
PENGARANG : SULAIMAN AL-KUMAYI
TAHUN PENERBITAN : 2011
ISBN : 978-9675564-86-4
HARGA : RM 25.00/28.00



ULASAN :

Di dalam buku ini Sulaiman Al-Kumayi mengupas satu demi satu maksud nama-nama Allah S.W.T. berdasarkan pandangan bukan sahaja para ulama tetapi juga para sarjana Barat. Apakah signifikannya pilihan nama-nama tersebut dan bagaimana kita dapat menghayati dan menyerap keindahan nama-nama Allah S.W.T. untuk muslimah yang lebih terampil dan beriman? Jadikanlah buku ini teman setia anda, insya-Allah dengan penelahan dan pemahaman yang mendalam anda akan menjadi WANITA SUPER!

Buku ini bukan hanya sesuai untuk kaum wanita kerana kandungannya dikupas dengan gaya kontempori.  99 Asmaul Husna tidak dikupas secara biasa yang pernah  dibaca atau didengar sebelum ini.  Setiap Asmaul Husna di kaitkan dengan cara kita untuk menghadapi kehidupan ini.
 
Kupasan buku ini bermula dengan nama pertama Ar-Rahman sehinggalah kepada Al – Shabir dari nama pertama kepada nama yang ke 99.Setiap bab dalam buku ini mengupas setiap asmaul Husna dan diakhirnya di sertakan doa yang bersesuaian dengan asmaul husna yang dibincangkan. Apa yang lebih menarik lagi buku ini turut memetik kata-kata mutiara dari penulis dan ahli psikologi barat yang releven dengan asmaul husna yang dibincangkan.

LINKS:
1. pts.com.my (menjadi-wanita-super-dengan-asmaul-husna)
2. kedaibuku1malaysia.my
3.  halaqah.net (garapan cinta)
4. secantikaisyahhumaira.blogspot.com (menjadi-wanita-super-dengan-asmaul)
5. webopac.pnm.gov.my
6.  pustakaiman.blogspot.com (menjadi-wanita-super-dengan-asmaul)
7. elib.uum.edu.my 
8. kkum.com.my

Ulasan oleh:

Puan Zalina Binti Ahmad
Ketua Perpustakaan Daerah
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh
Pahang darul Makmur

Friday, January 11, 2013

Kursus Pembangunan Kemahiran Untuk Kerani & Pembantu Tadbir

Tarikh : 27 & 28 Febuari 2013 –
Tempat: Dorsett Regency Hotel, Kuala Lumpur
Yuran Latihan – RM1,250.00
- Yuran latihan termasuk minum petang dan pagi, makan tengahari, peralatan dan nota latihan serta Sijil Kehadiran.
Setiap Pendaftaran 3 orang peserta akan mendapat PERCUMA 1 pendaftaran seterusnya.

Pengenalan


[Gambar Hiasan]

Kerani & Pembantu Tadbir merupakan jawatan sokongan yang amat penting dalam apa jua organisasi, samada dalam sektor awam ataupun kerajaan. Keberkesanan individu yang memegang jawatan sebegini dapat meningkatkan produktiviti ketua mereka.

Kursus 2 hari ini akan menekankan kepada skop kerja seorang kerani & pembantu tadbir secara lebih meluas. Para peserta juga dapat memperolehi kemahiran-kemahiran khusus mengenai skop kerja masing-masing.

Objektif Kursus
Memahami skop kerja kerani dan pembantu tadbir secara meluas
Meningkatkan produktiviti kerja di peringkat sokongan
Mempelajari kemahiran komunikasi dan beberapa kemahiran lain yang membantu melancarkan kerja

PROGRAM INI AMAT BERSESUAIAN BAGI:
Kerani & Pembantu Tadbir

KAEDAH LATIHAN:
Syarahan, Perbincangan, Analisa Kes & ‘Role Play’

KANDUNGAN KURSUS

Peranan dan Fungsi Sesebuah Pejabat
    -Definisi dan kepentingan kerja pejabat
    -Kelebihan bekerja di pejabat
    -Urusan-urusan yang dilakukan di pejabat
    -Peranan dan sumbangan kakitangan dalam melicinkan urusan pejabat

Tugas-tugas dan Tanggungjawab Seorang Pembantu Tadbir
-Tanggungjawab serta peranan utama seorang Pembantu Tadbir
-Tugas-tugas Pembantu Tadbir
-Bagaimana prestasi penyeliaan dianalisis oleh pihak atasan
-Ekspektasi terhadap seorang Pembantu Tadbir

Produktiviti & Mutu Kerja Tinggi
    -Memahami Berkesan & Cekap
    -Nilai Diri Anda di tempat Kerja
    -10 Masalah Pekerja Sokongan
    -Bina Imej Melalui Kerja

Pengurusan Rekod & File
    -Mengenali Aktiviti Dokumentasi
    -Permasalah Dalam Pengurusan Rekod
    -Kaedah Rekod & File Manual
    -Kaedah Rekod & File Elektronik

Komunikasi – Kemahiran Talifon & Interpersonal
    -Apa itu komunikasi berkesan?
    -Komunikasi & Keperibadian
    -Kaedah Mengendali Talifon
    -Hubungan Berkesan Di Tempat Kerja

Motivasi  & Minda
    -Memahami motivasi
    -Membangunkan Minda Yang Sihat
    -Kaedah “Feel Good” di Tempat Kerja
    -Memecah Halangan Peribadi
    -Menggunakan teori-teori motivasi untuk meningkatkan produktiviti

Etika Perkhidmatan
-Konsep Perkhidmatan
-Memahami psikologi manusia
-Budaya perkhidmatan
-Amalan kemanusiaan yang baik dalam perkhidmatan

Penggayaan Diri dan Imej Peribadi Yang Profesional
-Para Pembantu Tadbir yang ada gaya serta ada 'kelas'
-Membina keyakinan pada diri sendiri
-Membina perwatakan
-Kemahiran perhubungan awam
-Mengawal ragam (mood control)

Trainer’s Biodata

NOR’AIN MOHAMAD NASIR

LLB (Hons) UiTM, Jurulatih Bertauliah Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Jurulatih Korporat Bertauliah dan  Jurulatih Bertauliah ‘Law of Attraction’.

Puan Nor’Ain Mohamad Nasir ialah seorang Peguam dari segi profesion. Beliau berkelulusan  Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Puan Nor’Ain mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman kerja. Beliau memulakan karier sebagai Pendaftar Mahkamah Rendah di Raub dan Temerloh, Pahang sebelum diterima masuk dan didaftar rai sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Undang-Undang sebuah badan berkanun.

Walaupun beliau merupakan peguam terlatih dari segi formal, Puan Nor’ Ain mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang kejurulatihan dan pembangunan diri. Beliau seringkali diundang untuk memberi ucapan dan ceramah oleh persatuan-persatuan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Selain itu,  beliau juga meupakan seorang pakar motivasi yang berwawasan untuk mendidik dan menaikkan semangat generasi-generasi muda, pemangkin masa hadapan dengan memberi ucapan tentang hala tuju kehidupan mereka terutama bagi pelajar-pelajar sekolah menengah.

Sejak dua tahun lepas, Puan Nor’Ain telah menjadi jurulatih korporat dengan Global Dynamic- Centre of Excellent, sebuah firma latihan dan konsultasi. Antara organisasi yang telah mendapat manfaat kepakaran Puan Nor’Ain adalah institusi-institusi kewangan seperti Maybank dan i-CIMB, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional Berhad dan syarikat-syarikat persendirian yang lain.

Minat yang mendalam terhadap bidang latihan dan keinginan untuk berkongsi pengetahuan serta pengalaman menyaksikan Puan Nor’Ain menambah kredibiliti beliau sebagai jurulatih dengan menghadiri dan seterusnya ditauliahkan sebagai Jurulatih Bertauliah Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Puan Nor’ Ain juga merupakan seorang jurulatih ‘Law of Attraction’ yang telah ditauliahkan oleh Michael J. Losier, pengarang buku ‘The Law Of Attraction: The Science of Attracting More of What You Want and Less of What You Don’t, yang merupakan buku yang paling laris dijual di 32 buah negara di seluruh dunia.

Hubungi :
GMDC INSPIRASI
Azrol, Ravi atau Seri untuk mendaftar atau kursus inhouse:
Tel: 03-3343 2180 / 013-394 2180
Email : gemilang2020@gmail.com


Alhamdulillah pujinya Insan

 03. Alhamdulillah pujinya Insan,
Robbil Alamin sifatnya Tuhan,
Selawat Nabi akhir zaman,
Muhammad Amin Abi Burahman.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, January 10, 2013

Buku 1: Untukmu Wanita oleh Zaharuddin Abd Rahman

TAJUK BUKU : UNTUKMU WANITA
PENGARANG : ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
TAHUN PENERBITAN : 2009
ISBN : 978-983-097-228-
HARGA : RM 21.00/RM 23.00



ULASAN :
Wanita mempunyai peranan yang maha penting dalam kehidupan manusiawi. Sebagai ibu, isteri dan rakan-rakan seperjuangan kaum lelaki dalam menegakkan perintah dan larangan Islam di atas muka bumi.

Rosaknya kaum wanita membawa seribu satu macam bencana buat dunia. Rosaknya wanita pasti akan meruntuh institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah negara. Wanita boleh menjadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki dan boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan.

UntukMu Wanita adalah hadiah istimewa buat insan yang bernama wanita. Menggarap pelbagai permasalahan wanita merangkumi isu aurat, maruah, munakahat dan juga rumah tangga.

Dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab. Santai dan bersahaja. Dikukuhkan dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis untuk rujukan dan bimbingan.

Juga diselitkan kisah-kisah motivasi sebagai iktibar membentuk peribadi solehah.

Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah kepada sesiapa saja yang digelar wanita. Banyak ilmu yang bermanfaat dapat dikongsi dengan membaca buku ini. Persoalan tentang isu-isu semasa yang melibatkan kaum wanita juga diperbincangkan dalam Bab Tiga yang bertajuk Wanita Dan Rumahtangga.

Buku ini juga boleh dijadikan sebagai 'checklist' atau senarai semak kepada kaum wanita untuk mengetahui samaada kehidupan yang mereka jalani selama ini benar-benar mengikut syariat Islam ataupun tidak.

Kesimpulannya buku ini benar-benar membicarakan hal-hal penting wanita, yang jarang dikupas oleh penulis lain.
LINKS:
1. abuikhwan.blogspot.com
2. jomsewabuku.blogspot.com
3. goodreads.com
4. tidbits-seri-ain.blogspot.com
5. umijah.blogspot.com
6. iniatinta.blogspot.com


Ulasan oleh:
Puan Zalina Binti Ahmad
Ketua Perpustakaan Daerah
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh
Pahang darul Makmur

Friday, January 4, 2013

BISMILLAH itu mula disebut

BISMILLAH itu mula disebut,
Rahman dan Rahim sifat mengikut,
Dunialah akhirat nyatalah luput,
Jalan hakikat pula diturut.

Sumber:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, January 3, 2013

Promosi Infra Minda Sdn. Bhd - Bangkel Fotografi


Bangkel Fotografi DSLR dan Pengenalan Adob Photoshop

Tarikh: 18-22 Mac 2013
Tempat: Training Centre Infra Media, Subang
Yuran: RM1,000.00 (termasuk makan minum)

Fotografi DSLR,
Set studio lighting,
Backdrop,
Seconic,
Speedlight,
Flash diffusser,
Bag,
T-shirt,
Sijil dan bahan tambahan.

Pertanyaan
Infra Minda Sdn. Bhd
20-2, Jalan Apollo Chu5/Ch
Bandar Pinggiran Subang
40150 Shah Alam
Selangor
Tel: 03-738461732

Rujukan:
inframinda.com.my bengkel-fotografi-dslr

Promosi Areca Books - Online Bookshop

Sila kunjungi laman web mereka di www.arecabooks.com
Areca Books adalah penerbit buku yang yang berkembang pesat dan berpangkalan di Pulau Pinang, Malaysia. Penerbitan buku oleh Areca Books menjurus kepada kerja perintis mengenai sejarah tempatan, warisan budaya dan alam sekitar. Buku Areca Books dipersembahkan dalam bentuk kajian yang mendalam dan disertakan dengan pelbagai gambar-gambar yang menarik dan sesuai untuk pembaca serta penyelidik akademik di Malaysia dan di Asia Tenggara.

Empat tajuk Areca Books telah disenaraikan sebagai ’50 Best Malaysian Titles 2011' oleh Majlis Buku Kebangsaan.

Sejarah Sosial
Biografi
Alam Sekitar
Seni visual

Areca Books yakin buku-buku terbitan mereka dapat membantu menjadikan Malaysia sebagai pemimpin dalam industri warisan global yang berkembang pesat.

Pasukan Areca Books mengabungkan pelbagai kepakaran dan pengalaman dalam hab penyelidikan, dokumentasi dan penerbitan.

Penyelidikan: penyiasatan yang rapi dan tafsiran sumber primer dan sekunder sejarah, termasuk dokumen-dokumen rasmi, tradisi lisan dan salasilah, surat khabar, bahan-bahan visual, kertas swasta dan temu bual.

Dokumentasi: Koleksi, kolasi dan pembentangan hasil penyelidikan dalam format bertulis dan elektronik termasuk laman web dan berdedikasi arkib.
Publication: Pengeluaran buku-buku yang berkualiti tinggi yang mencerminkan ketegasan editorial, reka bentuk yang cantik dan bakat pemasaran, disokong oleh pameran dan bengkel. Kami kini memberi tumpuan kepada bukan fiksyen.


TAGS ARECA ONLINE BOOKSHOP

Sila kunjungi laman web mereka di www.arecabooks.com 

Pucuk paku di dalam perahu

 Sumber gambar: badangperkasa.blogspot.com


01. Pucuk paku di dalam perahu,
Perahunya datang dari seberang,
Carilah AKU di dalam AKU,
AKU ada di dalam terang... ..


Sumber pantun: