Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, June 9, 2016

Buku: Panduan Bisnes Mudah.my oleh Umar Taib

Buku: Panduan Bisnes Mudah.my oleh Umar Taib

Judul: Panduan Bisnes Mudah.my
Pengarang: Umar Taib
Penerbit: PTS Netmedia Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2013

Ulasan:
Panduan Bisnes Mudah.my menerangkan secara terperinci cara yang betul menggunakan Mudah.my dalam berniaga. Ia adalah laman web  tempatan di Malaysia yang popular yang mana ia mengiklankan apa sahaja barang yang hendak dijual ataupun perkhidmatan yang ingin ditawarkan.

Penulis member penerangan dari A to Z bagaimana memulakan bisnes dalam Mudah.mu bagi pengguna pelawat baru. Bermula bagaimana hendak mendaftar dengan Mudah.mu khususnya untuk akaun perniagaan secara berkesan.
Seterusnya bagaimana memasukkan gambar dan info produk untuk memudahkan pelawat laman web tertarik dan terus memesan produk daripada kita.

Terdapat terma dan syarat yang perlu dipatuhi di Mudah.my.

Terma dan syarat dikenakan supaya peniaga dan pelawat bertanggungjawab semasa menjalankan aktiviti jual beli di Mudah.my. Selain member panduan kepada peniaga, buku ini juga menerangkan cara pelawat untuk mencari dan memilih produk dan servis yang disediakan.

Kesimpulannya adalah kita perlu mempunyai bakat terhadap
produk dan servis yang mahu dijual. Produk dan servis itu mesti mempunyai permintaan yang baik daripada pelanggan. Dengan usaha yang baik dapat menghasilkan keuntungan yang tinggi dan stabil.

Ulasan oleh:
Zaiintan Muhaiza binti Zainuddin
19 May 2016

No comments: