[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Thursday, April 6, 2017

BUKU Makan Gaji Tapi Kaya PENULIS Shamsuddin Kadir TERBITAN PTS 2010


No. Perolehan: DRAU 02265
No. Panggilan: 650.1 SHA
ISBN: 978-967-369-023-7
Bahasa: Melayu
Kategori:
Ulasan:
Shamsuddin Kadir merupakan seorang pelopor Teori Smart Kaya dan beliau berpengalaman dalam bidang Kewangan. Buku ini perlu dibaca kerana ia dapat membantu mengubah persepsi terhadap kebanyakan isu kehidupan yang berkaitan dengan makan gaji. Buku ini juga ditulis dan diolah dengan bahasa yang sangat mudah. Penulis memberi penekanan tentang cara-cara dan tips-tips tentang cara-cara pengurusan kewangan. Pembaca juga digalakkan untuk mencari dan mencipta serta menjana pendapatan alternatif sampingan selain daripada mengharapkan gaji semata-mata. Shamsuddin Kadir juga ada menulis tentang halangan untuk menjadi kaya. Antara faktor halangan daripada menjadi kaya ialah malu dan alasan. Pembaca juga digalakkan untuk mencari sumber pelaburan terbaik untuk membantu menambah pendapatan.

Judul: MAKAN GAJI TETAPI KAYA (edisi kemas kini)
Pengarang; SHAMSUDDIN KADIR
Penerbit: PTS PROFESSIONAL PUBLISHING SDN. BHD
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM 20.00

Ulasan oleh:
MOHAMAD ZAFWAN HAFIZUL B. ZAINUDDIN
Pembantu Pustakawan

Disemak oleh:
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
Ketua Perpustakaan Daerah Raub

No comments: