Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, June 15, 2011

Sebut Harga Mencuci Bangunan dan Membersih Kawasan Perpustakaan

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang : 220401 – Mencuci Bangunan dan 220402 – Membersih Kawasan bagi menyertai sebut harga berikut :-

TAJUK SEBUT HARGA : SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENCUCI, MEMBERSIH RUANG PEJABAT DAN MENYELENGGARA LANDSKAP DI:

-ZON 1 (KUANTAN, PEKAN DAN ROMPIN) PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PAHANG.
No. Sebut Harga : PPAP(S)01/2011

-ZON 2 (MARAN, JENGKA DAN JERANTUT) PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PAHANG.
No. Sebut Harga : PPAP(S)02/2011

-ZON 3 (BERA, TEMERLOH DAN LANCHANG) PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PAHANG.
No. Sebut Harga : PPAP(S)03/2011

-ZON 4 (BENTONG, RAUB DAN KUALA LIPIS) PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PAHANG.
No. Sebut Harga: PPAP(S)04/2011

-ZON 5 (CAMERON HIGHLANDS) PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PAHANG.
No. Sebut Harga : PPAP(S)05/2011

TARIKH BUKA : 10 JUN 2011 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP : 24 JUN 2011 (JUMAAT)

Dokumen Sebut Harga boleh diperoleh mulai 10 Jun 2011 (Jumaat) di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Syarikat mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Dokumen Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Bahagian Khidmat Pengurusan,Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Jalan Gambut 25000 Kuantan, Pahang sebelum jam 12.00 tengah hari pada 24 Jun 2011 (Jumaat). Tawaran yang lewat tidak akan dilayan.

Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai-pegawai berikut :

a) Urus Setia Sebut Harga :
- Puan Murni Wizana binti Abd Ghani 09-5141606
- Puan Norsuzila binti Ahmad 09-5141606

Syarikat / wakil diwajibkan hadir taklimat yang akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 20 Jun 2011 (Isnin)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang.

SUMBER: pahanglibrary.gov.my
Rujuk sumber asal untuk dapatkan maklumat lengkap.

--------------------------------------------------
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (1976) - Perpustakaan Awam Daerah Temerloh (1980) - Perpustakaan Awam Daerah Bentong (1983) - PerpustakaanAwam Daerah Jerantut (1983) - Perpustakaan Awam Daerah Raub(1987) - PerpustakaanAwam Daerah Maran (1993) - Perpustakaan Awam Daerah Pekan (1994) - Perpustakaan Awam Cawangan Jengka (1994) - Perpustakaan Awam Daerah Lipis (1994) - Perpustakaan Awam Daerah Rompin (1997) - Perpustakaan Awam Cawangan Lanchang (1997) - Perpustakaan Awam Daerah Bera (1998) - Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands (2003)

No comments: