Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, June 8, 2011

Sejarah Perpustakaan Awam Daerah Temerloh

Bangunan sekarang.


Perpustakaan Awam Daerah Temerloh telah memulakan operasinya pada bulan Jun 1983 di tingkat 2, Bangunan Majlis Perbandaran Temerloh hanya Perpustakaan Cawangan. Pada awal tahun 1990an beberapa usul telah dibuat untuk membina sebuah bangunan baru bagi menampung keperluan penduduk yang kian bertambah.Pada bulan Julai 1995 kerja-kerja pembinaan mula dijalankan dan tapak Perpustakaan Awam Daerah Temerloh (PADT) yang baru adalah bersebelahan di antara Pejabat Agama Daerah Temerloh dan Mahkamah Tinggi Daerah Temerloh.

Bangunan telah siap dibina dan memulakan operasinya pada 27 Jun 1996. Namun perasmiannya dibuat pada 25 Julai 1998 oleh Y.B.Dato’ Sabbaruddin Chik iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada waktu itu . Sehingga kini,Perpustakaan Awam Daerah Temerloh telah menjalankan operasinya selama hampir 21 tahun dengan jumlah keahlian sebanyak 8498 orang, (kanak-kanak 2815, Belia 1908, dan Dewasa 3775). Jumlah koleksi buku yang terkini adalah 42,056 buah. Perpustakaan ini juga turut memberikan Perkhidmatan Bergerak yang memberikan perkhidmatan lebih 32 buah lokasi .

Di bawah pentadbiran Perpustakaan Daerah temerloh juga terdapat 4 buah Perpustakaan Desa iaitu di Sanggang,Kerdau,Jenderak Loop Dan Kuala Krau serta 3 buah Perpustakaan Awam Desa (PNM) iaitu di Kuala Mai, Batu Sawar dan Tanjung Kerayong, Mentakab melalui peruntukan Perpustakaan Negara Malaysia bagi tahun 2005. Bagi tahun 2006, sebanyak dua buah lagi perpustakaan desa telah dibangunkan iaitu di Kampung Bintang dan Teluk Sentang. Sehingga kini, terdapat seramai 22 orang kakitangan Perpustakaan termasuk di semua Perpustakaan Desa dan seorang Sukarelawan Tetap Sepenuh Masa dari Yayasan Salam Malaysia yang berkhidmat di Perpustakaan Daerah Temerloh.

Rujukan:
http://pahanglibrary.gov.my/temerloh/

No comments: