Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, August 28, 2015

(5) Sejarah Tokoh Pahang IPIM 2015

Program: Seminar Tokoh Sejarah Pahang serta Sambutan Hari Merdeka
Tarikh: 27.8.2015
Masa: 7.30 pagi hingga 10.30 malam
Tempat: Dewan Terbuka Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota Kuantan, Pahang.
Perasmi: YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang
Anjuran: Waris Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim @ Che Endut.

Antara perkara yang dibincangkan pada hari ini adalah cadangan penubuhan sebuah galeri bagi Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim @ Che Endut. Cadangan ini masih diperingkat awal tetapi suatu perancangan perlu dibuat supaya ada hala tuju yang dapat diteruskan oleh generasi seterusnya bagi keturunan ini.

Pihak Arkib Negara dan Muzium Negara turut hadit bagi membincangkan pelbagai kemungkinan bagi menjayakan usaha membina Galeri Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim @ Che Endut. Arkib baoleh mambantu dalam mengesan dokument berkaitan Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim @ Che Endut. manakala pihak Muzium boleh membantu dalam mengayakan cara membuat persembahan yang menarik kepada pengunjung.

Selain itu marilah kita berkongsi mutiara moga dapat memberi hidayah kepada kita semua.
 “Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”
 “Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain bermotivasi seperti kita, itu sungguh hebat sangat.”
 “Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”
 “Jangan fikirkan yang manis saja, kita kena juga telan yang pahit sebab yang pahit itu ubat dan yang sedap itu racun.”
 “Kalau memandang kelangit jangan terlupa pada bumi yang dipijak.”
 “Air mata kesediahan menimulkan rasa kepediahn, tetapi air mata kegembiraan menimbulkan rasa keseronokan”
 “Bila kapal besar lalu, perahu kecil akan dibuai ombak.”
“Berubah itu mungkin mudah, tapi untuk kekalkan perubahan itu yang susah”

sumber asal mutiara kata:
cahayapurnama.com

No comments: