Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, August 14, 2015

Buku: Pengurusan Produk HALAL di Malaysia oleh Editor Suhaimi Ab. Rahman

Buku: Pengurusan Produk HALAL di Malaysia oleh Editor Suhaimi Ab. Rahman

No Perolehan: DCAM 06946
ISBN: 978-967-344-265-2
Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan:
Perkataan halal ialah satu istilah yang tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia samada dalam kalangan umat Islam sendiri ataupun bukan Islam. Laporan akhbar tentang isu halal bayak menyedarkan masyarakat supa lebih sensetif terutama bagi umat Islam yang sentiasa terdedah kepada benda yang haram.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global adalah perlu masyarakat memahami isu halal dengan lebih mendalam terutama mereka yang terlibat secara langsung dalam industri halal.

Buku ini adalah sebagai satu usaha untuk menyebarluas pengetahuan dan maklumat tentang isu halal khususnya isu halal dalam negara agar masyarakat lebih terdidik dan prihatin mengenainya. Buku ini bukan sahaja boleh dimanfaatkan oleh pelajar yang berminat untuk mengkaji dalam bidang produk halal malah pengusaha industri makanan dan juga orang awam.

Judul: Pengurusan Produk HALAL di Malaysia
Pengarang: Editor Suhaimi Ab. Rahman
Penerbit: Penerbit UPM Press
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM44.00
Muka surat: 233
Rating: 4

No comments: