Buku: Adab pendekatan diri kepada Allah terjemahan oleh Syed Ibrahim b Ahmad B Yanya
Tajuk: Adab pendekatan diri kepada Allah (Adab Suluk Al Murid)
Penulis: Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad
Penerbit: Pustaka Islamiyah Holding (M) Sdn. Bhd.
Harga: RM5.00
Halaman: 44 ms
Ulasan:
Kitab ini adalah karya Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad yang diberi nama 'Risalatul Murid'. Kitab ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh YB Dato' Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad Adun Kerdau. Buku terjemahan beliau ini telah diberi tajuk 'Adab pendekatan diri kepada Allah'.
Cetakan pertama buku ini adalah pada tahun 2012. Manakala kata pengantar buku Adab pendekatan diri kepada Allah telah dibuat oleh Syed Othman b Hussin b Idrus b Muhammad Alhabshi pada bulan September 2009.
Buku Adab pendekatan diri kepada Allah ini terdapat 17 fasal. Buku ini membincangkan tentang:
1. Dorongan
2. Membetulkan taubat
3. Menjaga hati
4. Menjaga lidah, mata dan telinga
5. Mengurangkan makan dan tidur
6. Membaca Al-Quran dan shalat tahajut
7. Shalat kerana Allah
8. Menjaga waktu shalat
9. Sentiasa berzikir dan takafur
10. Bahaya bisikan syaitan
11. Mengawal nafsu
12. Bersyukur kerana diuji
13. Tidak menyimpan dendam
14. Apabila menerima hadiah
15. Karamah adalah istiqamah
16. Rezeki hanya dari Allah
17. Guru dan murid
Fasal 1 ditujukan kepada sesiapa sahaja yang berusaha mencari jalan menuju kepada Allah. Manakala bagi fasal 2 hingga 17 ditujukan khusus kepada mereka yang telah menjadi 'ahli suluk'. Jika anda belem mencapai tahap sebagai ahli suluk cukup setakat fasal 1 sahaja.
Bagi mengamalkan fasal seterusnya perlulah ada guru.
Amat bertuah jika kita dikirimkan oleh Allah seorang guru yang mengajar kerana Allah. Bukan senang hendak mencari guru yang mahu mengajar dan tidak mengambil upah dari tugas mengajar ilmu Allah.
Guru-guru lama atau guru-guru tua selalunya mempunyai kerja lain selain dari kerja mengajar ilmu agama. Mereka mendapat upah melalui kerja lain BUKAN kerja mengajar. Kerja mengajar dilakukan kerana Allah dah Allah yang memberi bayaran atau upah kepada hambanya.
Bila berjumpa guru sebegini jangan ada was-was untuk belajar. Guru akan mengajar berdasarkan kemampuan kita, tidak semua ilmu boleh dicurah sekaligus. Jangan marah atau bersangka buruk kepada guru kerana menyuruh kita melakukan sesuatu. Yakinlah Allah memberikan guru yang bersesuai dengan keyakinan kita. Apabila keyakinan kita meningkat maka ilmu yang kita boleh terima juga meningkat.
Mereka yang telah menjadi Mukmin pasti ingin untuk dekatkan diri dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ingin mendapatkan keredhaanNya di dunia dan akhirat. Selalunya ada yang terseleweng dari landasan kebenaran sehingga hampir kepada kesesatan. Ada juga yang merasa bahawa mereka telah dekatkan diri kepada Allah, namun hakikatnya mereka terseleweng jauh kerana tidak memahami adab-adab di dalam amalan mereka.
Melalui buku Adab pendekatan diri kepada Allah pengarang menjelaskan adab-adab yang perlu bagi mukmin yang ingin beramal untuk mendapat keredhaan Allah Azza WaJalla. Diterangkan cara yang perlu diambil serta cara memeliharanya. Serta diterangkan halangan-halangan yang perlu dihadapi agar tidak merosakkan amalan tersebut.
Buku ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin mendapat panduan ringkas tetapi padat bagi memahami jalan menuju kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan dijadikan pedoman untuk memperbaiki amalan.
BIODATA PENTERJEMAH
Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Alamat Rumah: Kg Tuala Tekal Kerdau Temerloh
Tarikh Lahir: 18 Januari 1967(44tahun)
Berkahwin: dengan Sharifah Farunai Syed Ahmad
Anak: 1 lelaki dan 2 Perempuan
PENDIDIKAN
Sek Ren Keb Kuala Krau Temerloh
Sek Men Agama Al Kahiriah Temerloh
Kuliah Sultan Abu Bakar Pekan Pahang
Universiti Al Azhar (Sarjana muda bahasa Arab)
PENGALAMAN KERJAYA
Pembantu Pegawai Yayasan Pahang Kaherah Mesir (1993-1996)
Guru bahasa arab dan agama Sek Men Agama Darul Naim Kuala Krau Pahang (1997-2000)
Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Jerantut Nov- Dis 2000
Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001-Feb2011)
No comments:
Post a Comment