Perpustakaan Awam Daerah Bentong dan Perpustakaan Awam Cawangan Jengka turut memeriahkan sambutan kibar jalur gemilang di tempat masing-masing. Kita perlu juga mengenangkan sejarah perjalanan bendera kita.
Pada 28 November 1949, keputusan telah dibuat berdasarkan suara majoriti orang ramai yang memilih reka bentuk ketiga yang dicipta oleh seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah
Pada 22 dan 23 Februari 1950, Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah bersetuju dengan Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan
Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
Rekaan tersebut diubah dengan menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Reka bentuk bendera ini telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.

Kali pertama Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan adalah semasa majlis menaikkan bendera yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di Istana Sultan Selangor yang dihadiri oleh KDYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai King George VI.
Selepas 45 tahun berkibar tanpa nama yang boleh dibanggakan. Maka tiba masanya bendera Malaysia diberi satu nama rasmi seperti dimiliki bendera negara tertentu seperti Indonesia yang digelar ‘Sang Saka Merah Putih’, United Kingdom dinamakan ‘Union Jack’, Amerika Syarikat (Star Spangled Banner) dan bendera Perancis (Tricolor).
Pada 1995 ilham dicetuskan oleh bekas pegawai kerajaan, Datuk Hashim Mat Dris.
Semasa mesyuarat 2 Jun 1997 Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Halim Ali mendapat 28 cadangan nama. Selepas penelitian dipersetujui memilih tiga nama mengikut keutamaan iaitu ‘Jalur Gemilang’, ‘Jalur Nusa Gemilang’, dan ‘Jalur Sinar Gemilang’.
Perisytiharan ‘Jalur Gemilang’ sebagai nama bendera Malaysia dibuat Dr Mahathir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ketika upacara Di Ambang Merdeka sempena Perayaan Hari Kebangsaan pada 30 Ogos 1997, jam 11.58 malam.

No comments:
Post a Comment