Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Saturday, August 8, 2015

Pertandingan Pidato, Syarahan dan Inovasi Kelab Rukun Negara Peringkat Negari Pahang

Pertandingan Pidato, Syarahan dan Inovasi Kelab Rukun Negara Peringkat Negari Pahang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 17 Ogos 2015 (Isnin)
Tempat: Dewan perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Ucapan Penutup: YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

Pertandingan ini bertujuan memupukkan perpaduan dikalangan pelajar melalui konsep "Membudayakan perpaduan Meraikan Kepelbagaian". Melalui cara ini kita akan dapat mengembangkan pidato,syarahan dan inovasi sebagai khazanah warisan bangsa yang perlu dijaga.

Bagi menjayakan Pertandingan Pidato, Syarahan dan Inovasi Kelab Rukun Negara Peringkat Negari Pahang mesyuarat Jawatankuasa Kerja telah berlangsung pada 5hb Ogos 2015.
Peserta pertandingan ini akan diwakili oleh pelajar dari 11 daerah di Negeri Pahang. Pasukan yang menghantar peserta yang pelbagai kaum akan diberikan markah bonus. Tajuk pertandingan pidato dan syarahan adalah "Membudayakan perpaduan Meraikan Kepelbagaian".
 Bagi pertandingan inovasi pula tajuknya adalah Kitar Semula 3R,
Pertandingan ini adalah dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam pahang dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang, Jabatan Pelajaran dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang
Peserta terdiri dari:
1. Pelajar sekolah menengah bagi pertandingan pidato dan syarahan
2. Pelajar sekolah rendah bagi pertandingan Inovasi
Turut diadakan adalah Kuiz Perpaduan, pendaftaran ahli baru bagi perpustakaan dan Persatuan Sejarah.

No comments: