Buku: Manisnya Tawa & Gurau Senda Rasulullah oleh Syeikh Muhd. Mujahid
No Perolehan : DPEK 07988
Call No. : 297.63 SYE
ISBN : 978-967-0716-17-6
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama
Ulasan :
Buku ini merumuskan sudah lumrah sebagai manusia, kita mahukan kehidupan yang dilingkari keceriaan dan hiburan yang menggembirakan. Namun dalam kita rancak bergurau senda dan bergelak ketawa, ada kalanya kita terlalu leka sehingga mengabaikan hakikat kehambaan kepada Tuhan.
Manisnya Tawa & Gurau Senda Rasulullah SAW adalah sebuah naskhah yang membawa kita ke arah adab bergurau senda yang lebih sempurna. Selaku insan mulia yang selayaknya dijadikan model ikutan oleh segenap manusia, adab gurau senda Baginda dikupas dengan terperinci agar dapat dijadikan iktibar dan panduan oleh para pembaca.
Alangkah indah hidup kita, jika segala yang kita lakukan didasari oleh sunah Baginda. Atas dasar itu, karya ini menghuraikan adab-adab dalam bergurau senda, konsep bergurau senda dalam Islam, serta bentuk-bentuk gurau senda Rasulullah SAW.
Antara persoalan lain yang dimuatkan di dalam buku ini ialah;
• Sejauh mana gurau senda dibolehkan?
• Apakah kesan ketawa dari sudut psikologi, kesihatan, dan ibadat?
• Benarkah ketawa berdekah-dekah dapat mematikan hati?
Buku ini turut membawa kita menelusuri 11 buah kisah di mana Rasulullah SAW menzahirkan senyuman Baginda yang begitu indah dan menawan.
Himpunan kisah bukan sahaja diceritakan dengan lengkap, malah diiringi oleh info tambahan yang dapat memberi pengetahuan berguna buat para pembaca. Selamat Membaca.
Judul : Manisnya Tawa & Gurau Senda Rasulullah
Pengarang : Syeikh Muhd. Mujahid
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd
Tahun Terbit : 2014
Harga : RM 13.60
Muka surat : 124
Rating : 4/5
Disediakan Oleh :
Pn. Noraziah Binti Abd. Razak
PD Paloh Hinai
No comments:
Post a Comment