Buku : Ayah & Ibu, Izinkan Aku Ke Syurga oleh Siti Sujinah Sarnap
No Perolehan : DPEK 07966
Call No. : 297.577 SIT
ISBN : 978-967-0392-89-9
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama
Ulasan :
Buku ini merumuskan setiap anak wajib mengetahui hak ibu bapa yang perlu ditunaikan sama ada kedua-duanya masih hidup atau sesudah meninggal dunia; bagaimama perilaku yang mesti ditonjol pada ibu bapa, apakah perbuatan yang mendatangkan mudarat pada mereka semasa di dalam kubur, apakah pahala amalan yang boleh dihadiahkan dan sampai kepada mereka.
Ilmu ini wajib difahami untuk memudahkan anak menunaikan kewajipan berbakti kepada ibu bapa.
Buku ini harus dibaca oleh semua anak – sama ada tua atau muda, miskin atau kaya, kerana masalah pengabaian terhadap kewajipan kepada ibu bapa ini sudah berleluasa dan menjadi wabak yang sukar dibendung dalam masyarakat moden yang lebih mementingkan materialistik.
Hanya anak yang soleh sahaja yang memahami kewajipan terhadap ibu bapa dan mampu untuk melaksanakan kewajipan tersebut. Selamat Membaca.
Judul : Ayah & Ibu, Izinkan Aku Ke Syurga
Pengarang : Siti Sujinah Sarnap
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd
Tahun Terbit : 2014
Harga : RM 19.92
Muka surat : 307
Rating : 4/5
Disediakan Oleh :
Pn. Noraziah Binti Abd. Razak
PD Paloh Hinai
No comments:
Post a Comment