Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, February 22, 2017

BUKU Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Penggerak Kemakmuran TERBITAN Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

BUKU Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Penggerak Kemakmuran TERBITAN Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

No Perolehan: 17-DMAR 01081
ISBN: 9 789834 339425
Kategori: Sains Kemasyarakatan
Ringkasan/ Ulasan:
Buku berjudul ‘Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Penggerak Kemakmuran’ dihasilkan dan diterbitkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang sendiri dan perlu dibaca oleh rakyat di Malaysia, khas nya warga pahang
Buku ini dipersembahkan dalam bentuk gambar yang cantik yang boleh dilihat dan dibaca oleh golongan professional, pertengahan dan sesiapa sahaja yang terdiri pelbagai bangsa. 
Setiap bab diutarakan mencakupi pelbagai aspek dan perkara, komitmen serta pencapaian PKNP sepanjang tempoh 50 tahun penubuhan nya adalah inisiatif supaya jasa atau sumbangan pemimpin, pengurusan serta warga kerja didokumenkan untuk tatapan dan rujukan
Setiap pembaca dapat menyelami hasil pemikiran, hasrat dan hala tuju Menteri Besar Pahang untuk menjadikan Negeri Pahang maju dan rakyat mempunyai rumah kediaman yang selesa dan memastikan peniaga menjalankan perniagaan dalam keadaan yang tersusun dan teratur. 
Nama Fail Cover Buku:
Judul: Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Penggerak Kemakmuran
Pengarang: -
Penerbit: Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang
Tahun Terbit: 2015
Harga: Hadiah
Muka surat: 255
Rating: -


Disediakan Oleh :
Ruzimah binti Muhamad
Pembantu Pustakawan
PAD Maran

Disemak oleh :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran

No comments: