Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, February 16, 2017

BUKU:Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain( Membongkar kewujudan dan rahsia sebenar pejuang agung) PENULIS Afareez Abd Razak Al Hafiz

BUKU:Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain( Membongkar kewujudan dan rahsia sebenar pejuang agung) PENULIS Afareez Abd Razak Al Hafiz
                                               
A. JUDUL BUKU : Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain( Membongkar kewujudan dan rahsia sebenar pejuang agung)
B. PENULIS : Afareez Abd Razak Al Hafiz
C. TAHUN TERBITAN : 2009
D. PENERBIT BUKU : PTS MILLENNIA SDN. BHD.
E. JUMLAH MUKA SURAT : 192
F . HARGA :  RM 17.50
G. NO PEROLEHAN : 909.097671

ULASAN BUKU :
- Benarkah Raja Iskandar Atau Alexander The Great bukan Zulqarnain?
- Siapakah sebenarnya induvidu yang sesuai digelar Zulqarnain berdasarkan ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Quran?
-Bagaimanakah kisah sebenar pembinaan tembok penghalang bagi Yakjuj dan Makjuj oleh Zulqarnain?
- Siapakah induvidu yang dinamakan Raja Kurush ? Apa kaitannya dengan Zulqarnain?
Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu hebat dalam sejarah. Beliaulah yang digelar Alexander The Great .Namun tahukah anda ,sebenarnya Raja Iskandar atau Alexander The Great tidak sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain, satu gelaran yang diberikan oleh Quran. Bahkan ada tokoh lain yang lebih sesuai dan layak disandarkan dengan gelaran itu.
Berbekalkan kajian mendalam melibatkan pandangan dan kajian tokoh-tokoh agama, pakar sejarah dan para intelektual, buku ini memuatkan perbincangan lengkap disertai dengan hujah-hujah bernas bagi menjelaskan tokoh yang paling sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain.
Jangan lepaskan peluang bagi memahami sejarah dengan perspektif yang lebih baik.

Diulas oleh
Siti Norhasmah

No comments: