BUKU MAC
Buku Isteriku Bidadari Pengarang Ebit Lew Penerbit Transform Publication 2016
No Perolehan: DTEM 002194/17
ISBN: 978-967-11555-3-0
Kategori: 297.577 EBI
Ringkasan/ Ulasan
Isteriku Bidadari buku ini menceritakan tentang 11 Kaedah membimbing Keluarga. Buku ini sangat menarik untuk dibaca dimana buku ini menceritakan kebahagian rumahtangga kerana Allah.Buku ini juga menceritakan andai sesebuah rumahtangga itu dibentuk mengikut tuntutan Rasulullah S.A.W. maka tidak akan rasa pernah kecewa dengan kehidupan yang dibina.
Janganlah kita hanya mengejar bahagia untuk diri sendiri tanpa ada keinginan untuk membahagiakan orang lain dan jangan bahagia yang yang dicari tapi derita yang menjengah.
Buku ini sangat sesuai dibaca kepada golongan dewasa tidak kira lelaki mahupun perempuan terutama sekali kepada yang sudah berumahtangga. Andai sesiapa yang menginginkan kebahagian boleh membaca buku ini dan dijadikan contoh dan mengambil iktibar.
Seterusnya dapat mendatangkan kebaikan kepada diri dan keluarga yang dibina kerana Allah S.W.T.
Judul: Isteriku Bidadari
Pengarang: Ebit Lew
Penerbit: Transform Publication
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 28.00
Muka surat: 406
Rating: 4
Ulasan Oleh :
Norasuryanti binti Abdul Rapar,
PAD Temerloh
No comments:
Post a Comment