Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, May 17, 2018

BUKU Mau izhah Hasanah 2 Teman Di Barzakh Penempatan Para Roh PENULIS Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani PENERBIT Galeri Ilmu RM28

BUKU JANUARI

BUKU Mau' izhah Hasanah 2 Teman Di Barzakh Penempatan Para Roh PENULIS Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani PENERBIT Galeri Ilmu RM28

No Perolehan: DPEK 17-00258
Isbn: 978-983-097-624-2

Ringkasan Umum
Teman di Barzakh ini membicarakan perihal roh dan arwah setelah diceraikan nyawa daripada jasad,peristiwa yang bakal berlaku sebagaimana yang tercatat dalam hadis dan atsar para sahabat r.a.
Juga menjelaskan perkaitan antara roh orang yang telah mati dengan roh orang yang masih hidup.Semuanya untuk kita hayati agar lebih bersedia dalam menyiapkan bekal kesana.Suasana di alam barzarkh tidak sama dengan suasana di padang mahsyar.

Buku ini juga menceritakan kematian setiap orang adalah berbeza beza dari segi keadaan dan waktunya.Nabi Adam a.s wafat beribu tahun dahulu.Nabi Muhammad s.a.w pula wafat lebih 1400 tahun yang lalu,kemudian kita pula tidak tahu bila ajal menjemput.

Buku ini juga melampirkan hadis-hadis Nabi s.a.w yang menceritakan perihal padang mahsyar dan perihal alam barzakh dengan panduan yang diceritakan dalam buku ini, penulis begitu mengharapkan agar buku inidapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada pembaca tentang kehidupan di alam barzakh.

Judul: Mau’izhah Hasanah 2 Teman Di Barzakh Penempatan Para Roh
Pengarang: Ahmad Dusuki Abd. Rani,Ustaz
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Harga: RM 28.00
Muka Surat: 246
Rating:-

Disediakan Oleh : Disemak oleh :
Isham bin Hamzah                                                                              Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                                                        Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan                                                                                          PAD Pekan

No comments: