Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, May 10, 2018

BUKU Isteriku Bidadarai 11 Kaedah membimbing keluarga PENULIS Ebit Lew PENERBIT Transform Publication 2016

BUKU FEBRUARI
BUKU Isteriku Bidadarai 11 Kaedah membimbing keluarga PENULIS Ebit Lew PENERBIT Transform Publication 2016

No Perolehan : ELUI001020
ISBN:978-967-11555-3-0
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini ditulis untuk memberi panduan kepada pembaca yang mengimpikan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Keluarga yang sentiasa  berkasih sayang dan menghargai antara satu sama lain akan menarik rahmat Allah SWT. Apabila rahmat Allah diperolehi, maka segala urusan akan dipermudahkan termasuk urusan rezeki.

Nikmat dunia ini akan dikecapi apabila kita rasa gembira ketika bersama ahli keluarga. Kebanyakan orang yang berjaya dalam hidup ini ialah orang yang sangat menghargai keluarga. Rasulullah SAW adalah insan yang mencintai dan menghargai keluarganya dengan bersungguh-sungguh.
Keluarga adalah lubuk kebahagiaan apabila kita mampu membahagiakan ahli keluarga. Benarlah rumahku syurgaku.

Menatap wajah ibu ayah serta anak isteri adalah perkara paling nikmat dalam hidup.
Setiap insan akan bahagia jika berjaya memperoleh reda Allah SWT. Allah mencipta syurga bagi setiap insan untuk menikmatinya. Namun hakikat bahagia itu bermula dari hati. Hati adalah penentu kebahagiaan.
Buku ini yang ditulis berdasarkan pengalaman penulis.

Amat bermanfaat dibaca sebagai panduan untuk kita menuju kebahagiaan dalam rumah tangga. Buku ini amat sesuai untuk dibaca semua peringkat umur terutama kepada yang telah berkahwin.

Judul: Isteriku Bidadarai – 11 Kaedah membimbing keluarga
Pengarangn: Ebit Lew
Penerbit: Transform publication
TahunTerbit: 2016
Harga: RM 28.00
Mukasurat: 406
Rating: -

Disediakan oleh : Disemak oleh :
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah,
Perpustakaan Desa Luit PAD Maran

No comments: