ULASAN BUKU MAC 2018 PD PERAMU JAYA 3
BUKU Fiqh Wanita Menurut Empat Mazhab PENULIS Haji Muhammad Nasir PENERBIT Pustaka Al-Ehsan 2016
No Perolehan : EPER 17-000513
ISBN: 978-983-3204-20-5
Kategori: Agama
Ringkasan / Umum :
Buku Fiqh Wanita tulisan Haji Muhammad Nasir ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab, ia memuatkan penulisan taksiran dan maksudnya serta menghuraikan hukum-hukum yang berkaitan dengan wanita sebagai rujukan yang mudah difahami.
Fiqh Wanita merupakan koleksi buku yang hanya memfokuskan kepada hokum-hukum yang berkaitan dengan wanita sahaja, memfokuskan kepada penghuraian dan penjelasan, misalnya dalam bab solat yang menyebut tentang cara melakukan solat mulai dari niat, takbir sehingga salam termasuk juga doa-doa yang dibacakan dalam solat dan sebagainya.
Pastinya dalam menjelaskan hokum-hukum yang dibincangkan di dalam buku inidisertakan bersama pelbagai pendapat mazhab yang berbeza. Namun dalam memaparkan pandangan mazhab, buku ini bukan bersifat untuk menonjolkan satumazhab sahaja dan merendahkan mazhab yang lain tetapi sekadar perbandingan antara pandangan mereka dan pilihan pendapat hanya ditentukan oleh para pembaca sendiri.
Judul: Fiqh Wanita
Pengarang: Haji Muhammad Nasir
Penerbit: Pustaka Al-Ehsan
Tahun Terbit: 2016
Harga: Rm 22.00
Muka surat: 348
Rating:-
Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Peramu Jaya 3 PAD Pekan
No comments:
Post a Comment