Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 25, 2019

BUKU: TAHUN-TAHUN PERANG ABRAHAM LINCOLN Jilid 2

PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH BENTONG
ULASAN BUKU BIL 8/2019
BUKU:   TAHUN-TAHUN PERANG ABRAHAM LINCOLN
                                                               
JUDUL BUKU :   TAHUN-TAHUN PERANG ABRAHAM LINCOLN
ISBN : 9789671441848
PENGARANG : CARL SANDBURG
TARIKH / TAHUN :              2017
EDISI BAHASA :              BAHASA MALAYSIA
HARGA :              RM 56.00

ULASAN                             :           
Abraham Lincoln dilantik menjadi Presiden Amerika syarikat ke 16, pada tahun 1861. Antara dasar utama Lincoln setelah dilantik menjadi Presiden Amerika ialah menghapuskan dasar perhambaan yang menjadi budaya dikalangan rakyat Amerika Syarikat sejak sekian lama.

Namun pemilihan Lincoln sebagai Presiden Amerika Syarikat telah menimbulkan rasa tidak puas hati  sesetengah rakyat Amerika terutama dikawasan selatan kerana dasarnya yang menghapuskan perhambaan hingga menyebabkan berlakunya perang saudara dari tahun 1861 hingga 1863 antara utara dan selatan.

Pada tahun 1863. Pasukan selatan telah tewas dalam perang Gettysburg dan selepas peperangan itu Lincoln telah memberi hak dan kebebasan kepada  warga kulit hitam dalam pentadbiran Amerika Syarikat.
                                                                            Presiden Abraham Lincoln ditembak mati oleh John Wilkes Both ketika menonton di Panggung Ford Washington Pada Tahun 1865

DISEDIAKAN : AZHARANI A. AZIZI
PEMBANTU PUSTAKAWAN DAERAH BENTONG

Tuesday, September 24, 2019

Buku: Ramadan, Maaf Kami Masih Sibuk

PAD BENTONG – Bil. 8/2019
Buku: Ramadan, Maaf Kami Masih Sibuk

No. Perolehan : EJAN002202
Call No : 297.362/AHM
ISBN : 978-967-16994-1-6
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan : Buku yang bertajuk “Ramadan, Maaf Kami Masih Sibuk” ini
  banyak membincangkan mengenai kelalaian manusia tentang
  kehadiran bulan penuh barakah iaitu bulan Ramadhan.
 
  Banyak keistimewaan bulan Ramadhan yang kita tidak
  ketahui. Apabila Ramadan tiba, manusia hanya memikirkan
  tentang bazaar Ramadan yang ingin dikunjungi setiap petang,
  juadah berbuka untuk seisi keluarga, mengira hari ketibaan
    Hari Raya, memikirkan tentang wang bantuan Hari Raya dan
  persediaan Hari Raya sahaja. Kami hanya memikirkan tentang
  keseronokkan berbanding mendekatkan diri dengan Mu.

  Jibril pernah berkata, “ Bayangkan jikalau secara tiba-tiba
  Ramadan dibatalkan.”Bagaimana perasaan dijiwa kita?
  Adakah kita berasa kehilangan atau bahagia?
  ……….Jawablah dengan hati masing-masing……

  Ya Allah, andainya ini Ramadan yang terakhir bagi kami, kami
  berharap Engkau terimalah ibadah kami yang tidak seberapa
  ini, dan kami berdoa Engkau ampunkan dosa-dosa kami yang
  menggunung ini.
 

Judul : Ramadan, Maaf Kami Masih Sibuk
Pengarang : Ahmad Rifai’i Rif’an
Penerbit : Rimbunan Islamik Media Sdn.Bhd.
Tahun Terbit : 2019
Harga : RM 24.90
Muka Surat : 197
RATING : 5/5

Disediakan Oleh : Yusniza Mohamad Arris
  Pembantu Pustakawan
  Perpustakaan Desa Kampung Janda Baik

Monday, September 23, 2019

Buku: RAHMAT MENITI TIGA ERA

ULASAN BUKU BULAN OGOS  2019 PD KEMASUL
Buku: RAHMAT MENITI TIGA ERA

Penulis : Dato’ Haji Rahmat Ismail
Kategori : 923.5595 RAH
ISBN : 9789831312483
Halaman : 186 m.s
Harga : RM 29.75

Buku ini memaparkan kisah hidup En Rahmat dalam pelbagai  era yang dihadapi semasa hidupnya. Ramai  orang yang pernah berkhidmat dengan pasukan keselamatan  tidak  ramai yang pernah berkhidmat dalam tiga era pasukan keselamatan iaitu  Special Constable (SC), British Army dan Angkatan Tentera Malaysia seperti yang dilalui oleh Dato’ Rahmat Ismail.

Tidak hairanlah sepanjang perkhidmatan tersebut walaupun penuh dengan ranjau, onak dan duri namun beliau telah mengutip berbagai kenagan yang sukar digambarkan  dan tidak ternilai harganya. Semuanya beliau tuliskan dalam buku ini sepanjang beliau berkhidmat untuk tatapan anak bangsa yang ada sekarang.

Sejarah hitam negara yang dijajah oleh British, detik-detik zaman darurat dan suasana negara di ambang kemerdekaaan semuanya tercatiti dalam buku ini.

Semoga buku ini memberikan manafaat dan  keinsafan kepada generasi sekarang kerana betapa susah dan peritnya hidup dizaman itu dan untuk mencapai kemerdekaan. Kenangan yang sukar di lupakan sepanjang hayat oleh beliau  tersemat dalam memori  buat selamanya dan tersimpan dalam buku ini untuk tatapan anak bangsa era moden.

Disediakan oleh,
(ARMAH BINTI ABAS)
PERPUSTAKAAN DESA  F.KEMASUL.

Sunday, September 22, 2019

Buku: Cukuplah Allah Bagiku ME + GOD = ENOUGH

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2019
Buku: Cukuplah Allah Bagiku ME + GOD = ENOUGH

KATEGORI :  AGAMA
 PENULIS : AHMAD RIFA’I RII’AN
 PENERBIT : AL-HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHER SDN.BHD
ID BUKU : 297.57
ISBN : 978-967-439-304-5
M/SURAT : 238
PERPUSTAKAAN: PERPUSTAKAAN DESA PULAU TAWAR

“ME+GOD=ENOUGH” ini memperjelaskan bahawa kita tidak sendirian di dunia ini kerana Allah sentiasa bersama-sama kita, melihat kita dan mendengar keluh resah kita sebagai umatnya.

Saat kita berhadapan dengan keadaan yang sulit, dilanda kesedihan serta berasa hidup penuh dengan tekanan yang tiada hujungnya, saat itulah kita perlu sedar, bahawa kita masih punya Allah yang tidak pernah berhenti menyaksikan kita berjuang.

Ketika kita berasa menghadapi masalah hidup sendiri dan tiada sahabat yang menemani, saat itulah kita perlu yakin bahawa kita ada Allah yang tidak akan meninggalkan kita sendirian.

Jika tiada tempat untuk kita bersandar, maka sesungguhnya setiap saat tetap ada lantai untuk kita bersujud. Kuatkan semangat jangan berputus asa meskipun menghadapi sebesar apa pun masalah. Ingatlah allah sentiasa ada untuk kita.

Buku: Mari Mengingati Allah

ULASAN BUKU PD SIMPANG PELANGAI
Buku: Mari Mengingati Allah

No. Perolehan : EPEL 001361
Call No : 297.18 SOL
ISBN : 9789672133391
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama
Ulasan : Buku bertajuk Mari Mengingati Allah  Karya
Ustaz Solahuddin Ashani yang menukilkan tentang ke-
Utamaan untuk mengingati Allah dalam kehidupan
Kita sebagai hamba Allah yang beriman

Buku ini menitipkan cara-cara bagaimana membersihkan
Hati dengan zikir-zikir seharian, membaca Al-Quran,
Berdoa, beristigfar, bertasbih dan tahmid dan banyak lagi
Dituliskan dalam buku ini.

Selain dari itu, waktu-waktu mustajab dilakukan perkara-
Tersebut juga dinyatakan secara terperinci bagi me-
Mudahkan pembaca merujuk dan beramal. Doa-doa juga
Ditulis dengan lengkap dan terang serta mudah difahami.

Judul : Mari Mengingati Allah
Pengarang : Ustaz Solahuddin Ashani
Penerbit : Pustaka Sri Saujana Sdn. Bhd.
Tahun Terbit : 2018
Harga : RM 24.00
Muka Surat : 324
Rating : 4/5

Disediakan Oleh : Liza binti Che Omar
Pembantu Perpustakaan Desa Simpang Pelangai

Saturday, September 21, 2019

Buku: Allah Tempat Meminta

Buku: Allah Tempat Meminta

No. Perolehan : EPEL 001359
Call No : 297.221 FAT
ISBN : 9789672133322
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama
Ulasan : Buku bertajuk Allah Tempat Meminta  Karya
Ustaz Fathuri Salahudin yang menukilkan tentang harapan
Untuk orang-orang yang berdosa masih terbentang luas
untuk mendapat pengampunan dari Allah SWT.

Buku ini mengupas tentang kebesaran Allah SWT yang
Maha Pengasih lagi Pengampun melarang hamba-hamba
Melakukan dosa samada kecil atau besar. Kita diperintah
Kan untuk beriman dan meninggalkan laranganNya.


Buku ini menerangkan perihal dosa-dosa kecil dan
Besar dan kategorinya. Penerangan tentang perkara
Tersebut diperkukuhkan lagi dengan petikan ayat-
Ayat Al-Quran. Juga memperihalkan bahawa Allah SWT
Maha Pengasih memerintahkan untuk orang yang
Berdosa, masih ada harapan diberikan pengampuna
Iaitu dengan bertaubat bersungguh-sungguh seperti
Yang disarankan di dalam buku ini.

Judul : Allah Tempat Meminta.
Pengarang : Ustaz Fathuri Salahudin
Penerbit : Pustaka Sri Saujana Sdn. Bhd.
Tahun Terbit : 2018
Harga : RM 24.00
Muka Surat : 255
Rating : 4/5

Disediakan Oleh : Halid Bin Zainal
Pembantu Operasi PAD Bentong

Friday, September 20, 2019

Buku SOLITUDE Bukti kau kekasih yang tak bosan menyebut nama Kekasihmu

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2019
Buku SOLITUDE Bukti kau kekasih yang tak bosan menyebut nama Kekasihmu

KATEGORI :  AGAMA
             PENULIS : DR. FARHAN HADI
             PENERBIT : SEBARKAN BAHAGIA
  SDN.BHD

ID BUKU : 297.382
ISBN : 978-967-13375-8-5
M/SURAT : 71
PERPUSTAKAAN: PERPUSTAKAAN DESA PULAU TAWAR

“SOLITUDE” ini berkisar mengenai zikir-zikir yang perlu setiap umat ucapkan setiap hari kerana zikir merupakan ibadah yang sangat mudah dan dengan berzikir ini membuktikan bahawa rindunya kita sebagai umat kepada Allah dan tidak pernah melupakannya setiap detik.

Dengan berzikir juga menjadikan hati kita sentiasa tenang .Zikir bukanlah ibadah yang membebankan kerana zikir boleh dilakukan atau diucapkan secara lisan pada bila-bila masa sahaja tiada batas-batas waktu yang tertentu.

Dengan itu sentiasalah puji Allah dengan berzikir.

BUKU: KELUARGA GERILYA oleh Pramoedya Ananta Toer

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 8/2019
BUKU: KELUARGA GERILYA oleh Pramoedya Ananta Toer

TAJUK BUKU : KELUARGA GERILYA
PENGARANG :  Pramoedya Ananta Toer
NOMBOR PEROLEHAN:  TIADA BUKU SENDIRI
NOMBOR PANGGILAN:  -
ISBN :  -
BAHASA :  INDONESIA
KATEGORI :  Fiksyen
ULASAN :

Pramoedya Ananta Toer merupakan satu nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam bidang penulisan di Indonesia.  Karya beliau banyak menitipkan warna-warna kehidupan pasca perang dan penjajahan.  Rona-rona duka bersimpang siur dalam melayari kehidupan, berbaur dengan puing-puing pengorbanan, kesetiaan, pendirian dan peranan agama dalam mengharungi revolusi kemerdekaan.  Karya ini pernah dijadikan teks untuk sastera tingkatan enam sekitar tahun lapan puluhan di Malaysia.  Saya sendiri menggunakan buku ini untuk kajian sastera ketika itu.

Keluarga gerilya menghidangkan kisah suka duka era sebelum kemerdekaan. Terdapat 5 watak utama yang menjalin rangkaian peristiwa dalam novel ini.  Amilah ibu yang berusia 41 tahun mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan anak sulungnya iaitu Saaman, diikuti Kartiman yang mempunyai sifat pemarah dan mempunyai kawalan emosi yang lemah.  Kartiman menyertai barisan hadapan gerilya dan dialah yang menembak bapanya.  Diikuti oleh Canimin yang berwajah cacat akibat kebakaran dalam pertempuran di Madiun. Salamah anak perempuan ke empat merupakan tunangan Darsono berusia 19 tahun. 

Ketua keluarga iaitu Saaman, menyara keluarga dengan pendapatannya sebagai pengayuh beca.  Saaman yang menghadapi hukuman mati setelah tertangkap oleh militer Belanda kerana membunuh bapa yang berlainan ideology.  Bapanya sarjan petualang kerana menjadi tali barut musuh iaitu pihak Belanda.   

Terpenjaranya Saaman meletakkan tanggungjawab mnguruskan keperluan keluarga di bahu Salamah, adik perempuannya yang ke empat.  Gadis cantik mekar bugar itu mempunyai paras menawan yang menerbitkan rasa iri di hati bundanya sendiri iaitu Amilah.  Sementara adik lelaki Saaman iaitu Canimin dan Katiman yang menyertai barisan hadapan gerilya telah terkorban di medan pertempuran. 

Amilah yang sarat menanggung bebanan perasaan mengalami tekanan jiwa.

Yang menariknya ialah coretan yang dinukilkan dalam buku ini ialah kejadian yang berlaku dalam ruang lingkup 3 hari dan tiga malam sahaja. 

Novel yang sarat dengan pesanan moral, mengajar prinsip moral dan kehidupan yang memerlukan pengorbanan merupakan pembelajaran berharga serta mengolah rasa dan naluri pembaca. 

Pramoedya Ananta Toer  berjaya menjadikan buah karya sastera beliau sebagai medium yang cukup baik mengajarkan nilai kehidupan melalui sastra. Novel yang sarat dengan pesan moral, prinsip, pengorbanan, dan pembelajaran berharga membuai rasa dan naluri pembaca.

Jika anda seorang pembaca yang mengharapkan happy ending dalam pembacaan, karya Pram ini bukanlah pilihan yang tepat. 

Jika ada pun sedikit kegembiraan yang hanyalah berkaitan Darsono tunangan Salamah yang berjanji menerimanya seadanya walaupun tahu Salamah sudah tidak suci lagi. 

Secara peribadi saya berharap novel ini diulang cetak dengan menyediakan sarikata bahasa Malaysia agar pembaca menikmati pembacaan secara langsung.

Nama Fail Cover Buku :  Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 8/2019
Pengarang :  Pramoedya Ananta Toer
Penerbit
Tahun Terbit :  1955
Mukasurat :  239
Rating :  9/10
Disediakan oleh :  Juriah bt Mohamed
   Pembantu Pustakawan
                   Desa Jambu

Buku: Cegah Virus Zika. Pengarang: Azlina Awang

ULASAN BUKU JULAI 2019
Buku: Cegah Virus Zika. Pengarang: Azlina Awang

No Perolehan : ELU1001378
ISBN: 978-967-018-743-3

Kategori: Bukan fiksyen dewasa
Ringkasan/ Ulasan:
Buku yang bertajuk CEGAH VIRUS ZIKA memberi informasi tentang bahayanya jangkitan virus zika. Virus ini terjadi adalah disebarkan oleh nyamuk Aedes. Vektor yang sama dengan demam denggi dan chikunggunya.

Bahayanya virus zika ini akan menyebabkan bayi baru lahir akan mengalami sindro otak kecil. Antara symptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang, kebiasaanya nyamuk eades akan menggigit awal pagi dan senja.

Rawatan demam zika sama demam denggi, mereka yang dijangkiti dinasihatkan banyak minum air.

Judul: Cegah Virus Zika
Pengarang: Azlina Awang
Penerbit: Logareadhem Publications
TahunTerbit: 2017
Harga: RM49.00
Mukasurat: 47
Rating: -

Disediakan oleh :
Rapizah bt Abd Kadir
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Desa Luit

Disemak oleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah,
Awam Daerah Maran

Thursday, September 19, 2019

Buku: TRIANGLE OF LOVE : ALLAH, AKU DAN KAMU

ULASAN BUKU BULAN SEPTEMBER 2019
Buku: TRIANGLE OF LOVE : ALLAH, AKU DAN KAMU
                KATEGORI :  AGAMA
             PENULIS : -TIADA-
             PENERBIT : GREEN DOME,PUBLICATION
  SDN.BHD

ID BUKU : 297.5677
ISBN : 978-967-0728-16-2
M/SURAT : 192
PERPUSTAKAAN: PERPUSTAKAAN DESA PULAU TAWAR

“TRIANGLE OF LOVE : ALLAH, AKU DAN KAMU”ini berkisar mengenai perkara-perkara yang berkait dengan cinta , berpasangan, bujang , berkenalan dan pernikahan menurut pandangan Islam.

Dalam buku ini diterangkan satu persatu mengenai soal cinta sehinggalah sampai ke alam perkahwinan menurut Islam.

Buku: KECELAKAAN ORGANISASI

Buku: KECELAKAAN ORGANISASI

JUDUL BUKU :          Kecelakaan Organisari
N0.PENGKELASAN : 658.409  GUR
ISBN : 967-69-0672 -7
PENGARANG : Gurcharan Singh Sandu
TARIKH / TAHUN : 2006
EDISI BAHASA : Bahasa Malaysia
HARGA : RM 15.00

ULASAN :
Buku ini menyajikan refleksi tentang beberapa amalan negatif kepimpinan dan pengurusan dalam organisasi. Contoh amalan-amalan negatif ini dipersembahkan dalam bentuk yang mudah dibaca dan difahami.

Amalan negatif sedemikian yang berlaku dalam organisasi mengakibatkan kerugian kepada organisasi dan produktiviti staf. Refleksi terhadap amalan negatif diikuti pula dengan cadangan tindakan yang sepatutnya oleh ketua atau bos. Sifat-sifat positif dan negatif ketua juga dipaparkan untuk renungan bersama.

Antara punca berlakunya kecelakaan dalam sesebuah organisasi adalah, kegagalan dalam komunikasi.

Kecelakaan ini berlaku kerana cara komunikasi yang tidak berkesan oleh pihak atasan. Adakalanya projek yang besar mengalami beberapa masalah.

Apabila berlaku kejadian seumpama ini, ramai bos akan memarahi pekerja mereka. Sepatutnya, bos menjalin komunikasi terbuka dan telus bersama-sama stafnya. Semua staf yang terlibat dengan projek harus diberitahu tentang segala maklumat, sama ada maklumat itu positf atau negatif. Elakkan menyimpan rahsia dengan staf agak ia tidak menimbulkan keraguan di kalangan anggota organisasi.

Seterusnya, punca lain yang membawa kepada kecelakaan organisasi adalah, pekerja yang pandai berkata-kata. Ada di kalangan pekerja dalam organisasi pandai bermain drama. Mereka merupakan orang yang paling lantang dalam mesyuarat namun suka mencuri tulang dalam perlaksanaan sebenar sesuatu kerja.

Orang sebegini sememangnya ada dalam kebanyakan organisasi. Kecelakaan berlaku apabila bos terpedaya dengan lakonan pekerja sebegini.

Bos mungkin tidak mengenali kelakuan pekerja sedemikian jika dia baru dalam organisasi tetapi bos haruslah peka dan menganalisis latar belakang pekerjanya. Jika bos sensitif dan pandai meneliti stafnya, dia akan mudah mengenali sikap pekerja-pekerja bawahannya.

Sebagai penutup, pengulas merasakan buku ini amat sesuai kepada mereka yang sedang atau bakal menerajui sesebuah organisasi. Sikap positif pemimpin dan pekerja mampu menghasilkan produktiviti kerja yang cemerlang. Kedua-dua pihak haruslah memainkan peranan mereka dengan baik demi kelangsungan sesebuah organisasi terhadap pelbagai jenis kemahiran.

DISEDIAKAN OLEH : PN. SAHIDAH BINTI ABDUL GANI

BUKU: HAKIKAT KESUCIAN HATI

ULASAN BUKU JULAI

BUKU: HAKIKAT KESUCIAN HATI

Buku bertajuk “Hakikat Kesucian Hati”memaparkan perkara tentang betapa pentingnya membersihkan hati dan jiwa untuk tunduk dan taat kepada Allah swt. Oleh itu tuntutan beribadah dan menjalankan segala perintah Allah berdasarkan Al-Quran dan sunnah haruslah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh tanpa ada keraguan.

Yakin dan pastI setiap individu satu hari nanti akan mengadapNya. Kita haruslah selalu mengharapkan keampunanNya dan tidak berputus asa dari rahmatNya. Sentiasa melakukan taubat serta berdoa untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Sesungguhnya  Islam itu bererti tunduk dan ketundukkan itu disertai dengan membenarkan dalam hati maka ia dinamakan islam yang benar yang keluar dari iman yang benar.

Itulah hakikat kesucian hati.

PENULIS : ABU SYEIKH ABD AZIZ
HARGA : RM26.90
MUKA SURAT : 407 MUKA SURAT
NO.PEROLEHAN : 18-00135
NO.PANGGILAN : 297.382
NO.ISBN              : 9789672133100
TAHUN TERBIT : 1969

DISEDIAKAN OLEH:
ZALIHA MOHD YUNUS
PAD ROMPIN

Wednesday, September 18, 2019

Buku: MARI MENJADI HAMBA LANGIT ILAHI

ULASAN BUKU BULAN SEPTEMBER 2019
Buku: MARI MENJADI HAMBA LANGIT ILAHI
 
KATEGORI :  AGAMA
PENULIS : HILAL ASYRAF
PENERBIT : BUKU PURIS, GELERI ILMU SDN.BHD
ID BUKU : 297.57
ISBN : 978-983-097-635-8
M/SURAT : 180
PERPUSTAKAAN: PERPUSTAKAAN DESA PULAU TAWAR

“MARI MENJADI HAMBA”hendak membawa kita semua pulang menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat.

Tidak memisahkan akhirat dengan dunia. Seterusnya mengajak kepada disiplin hidup yang lebih matang serta berwawasan.

Buku ini juga igin mengajak agar sama-sama kembali menjadi hamba Ilahi. Menyumbangkan apa yang ada pada sendiri untuk pembangunan umat.

Sesungguhnya umat yang mantap itu, dibina oleh isinya yang mantap juga.

Buku Menghadapi Saat Kelahiran

PAD BENTONG – Bil. 8/2019
Buku Menghadapi Saat Kelahiran

No. Perolehan : DBEN 001703
Call No : 618.4 / SAL
ISBN : 9789834904203
Bahasa : Melayu
Kategori : Perubatan

Ulasan : “MENGHADAPI SAAT KELAHIRAN” pasti akan mengundang
  resah di hati para ibu. Buku ini banyak membicarakan
  tentang proses kelahiran bayi yang akan dilalui oleh setiap
  ibu yang mengandung. Untuk bakal-bakal ibu buku ini banyak
  memberi maklumat tentang bagaimana keadaan dari dewan
  bersalin dan bagaimana menyambut kelahiran orang baru
  dari kaca mata seorang doctor. Maklumat yang disampaikan
  boleh dijadikan panduan yang berguna kepada ibu-ibu secara
  umumnya.

Judul : Menghadapi Saat Kelahiran
Pengarang : Salleha Khalid
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Tahun Terbit : 2017
Harga : RM 23.00
Muka Surat : 110
RATING : 5/5

Disediakan Oleh : Norazmah Binti Abdul Rani
Pembantu Pustakawan Perpustakaan Awam Daerah Bentong.
   

Buku: MENGENAL SIFAT 20

No Perolehan: 19-004969
ISBN: 978-967-439-316-8
Kategori: 297.5 AWW

Ringkasan/ Ulasan
Buku ‘Menngenal Sifat 20’ ini adalah sebuah buku yang membawa pembacanya mengenal sifat-sifat Allah SWT yang mana wajib bagi setiap muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa sifat kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah SWT.

Buku ini juga akan membantu anda mengenal Allah SWT dan para Rasul-Nya melalui pendekatan sifat 20. Justeru buku ini amat berbaloi dalam medekatkan lagi kita dengan mengetahui sifat-sifat 20 Allah yang wajib diketahui.

Judul: Mengenal Sifat 20
Pengarang: Awwaluddin Makrifatullah
Penerbit: Al-Hidayah House Of Publishers
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM15.00
Muka surat: 223
Rating: 4

Buku: Born to dance

No Perolehan: 18-002732
ISBN: 978-0-00-816452-2
Kategori: FI URE

Ringkasan/ Ulasan
This books are about the shy girl names Caitlyn that arrives at Coombe House School. For the first time, Maddy is sure that this girl must be a fellow ballet dancer cause she certainly has all the poise and grace of a ballerina.

Maddy also find Caitlyn practicing ballet in secret when she always denies it about ballerina. What are going happen to Caitlyn and Maddy?

This books is make you always follow your dream whenever should be barriers your dream.

Judul: Born To Dance
Pengarang: Ure, Jean
Penerbit: HapperCollins Children’s Books
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM38.85
Muka surat: 216
Rating: 4

Buku: Sejenak ke Tanah Melayu Penerbit Geroda Merah Press

ULASAN BUKU JUN 2019
Buku: Sejenak ke Tanah Melayu

No Perolehan: DMAR 18-005349
ISBN:9786-6713-777-58
Kategori: SEJARAH
Ringkasan/ Ulasan:

‘Sejenak ke Tanah Melayu’ berkisar tentang Tanah Melayu secara keseluruhannya, baik dari segi geografi, politik, sejarah, sosial, flora dan fauna serta tradisi masyarakat di Tanah Melayu.

Ini termasuklah sedikit pencerahan tentang penduduk asal Tanah Melayu seperti Orang Asli dan mesyarakat Melayu,selain bangsa-bangsa imigran asing yang menumpang tuah di bumi Melayu dan akhirnya mencorakkan suasana kehidupan di Tanah Melayu.

Segala komunikasi dan interaksi antara bangsa Asia dan bangsa Eropah juga diceritakan dengan jelas dan ia mengambarkan betapa kedua-dua peradaban ini mampu berinteraksi  dengan baik tanpa mengira sebarang perbezaan,fahaman,agama dan budaya.

Secara ringkasnya buku ini merupakan salah satu bentuk dokumentari bertulis untuk penduduk Eropah yang mahu mengembara ke Tanah Melayu dan menyaksikan keindahan Tanah Melayu yang menggamit jiwa ribuan penduduk Eropah yang sudah bosan dengan gaya hidup barat dan mahu beralih kepada gaya hidup Timur yang dirasakan lebih eksotik dan kaya dengan nilai budaya.

Judul: Sejenak ke Tanah Melayu
Pengarang : PHILIP C. COOTE
Penerbit : Geroda Merah Press
Tahun terbit: 2017
Harga: RM 25.00
Mukasurat: 101
Rating :

Disediakan Oleh :  
Nor Hailah Bt Baharom                                                           Zulkepli Bin Haron
Pembantu Operasi                                                               

Disemak oleh :
Ketua Perpustakaan Daerah                                                        PAD Maran
PAD Maran                                                         

BUKU: SEHARI DI NERAKA

ULASAN BUKU JUN

BUKU: SEHARI DI NERAKA
Setiap manusia pasti akan mengadap Allah SWT di akhirat nanti dan tidak ada pilihan kecuali dua perkara iaitu syurga atau neraka. Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya mereka termasuk di kalangan orang-orang yang menang.

Neraka itu diperuntukkan bagi mereka yang lalai dengan perintah Allah SWT dan melakukan maksiat selama hidupnya tanpa disirami air mata taubat. Mereka inilah yang akam masuk neraka jahannam yang mengandungi tujuh pintu.

“Jahannam itu mempunyai tujuh pintu”. Ibnu Juraij berkata:
“Pintu pertama disebut Jahannam, disusuli Ladha, Hutahmah, As-Sair, Saqar, Al-Jahim dan Al-Hawiyah yang di dalamnya terdapat Abu Jahal.

PENGARANG: IBNU RAJAB AL HANBALI
PENERBIT: SYNERGI MEDIA
TAHUN TERBIT: 2012
HARGA: RM22.90
MUKA SURAT: 279MS

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD KHALIB BIN ABDUL MANAF
PAD ROMPIN

Tuesday, September 17, 2019

SEMINAR BIBLIOTERAPI: MEMBACA TERAPI JIWA

Perpustakaan Hamdan Tahir, Kampus Kesihatan USM akan menganjurkan SEMINAR BIBLIOTERAPI: MEMBACA TERAPI JIWA seperti berikut:

Tarikh: 7 Oktober 2019 (Isnin)

Tempat: Bilik Tutorial A, Kampus Kesihatan USM
Penceramah: Puan Rafidah Abdul Aziz (Presiden Persatuan Biblioterapi Malaysia)
Yuran penyertaan : RM190.00
Tempat : 40 sahaja

Pendaftaran sebelum 30 September 2019

Telefon | 09-7671462
Laman Sesawang | www.pustaka.kk.usm.my

Thursday, September 12, 2019

Buku Dapour Lazadaious - Juadah Kuih Muih

ULASAN BUKU Jun 2019

Buku Dapour Lazadaious - Juadah Kuih Muih
No Perolehan :  EPER 18-001511
ISBN: 978-967-444-806-6
Kategori: Teknologi

Ringkasan / Umum :
Buku Juadah Kuih Muih tulisan Azreen Sofea ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh kegunaan bahan, cara memasak dan panduan bergambar sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh rujukan.

Buku Juadah Kuih Muih merupakan koleksi buku yang tujuan asal untuk memberi tunjuk ajar untuk membuat kuih. Terdapat pelbagai jenis resepi kuih-muih serta langkah-langkah yang ringkas dapat membantu untuk menyediakan kuih-muih yang enak. Semoga buku ini dapat menemani anda sewaktu  berada di dapur. Jadikan buku ini sebagai panduan dalam menyediakan sajian istimewa untuk keluarga tercinta.

Judul: Juadah Kuih Muih
Pengarang: Azreen Sofea
Penerbit: Sam Synergy Media Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2018
Harga: Rm 15.90
Muka surat: 64
Rating:-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Peramu Jaya 3 PAD Pekan

Wednesday, September 11, 2019

Buku Gaya Untuk Berjaya

ULASAN BUKU JUN 2019

Buku Gaya Untuk Berjaya
No Perolehan:   EPAL 18/001844
ISBN:   978-967-0703-27-5
Kategori:   Teknologi

Ringkasan / Umum:
Buku Gaya Untuk Berjaya ini merumuskan kesedaran tentang kurangnya buku genre imej atau penampilan diri yang ditulis oleh orang Malaysia.

Anda ingin berjaya tetapi imej anda menghalang diri. Mungkin anda usahawan produk atau perkhidmatan yang sudah mempunyai jenama tetapi sayangnya anda sendiri tiada jenama. Jika anda bekerja, susah hendak naik pangkat sebab orang tidak perasan, buku ini boleh membantu anda. Semua orang yang Berjaya ada AURA tersendiri, mereka anda BRANDING DIRI.

Imej bergantung kepada 4 elemen utama iaitu :
•Appearance (Penampilan)
•Behaviour (Pratokol/Etika)
•Communication (Komunikasi)
•Development (Pembangunan)

Buku ini dihasilkan daripada pengalaman penulis mengendalikan beratus-ratus bengkel imej dan dihadiri ribuan peserta. Pelbagai isu yang dihadapi oleh peserta. Analisa terhadap permasalahan telah dibuat dan penyelesaiannya ada di dalam buku ini.

Naskhah ini diolah dengan mudah dan bersesuaian dengan agama, budaya dan acara masyarakat Malaysia. Negara kita yang berbilang bangsa dengan protocol yang pelbagai. Etika pemakaian majlis rasmi sehingga kepada tidak rasmi. Teknik kebersihan diri sehingga kepada suai pada aksesori.

Buku ini juga menganalisis protokol dan etika seharian, daripada cara makan sehinggalah ketika bersama dengan orang ramai. Komunikasi yang betul juga membantu memberi impak terhadap diri. Inilah masanya untuk berubah! InsyaAllah. Selamat Membaca!!!

Judul    : Gaya Untuk Berjaya
Pengarang    : Hafiz Mustapha
Penerbit    : Richworks Publications Sdn Bhd
Tahun Terbit    : 2018
Harga    : RM 50.00
Muka Surat    : 221
Rating    :         -

Disediakan Oleh: Disemak Oleh :
Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila Binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai PAD Pekan

Tuesday, September 10, 2019

Perasmian Sudut Sejarah Cerita Orang Pahang .

Tarikh: 8hb Sept 2019
Tempat: Perpustakaan Daerah Jerantut.
Perasmi: Pengarah PAP.
                                         
01

02

03

04

Tuesday, September 3, 2019

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Daerah dan Cawangan

YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang telah bersetuju melantik pengerusi  baru Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Awam Peringkat Perpustakaan Daerah Cameron Highlands dan Cawangan Lanchang di Negeri Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh
YB. Dato' Nor Azmi bin Mat Ludin

 Pengerusi Jawatankuasa Penasihat BARU
Perpustakaan Awam Cawangan Lanchang
YH Puan Jezlily Binti Jamaluddin, SMP.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat
Perpustakaan Awam Daerah Bentong
YH Dato' Cik Roslin Binti Haji Abdul Rahman

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat
Perpustakaan Awam Daerah Jerantut
YB Dato Hj. Ahmad Nazlan B. Idris

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat
Perpustakaan Awam Daerah Raub
YB. Dato' Sri Haji Shahiruddin Bin Ab.Moin

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat BARU
Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands
YB Tuan Ramli bin Dato Mohd Nor

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat
Perpustakaan Awam Daerah Maran
Puan Nurhidayah binti Dato' Haji Mohamad Shahaimi

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat
Perpustakaan Awam Cawangan Jengka
Dato' Wan Salman Bin Wan Ismail

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat
Perpustakaan Awam Daerah Pekan
YB. Dato' Sri Haji Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat
Perpustakaan Awam Daerah Lipis
YB. Dato' Mustapa Bin Long

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat
Perpustakaan Awam Daerah Rompin
YB.Encik Ir. Razali bin Kassim

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat
Perpustakaan Awam Daerah Bera
YB. Dato' Mohd. Fadil Bin Osman

SUMBER GAMBAR:
parlimen.gov.my
pahang.gov.my
mpt.gov.my
facebook.com

KEMASKINI
3.9.2019

Lihat Yang Lama