Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, September 11, 2020

Buku: Ceritakan Kepadaku Tentang Ibadah Haji / Saniyasnain Khan / DARUL MUGHNI TRADING / 2015

Buku: Ceritakan Kepadaku Tentang Ibadah Haji / Saniyasnain Khan / DARUL MUGHNI TRADING / 2015

ISBN: 978-967-0618-31-9

Kategori: Agama 297.652

Ringkasan/ Ulasan: 

Buku ini tentang ibadah haji dan sejarah permulaannya pada 4000 tahun dahulu ketika Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah SWT agar meninggalkan negerinya dan mengembara sehingga sampai ke Tanah Arab. 

Di situlah Baginda meninggalkan isterinya, Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s.. Kemudian, ia mengisahkan ketabahan Hajar yang berusaha mencari air untuk anaknya dan akhirnya keajaiban berlaku apabila munculnya air zamzam. Selepas itu, ia diikuti dengan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan pembinaan Kaabah. 

Kini, lebih kurang 2 juta umat Islam dari seluruh dunia mengunjungi Mekah pada setiap tahun untuk menunaikan haji bagi menyahut seruan Allah SWT dan mengikut jejak Nabi Muhammad SAW.

Buku ini sesuai untuk dibaca semua golongan.buku ini sangatlah menarik kerana terdapat warna-warni dan nota-nota kecil sebagai rujukan yg mudah untuk dingati dan difahami.

Judul: Ceritakan Kepadaku Tentang Ibadah Haji

Pengarang: Saniyasnain Khan

Penerbit: DARUL MUGHNI TRADING

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM23.92

Muka surat: 37

Disediakan oleh : Muhammad Shahril

Disahkan Oleh : Rosniza Elias

Link [mphonline]

No comments: