BUKU ANALISIS POLIGAMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM PENGARANG ZALEHA MUHAMAT PENERBIT UTUSAN PUBLICATIONS 2002
NO. PEROLEHAN :DBER 03-11411
CALL NO. : PK 297.577 ZAL
ISBN :967-61-1264-X
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : AGAMA ISLAM
ULASAN:
Keunikkan buku bertajuk ANALISIS POLIGAMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM ini adalah gaya penulisannya tentang isu poligami sangat padat,ringkas dan mengikut dalil syarak yang tepat mengikut kesesuaian isu. Fakta yang diutarakan juga berdasarkan kajian dan penyelidikan yang teliti dari kisah sebenar kawasan kajian.
Buku ini ada menceritakan sabda Rasulullah SAW : wahai pemuda-pemuda sekalian,sesiapa dikalangan kamu yang berkemampuan dari segi Al-Baah maka kahwinlah.Mereka yang tidak mampu berpuasalah. Sesungguhnya puasa dapat mengurangkan syahwat yang mendesak supaya berkahwin (Ibn Hajar Al-Asqalani 19;128) Al-Baah bermaksud nafkah zahir. Dalam islam sangat menekankan keadilan dalam nafkah zahir bagi yang ingin berpoligami supaya isteri-isteri tidak teraniaya.Bagi yang tidak berkemampuan dari segi nafkah zahir maka hilanglah kelayakkan untuk berpoligami.
Penulis juga mengatakan islam tidak memaksa isteri sedia ada menerima madu seperti sabda Rasulullah SAW, Bani Hisyam Bin Al-Mughirah pernah meminta izin daripadaku untuk membenarkan Ali(suami anak perempuan Baginda,Saiyidah Fatimah Zahrah) berkahwin dengan anak perempuan mereka.Maka aku tidak izin,tidak izin,tidak izin. Aku tahu tidak lain kehendak mereka itu melainkan supaya Ali menceraikan anakku dan mengawini anak mereka, Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian daripada daging aku. Apa sahaja yang membuatkan dirinya disakiti,itu juga menyakiti diriku (Ibn Hajar Al-Asqalani 19;391 dan 392). Kisah yang diutarakan dalam buku ini sangat jelas dan bermanfaat untuk bacaan remaja dan dewasa bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
JUDUL : ANALISIS POLIGAMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
PENGARANG : ZALEHA MUHAMAT
PENERBIT : UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD
TAHUN TERBIT :2002
HARGA :RM
MUKA SURAT :132
RATING :4/5
No comments:
Post a Comment