Friday, February 1, 2013

Buku 3: Riwayat Nabi Muhammad SAW oleh Nor Azlin Japar dan Norul Azila Ariffin

No Perolehan: 12.04372
Call No. : 297.63 RIW
ISBN: 978-967-0156-82-8
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama (200)

Kulit buku Riwayat Nabi Muhammad SAW oleh Nor Azlin Japar dan Norul Azila Ariffin

Buku ini sangat sesuai dijadikan rujukkan oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. Setiap ibu bapa seharusnya membeli buku ini untuk dijadikan bahan bacaan harian anak-anak mereka. Ini adalah kerana kandungan sangat baik dimana mengandungi sirah Rasullullah SAW bermula dari Tahun Gajah sehinggalah Kewafatan baginda dan Pengganti-pengganti Nabi Muhammad SAW yang bergelar Khalifah.

Kanak-kanak pasti menggemari untuk membaca buku ini kerana buku ini mengandungi illustrasi berwarna yang pasti menarik minat kanak-kanak membacanya. Malahan orang dewasa juga akan tertarik untuk membaca buku ini lebih-lebih lagi ianya menceritakan tentang sejarah kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW.

Buku ini mengandungi 24 tajuk cerita yang berasingan dimana ia memudahkan kanak-kanak untuk memahami setiap sejarah mengikut rentetan masa yang tersusun. Selain isi kandungannya yang bermanfaat untuk mengenali Baginda Rasullullah, gaya penulisan yang menarik dan mudah difahami juga menjadi factor kenapa setiap ibu bapa perlu mendapatkan buku ini untuk anak-anak mereka.

Judul: Riwayat Nabi Muhammad SAW
Pengarang: Nor Azlin Japar dan Norul Azila Ariffin
Penerbit: Kualiti Books Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2012
Harga: 69.90
Muka surat: 193 Muka Surat
Rating : 4/5

ULASAN OLEH:
Puan Zalina binti Ahmad
Ketua Perpustakaan Daerah Temerloh

No comments: