Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, May 8, 2013

Buku 5: Langkah Bijak Komunikator Hebat oleh Badrul Sani

No.Perolehan             : 12-02770
Call No             : 808.51 BAD
ISBN                : 9789670287362
Bahasa                : Melayu
Kategori            : Kesusasteraan


Kulit Buku Langkah Bijak Komunikator Hebat oleh Badrul Sani

Ulasan    :    
“LANGKAH BIJAK KOMUNIKATOR HEBAT” merupakan sebuah buku yang mengajar dan memberi pendedahan kepada anda untuk menjadi seorang yang berani berbicara
       
Buku ini juga menjadi panduan kepada anda dalam membantuk jati diri yang unggul dan berkeyakinan.  Keyakinan yang dimaksudkan melalui “Komunikator hebat” ialah kunci untuk menjadi seorang yang mempunyai keberanian dalam seni bicara.
       
Selain itu, penulis juga menerapkan langkah-langkah dan cara-cara untuk anda mengenalpasti potensi diri serta perubahan yang perlu dilakukan oleh anda.  Menurut penulis, beliau terpanggil untuk menulis buku ini adalah untuk melahirkan modal insan yang mampu memimpin, berani dan bijak mengatur setiap pertuturan dalam berbicara.  Bagi mengetahui lebih lanjut formula yang diberikan penulis untuk menjadi “Komunikator Hebat”, dapatkan buku “LANGKAH BIJAK KOMUNIKATOR HEBAT” .
       
Nama Fail Cover Buku    : Ulasan Buku PAC Jengka  bil.5 2013
Judul    : Langkah Bijak Komunikator Hebat
Pengarang: Badrul Sani
Penerbit: Nukilan Unggul Publication Sdn Bhd
TahunTerbit: 2012
Harga: RM12.00
Muka Surat: 95
Rating: 4/5

Berkisarkan kehidupan sejarah hidup penulis sendiri yang pada pada mulanya seorang budak yang pendiam, penakut dan tidak berani untuk melontarkan segala isi hatinya kepada seorang yang kini sangat dikenali dalam bidang seni bicara serta menjadi ketua jurulatih di az-Zahrah MultiIntelligence Academy (AMPAC).

Disediakan oleh:
Fazilarwati binti Abdul Hadi
PAC Jengka       

No comments: