Tuesday, May 14, 2013

Buku 6: Misteri Etnik Malaysia terbitan Berita Harian

No Perolehan: 03959
Call No.: R 305.8
ISBN: 978-983-3936-31-1
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan:
Misteri Etnik Malaysia menyingkap kehidupan etnik yang kaya dengan adat budaya, amalan dan dengan kepercayaan serta cara hidup yang unik dan menarik. Bagi menyelami kepelbagaian kehidupan masyarakat etnik ini, wartawan Berita Harian sanggup bersusah payah menjejaki dan hidup bersama-sama mereka demi meraih pengalaman yang amat berharga dan bernilai. Pengalaman wartawan dan jurugambar Berita Harian ini diadun menjadi kisah yang menarik dan disiarkan di dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu pada tahun lepas dan awal tahun ini.

Terhimpun dalam buku ini ialah 12 etnik yang terdapat di Negara Malaysia, iaitu empat etnik dari Sarawak, tiga etnik dari Sabah dan lima etnik dari Semenanjung. Apa yang menarik ialah etnik-etnik ini khususnya dari Sawarawak dan Sabah adalah etnik minoriti yang jarang dikenali oleh masyarakat umum. Malah ada antara etnik tersebut hamper pupus, seperti etnik Tatau yang hanya tinggal lapan orang sahaja.

Selain daripada cara hidup yang penuh dengan warna-warni, buku ini turut menyelongkar sejarah masyarakat etnik tersebut, legenda dan mitos mereka, kaedah rawatan tradisional, kepercayaan mereka kepada warna, batu, tempayan, kegiatan sara hidup, pendidikan dan masalah yang mereka hadapi.
Buku ini adalah usaha awal Berita Harian mendekatkan masyarakat kepada kepelbagaian cara hidup sebenar etnik di Malaysia. Usaha ini diharap dapat diteruskan dengan kajian yang lebih khusus dan mendalam bagi manfaat generasi akan datang.

Judul: Misteri Etnik Malaysia
Pengarang: -
Penerbit: Berita Harian
Tahun Terbit: 2012   
Harga: RM180.00
Muka surat: 380
Rating: 5

No comments: