Tuesday, January 3, 2017

NOTIS KEAHLIAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

NOTIS KEAHLIAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

Setiap ahli perpustakaan perlu memperbaharui keahlian berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Perpustakaan Awam Pahang 2016.

TUNTUTAN WANG PERTARUHAN (DEPOSIT)
Pengguna boleh menuntut wang pertaruhan (deposit) dengan membawa bersama resit asal pendaftaran keahlian dengan kadar seperti berikut:
•Kanak-kanak: RM5
•Remaja: RM7
•Dewasa: RM10
* Tuntutan wang pertaruhan akan dibayar menggunakan Wang Pos.

KEAHLIAN KATEGORI DAN BAYARAN (RM) / SETAHUN
WARGANEGARA :
Dewasa RM10.00
Kanak-kanak RM10.00

BUKAN WARGANEGARA :
Dewasa RM20.00
Kanak-kanak RM20.00

PINJAMAN BAHAN
•Setiap ahli dibenarkan meminjam 5 buah buku dalam tempoh 2 minggu (14 hari).

LANJUTAN PINJAMAN
•Lanjutan pinjaman boleh dibuat sekiranya buku tersebut tidak diminta oleh pengguna yang lain.
•Lanjutan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja (14 hari).
•Lanjutan pinjaman boleh dibuat sama ada secara datang sendiri ke kaunter, atau melalui telefon atau secara dalam talian.

TEMPAH SIMPAN
•Pihak perpustakaan akan menyimpan buku yang ditempah simpan oleh pengguna dalam tempoh 3 hari bekerja.

DENDA
•Lewat pulang - RM 0.50 / 1 hari
•Buku rosak / tidak dipulangkan - dibayar mengikut harga asal buku

---------------------------------------------------------------------
PERATURAN PERPUSTAKAAN
Pengguna adalah dilarang :-

1)    Membawa masuk beg, fail, topi keledar, peralatan tajam atau peralatan yang seumpama dengannya. Ianya hendaklah ditinggalkan di kabinet yang disediakan.
2)    Menggunakan telefon bimbit di dalam perpustakaan kecuali di kawasan yang telah ditentukan oleh pihak perpustakaan.
3)    Makan, minum kecuali bagi minuman yang disediakan oleh pihak perpustakaan di ruangan yang ditetapkan serta membuat kotor di dalam perpustakaan.
4)    Merokok atau vaping di dalam dan di sekitar kawasan perpustakaan.
5)    Berbual, berkelakuan tidak senonoh/kurang sopan, menimbulkan kacau ganggu terhadap ketenteraman pengguna di perpustakaan.
6)    Bertaruh atau berjudi di dalam atau di sekitar kawasan perpustakaan.
7)    Menyalahgunakan bahan-bahan seperti mengoyak, mengotor, menconteng dan sebagainya.
8)    Menempah tempat duduk.
9)    Mengalih perabot atau merosakkannya.
10)    Meninggalkan bahan-bahan perpustakaan yang telah digunakan bersepah di atas meja. Ianya hendaklah diletakkan di atas troli yang disediakan oleh pihak perpustakaan.
11)    Berpakaian tidak sopan
•    Jarang, ketat serta menjolok mata.
•    Skirt, seluar atau sarung di atas paras lutut.
•    Singlet/berbaju tanpa lengan atau seumpama dengannya.
12)    Tidak sesiapa dibenarkan :
•    Menawarkan apa-apa barang untuk jualan dalam perpustakaan kecuali dengan kebenaran Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
•    Mengambil gambar perpustakaan/orang di dalam perpustakaan.
•    Menjalankan apa jua temuramah di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
•    Mempamer, mengedar, melekat/menampal apa-apa iklan, pelekat/notis di mana-mana bahagaian perpustakaan.

No comments: