Sunday, February 25, 2018

BUKU Panduan senaman untuk kesihatan PENULIS Hairul Anuar Hashim PENERBIT DBP 2017

ULASAN BUKU JANUARI 2018
BUKU Panduan Senaman Untuk Kesihatan PENULIS Hairul Anuar Hashim PENERBIT DBP 2017

No Perolehan :ELUI000843
ISBN:978-983-49-1354-0
Kategori: Bahasa Melayu

Ulasan:
Panduan Senaman Untuk Kesihatan ini ditulis untuk memberi panduan kepada pembaca tentang amalan penjagaan kesihatan melalui senaman. Dewasa ini masyarakat mula  menyedari hakikat penjagaan kesihatan.

Masyarakat hari ini mementingkan aktiviti fizikal untuk penjagaan diri. Amalan gaya hidup sihat yang menekankan aktiviti fizikal secara berterusan dapat menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh.

Kepentingan senaman sering diperakui dapat membantu individu menjalani kehidupan dengan lebih baik. Ianya bukan sahaja kepada kesihatan fizikal,bahklan mental, sosial, emosi serta rohani.

Panduan Senaman Untuk Kesihatan ini menyediakan panduan tentang kaedah memulakan sesi senaman untuk mengelakkan kecederaan. Selain itu, panduan juga disediakan bagi jenis senaman yang menggunakan peralatan yang mudahdidapati seperti getah jalur rintangan.

Buku ini amat sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti fizikal dan menambah pengetahuan. Panduan Senaman Untuk Kesihatan ini juga harus dibaca untuk mengelakkan sebarang kecederaan ketika melakukan senaman.

Dengan panduan yang diketengahkan dalam buku ini, penulisnya mengharapkan agar buku ini dapat mencetus dan mengubah minat masyarakat terhadap penjagaan kesihatan. Juga dapat membudayakan aktiviti senaman dan sukan dalam kehidupan harian.

Judul: Panduan Senaman Untuk Kesihatan
Pengarang: Hairul Anuar Hashim
Penerbit: DBP
TahunTerbit: 2017
Harga: RM 22.00
Mukasurat: 138
Rating:

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Nurulain binti Mahidin @ Mahasan Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Luit PAD Maran

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

No comments: