Friday, June 1, 2018

Buku SESUATU SEDANG BERLAKU KUCH KUCH Penulis JEJAK MAUDUDI Penerbit 2017 RM20.00

Buku SESUATU SEDANG BERLAKU KUCH KUCH  Penulis JEJAK MAUDUDI Penerbit 2017 RM20

NO. PEROLEHAN: 17-001046
ISBN: 978-983-097-625-9
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: KESUSASTERAAN

ULASAN : Buku yang bejudul Kuch Kuch ini menceritakan tentang sesuatu yang sedang berlaku.  Sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada kita dengar atau tidak. Sesuatu sedang berlaku. Kisah tentang sesuatu yang sedang berlaku dalam hidup kita sebagai hamba Alllah dimuka bumi ini.

Kita sebagai hamba dimuka bumi ini adakah sudah sempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah? Setiap insan ynag bergelar manusia pasti akan diamanahkan tanggungjawab bagi dirinya sebagai fitrah kehidupan. Sama ada ianya terlaksana dengan baik ataupun diabaikan begitu sahaja. Setiap orang tidak kira bangsa, agama, pangkat mahupun jawatan diberi mendapat masa 24 jam sehari. Dalam islam juga turut mengajar kita menguruskan masa dengan bijak dan disinya dengan sesuatu yang bermaanfat dan berfaedah.

Buku ini juga menceritakan tentang luahan kisah hati daripada pelbagai sudut yang berbeza untuk kita sebagai manusia. Mengajak kita untuk menggunakan peluang yang ada sebagai loncatan yang akan menjadikan insane yang hebat kelak. Tetapi jangan sesekali kita merasa lelah berada dijalan ini kerana Allah sahaja yang akan memberi balasan setimpal atas setiap amal yang kita lakukan.

Pikullah tanggungjawab dengan sempurna kerana ia akan dituntu diakhirat kelak. Hidup ini hanya sementara. Setiap yang berlaku adalah roda kehidupan. Fantasi itu lagha, keseronokan dunia itu hanya sementara. Bangkitlah! Dan menuju ke arah Islam yang sempurna.

JUDUL: SESUATU SEDANG BERLAKU KUCH KUCH
PENGARANG: JEJAK MAUDUDI
PENERBIT: BUKU PURIS / GALERI ILMU SDN. BHD.
TAHUN TERBIT: 2017
HARGA: RM20.00
JUMLAH MUKA SURAT:262

No comments: