Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, April 22, 2019

BUKU Bagaimana menjadi kaya dengan cepat yang diredai Allah SWT Oleh Pengarang Haji Muhammad Nasir, MA.

TAJUK:  Bagaimana menjadi kaya dengan cepat yang diredai Allah SWT.
Pengarang:  Haji Muhammad Nasir, MA.
Penerbit:  Sri Saujana Marketing
Tahun Terbit:  2018
Mukasurat:  381

ULASAN:

Semua manusia mempunyai impian dan harapan untuk menjadi kaya.  Tetapi kekayaan yang bagaimana?  Kekayaan hartabenda, budi bahasa, sahabat, adab, atau nikmat-nikmat kurniaan ALLAH yang tidak terhitung banyaknya.

Bagaimana pula cara pencapaian harta dan wang ringgit tersebut?  Ada yang menyanggah dan berpendapat wang ringgit tidak boleh dibawa mati.  Benarkah?  Adakah mengumpul kekayaan atau berusaha menjadi kaya ditentang atau bercanggah dalam Agama Islam? 

Apakah sifat Qanaah dan Mahmudah. Bukankah dunia ini laluan untuk  ke alam akhirat yang dipengujungnya adalah Syurga atau Neraka. 

Malah perlakuan di dunia akan memudahkan perkiraan di alam akhirat.  Malah dalam melaksanakan ibadah tertentu keadaan ekonomi yang mantap membolehkan ia dilakukan.  Haji dan Zakat misalnya memerlukan modal untuk dilaksanakan.  Malah dalam menangguhkan ibadah puasa kerana sakit diwajibkan membayar fidyah. 

Ini memerlukan wang atau yang setara untuk melunaskan perkara tersebut. Buku ini mengupas persolan tersebut.

Konsep tawakal tidak diketepikan dalam ikhtiar mencari nafkah hidup.  Bila membaca tajuk buku ini secara keseluruhan bermakna ada cara yang cepat yang diredhai ALLAH.  Siapa yang tak mau.  Ini juga memberi bayangan bahawa ada cara menjadi kaya dengan cepat tetapi tidak diredhai ALLAH. 

Di sinilah penelitian perlu agar tidak tergelincir dari landasan yang benar dan mencapai matlamat kewujudan manusia di muka bumi. 

Bab-bab awal buku ini menyajikan pembaca dengan aspek-aspek yang menjadi ‘kata laluan’ atau ‘ untuk memudahkan rezeki mendatang.  Iman, takwa, tawakal dan sebagainya.  Jika terlanjur berdosa hendaklah bertaubat.  Bersyukur, istiqamah dan berkahwin. 

Ditokok dengan sifat suka bersedekah agar dimurahkan rezeki, kauf kepada ALLAH dan tidak kufur nikmat, sekiranya terkabul apa yang dihajat.

No comments: