Pengarang: MUHAMMAD ALI IMRAN
Penerbit: Pustaka Ilmuan
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 18.00
Muka surat: 262
Ringkasan/ Ulasan:
Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Zakat dan sedekah mengandungi unsur mengharapkan kurnia,menyucikan jiwa dan menumbuhkan bermacam-macam kebaikan.Jadi mengeluarkan sedekah bererti mengeluarkan ataupun memisahkan suatu bahagian tertentu daripada harta tertentu selepas memenuhi syarat-syarat tertentu.
Sedekah bertujuan memperbaiki masyarakat dan memelihara kepentingan awam. Menjaga kepentingan awam ini wajib ditegakkan oleh umat Islam.Tidak boleh ada orang menggunakan hartanya hanya untuk kepentingannya sendiri. Dalam harta kekayaannya itu terdapat hak untuk anak yatim piatu,janda,orang miskin dan orang yang tidak mampu.
Sedekah mendidik manusia membersihkan rohani dan jiwanya daripada sifat bakhil,kikir,tamak dan rakus. Ini bererti menanamkan manusia dengan sifat-sifat yang mulia, seperti dermawan,pemurah,disiplin dalam menunaikan kewajiban dan amanah kepada yang berhak dan yang berkepentingan.
Seorang Muslim yang mampu tidak boleh menangguhkan sedekah walaupun dia sudah menunaikan zakatnya. Sedekah yang semestinya dikeluarkan itu bukan haknya lagi,tetapi adalah hak Allah yang seharusnya dia sampaikan kepada orang yang berhak menerimanya. Menahan ataupun enggan bersedekah bererti menahan hak orang lain.
No comments:
Post a Comment