Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, December 1, 2020

Buku Ulam Dan Sayur Tempatan Semenanjung Malaysia Edisi Kedua / Rukayah Aman / DBP / 2018

ULASAN BUKU SEPTEMBER 2020

Buku Ulam Dan Sayur Tempatan Semenanjung Malaysia Edisi Kedua / Rukayah Aman / DBP / 2018

No Perolehan :EPER002647 / ISBN: 978-983-46-1721-9 / Kategori: Sains Tulen

Ringkasan / Umum :

Berpengalaman luas dalam bidang Botani dan pertanian selama hampir 31 tahun maka lahirlah buku yang menerangkan ciri-ciri morfologi, kegunaan dan khasiat bagi 119 spesies ulam dan sayuran yang banyak terdapat di negara kita. Gambar foto berwarna-warni disediakan agar para pembaca mudah mengecam setiap jenis ulam dan sayuran yang diperkenalkan. 

Selain mengetengahkan khasiat makanan dan kegunaan perubatan, buku setebal 316 muka surat ini juga turut menampilkan nama botani, habitat dan taburan, cara memasak dan memakan serta pembiakan ulam dan sayuran berkenaan.

Penulisan dan gaya bahasanya sangat mudah difahami serta bersesuaian untuk semua lapisan peringkat umur masyarakat bagi mengenali dengan lebih dekat lagi spesies-spesies ulam dan sayuran yang boleh digunakan sama ada sebagai ulam, ubatan, sayur-sayuran atau buah-buahan yang boleh dimakan serta sesetengahnya toksik. 

Selain untuk bacaan umum, buku ini sangat berguna sebagai bahan rujukan kepada para pelajar serta mereka yang meminati alam tumbuhan.

Buku ini diharapkan dapat menimbulkan kesedaran bahawa negara kita yang subur ini kaya dengan pelbagai spesies ulam dan sayuran bermanfaat yang perlu dipelihara sama ada secara semulajadi atau pun ditanam supaya tidak hilang di dalam arus pembangunan dan pemodenan yang pesat ini serta menanam kesedaran di kalangan masyarakat untuk memilih makanan yang berkhasiat, seimbang dan tidak dicemari oleh bahan kimia pertanian moden.

Selamat membaca.

Judul: Ulam Dan Sayur Tempatan Semenanjung Malaysia Edisi Kedua

Pengarang: Rukayah Aman

Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka

TahunTerbit: 2018

Harga: RM 50.00

Mukasurat: 316


Disediakan Oleh: Di semak Oleh :

Isham bin Hamzah Norkamila binti Mahmud

Pembantu Pustakawan              Ketua Perpustakaan Daerah

PD Peramu Jaya                                                               PAD Pekan

No comments: