------------------------------------------------------------------------------------------------------
KLIK DISINI UNTUK DAPATKAN:
1. Lampiran 1 - Syarat Pinjaman Kelompok PPAP
2. Borang 1 - Perjanjian Pinjaman Kelompok PPAP
3. Borang 2 - Permohonan Menjadi Ahli Pinjaman Kelompok PPAP
Anda perlu 'copy' dan 'paste' dalam Microsoft Office Word sebelum mencetak.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
A. PENGENALAN
Sebagai usaha mengembangkan budaya membaca keseluruh negeri Pahang Darul Makmur, Perkhidmatan Bas Bergerak telah dijenamakan semula kepada Perkhidmatan Pinjaman Kelompok.
B. TUJUAN
Menyokong penubuhan perpustakaan mini dan sudut perpustakaan yang BUKAN dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Melalui Perkhidmatan Pinjaman Kelompok Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang akan berkerjasama dengan jabatan, syarikat swasta, pertubuhan, JKKK, JKKR, KRT dan lain-lain organisasi yang berada di negeri Pahang.
C. KOLEKSI PERKHIDMATAN PINJAMAN KELOMPOK
1. Keloksi Pinjaman Kelompok Negeri: Kuantan sahaja
2. Koleksi Perpustakaan Daerah/Cawangan: Bera, Cameroh Highland, Jengka dan Lanchang
3. Koleksi Perkhidmatan Bas Bergerak: Bentong, Temerloh, Lipis, Raub, Jerantut, Maran, Pekan, Rompin dan Kuantan.
D. JUMLAH BUKU DAN TEMPOH PINJAMAN
1. Maksimum 300 buah buku 3 bulan di Kuantan sahaja
2. Maksimum 100 buah buku 1 bulan di daerah
3. Maksimum 100 buah buku 1 bulan di cawangan
E. PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU
1. Ahli perlu datang sendiri ke perpustakaan yang berkaitan bagi membuat pemilihan buku atau menerima kelompok buku yang telah disiapkan oleh perpustakaan berkenaan.
2. Pemulangan yang dibuat hendaklah di bawah pemantauan ketua lokasi peminjaman.
3. Bagi PAD yang mempunyai perkhidmatan bas bergerak, penghantaran buku untuk peminjaman dan pemulangan akan dilakukan oleh bas bergerak. (Ditawarkan kepada ahli yanga tiada kemudahan kenderaan)
4. Bagi PAD/PAC yang tiada perkhidmatan bas bergerak, ahli Perkhidmatan Kelompok perlu datang sendiri mengambil/memulangkan buku.
F. KESELAMATAN BUKU
•Keselamatan buku-buku yang dipinjam adalah tanggungjawab ahli sepenuhnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
KLIK DISINI UNTUK DAPATKAN:
1. Lampiran 1 - Syarat Pinjaman Kelompok PPAP
2. Borang 1 - Perjanjian Pinjaman Kelompok PPAP
3. Borang 2 - Permohonan Menjadi Ahli Pinjaman Kelompok PPAP. Anda perlu 'copy' dan 'paste' dalam Microsoft OfficeWord sebelum mencetak.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Thursday, May 19, 2011
Perkhidmatan Sewa Dewan PPAP Kuantan
[gambar hiasan]
Sewa Dewan Perpustakaan Awan Pahang Jalan Kemunting SEDANG DIKEMASKINI. Untuk Pertanyaan Hubungi No Berikut 09-515 5050. ATAU Fak Surat Permohonan Sewa Dewan ke No Fak 09-515 5051.------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Pahang Jalan Gambut ada menyediakan kemudahan untuk orang ramai menyewa dewan. Orang ramai dialu-alukan untuk menggunakan dewan kami dengan syarat dan peraturan tertentu.
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN DEWAN
Pengguna hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP)
Kadar sewaan dewan adalah seperti berikut :
1 jam pertama...........................RM70
1 jam berikutnya.......................RM30
Sewaan peralatan bagi sekali guna:
3.1 LCD Projector....................RM 250
3.2 Kerusi.................................RM 1
3.3 Skrin putih..........................RM 15
3.4 PA System..........................RM 70
3.5 Papan putih........................RM 10
3.6 Meja..................................RM 3
3.7 Alas meja...........................RM 10
3.8 Sarung kerusi banquet.........RM 5
Boleh memuatkan 230 kerusi.
Ruang makan terbuka dan berasingan.
Pengguna hendaklah bertanggungjawab ke atas kebersihan dalam dan persekitaran dewan serta kerosakan dan kehilangan sebarang peralatan yang disediakan.
Pihak PPAP berhak menuntut gantirugi dari pengguna jika dan apabila berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda kepunyaan PPAP.
Pihak PPAP tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan yang berlaku kepada hartabenda pengguna dan atau kecelakaan yang berlaku kepada pengguna.
Pengguna bertanggungjawab mendapatkan sebarang permit atau lesen dan sebagainya jika dan apabila dikehendaki berbuat demikian oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
Pengguna-pengguna dilarang sama sekali membawa benda-benda berikut ke dalam dewan.
8.1 Makanan dan minuman
8.2 Binatang kesayangan
8.3 Tongkat / payung/ topi keledar
8.4 Senjata merbahaya
Pengguna dilarang merokok di dalam dewan.
Kerja memasak tidak dibenarkan, baik didalam mahupun di kawasan sekitar dewan.
Pihak PPAP berhak mengenakan syarat-syarat tambahan atau membatalkan tempahan pengguna tanpa memberi apa-apa sebab.
Caj dikenakan mengikut permohonan yang dibuat berdasarkan borang yang disediakan.
-------------------------------------------------borang-------------------------------------------------
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG
BORANG PERMOHONAN MENGGUNA/ MENYEWA
KEMUDAHAN DEWAN BESAR PPAP
1. Nama pegawai yang membuat tempahan:
| |||
.
| |||
2. Nama, alamat dan nombor telefon pejabat /persatuan/ kelab/ pertubuhan/ agensi pemohon:
| |||
.
| |||
3. Tarikh penggunaan :
| |||
4. Jumlah hari:
| |||
5. Jumlah peserta :
| |||
6. Kemudahan diperlukan : (Sila tandakan ( _/))
| |||
Dewan besar
|
LCD
| ||
Kerusi
|
Skrin putih
| ||
PA Sistem
|
Papan putih
| ||
Meja
|
Alas meja
| ||
Sarung kerusi
|
Pen Marker / Alatulis sendiri
| ||
7. Tujuan menggunakan dewan :
| |||
Cara Pembayaran:
| |||
Cek
|
Tunai
| ||
Tandatangan pemohon
| |||
(Nama: )
| |||
No. Kad Pengenalan:
| |||
Tarikh :
| |||
Cop syarikat / pejabat :
-------------------------------------------------borang-------------------------------------------------Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Jalan Gambut
25000 KUANTAN
Pahang Darul Makmur
(u.p Puan Noreha bt. Abd Rahman)
No.Tel: 09-516 3411, 09-514 1606, 09-514 1607
kemaskini: 19.5.2011 - 22.11.2011 - 24.3.2016
Tuesday, May 17, 2011
Perpustakaan Desa Mela berpindah ke bangunan baru
Setelah sekian lamanya, akhirnya Perpustakaan Desa Kampung Mela berjaya memiliki bangunan baru. Sebelum ini PD Mela memberikan perkhidmatan kepada penduduk kampung menggunakan bangunan kayu yang sempit. Terima kasih kepada semua pihak yang berusaha membantu PD Mela.
12
PD Mela tentu akan terus menjadi penyimpan sejarah Mela kerana tapak perpustakaan desa Mela ini adalah bekas balai lama Penghulu Mela. Mungkin boleh dibuat satu sudut yang boleh menceritakan sejarah penghulu-penghulu Mela.
11
Terima kasih juga kepada Datuk Fong Koong Fuee ADUN Cheka kerana berusaha mendapatkan bangunan baru perpustakaan untuk keselesaan penduduk kampung Mela.
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01
LINKS:
1. Pautan pada "Anak Mela di Perantauan"
2. Facebook Anak Mela di Perantauan
3. chentasukasuki.blogspot.com
4. putra745.blogsome.com
5. Securing One’s Future
6. Pengambilan Rekrut PGA Daerah Lipis
7. Satellite Images of Kampong Mela
8. Blog Kampung Mela, Nostalgia, "First Love" Dan Sejarah
9. kampungmela.blogspot.com
PD Mela tentu akan terus menjadi penyimpan sejarah Mela kerana tapak perpustakaan desa Mela ini adalah bekas balai lama Penghulu Mela. Mungkin boleh dibuat satu sudut yang boleh menceritakan sejarah penghulu-penghulu Mela.
Terima kasih juga kepada Datuk Fong Koong Fuee ADUN Cheka kerana berusaha mendapatkan bangunan baru perpustakaan untuk keselesaan penduduk kampung Mela.
LINKS:
1. Pautan pada "Anak Mela di Perantauan"
2. Facebook Anak Mela di Perantauan
3. chentasukasuki.blogspot.com
4. putra745.blogsome.com
5. Securing One’s Future
6. Pengambilan Rekrut PGA Daerah Lipis
7. Satellite Images of Kampong Mela
8. Blog Kampung Mela, Nostalgia, "First Love" Dan Sejarah
9. kampungmela.blogspot.com
Saturday, May 14, 2011
Pusat Sumber Pekan
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah merasmikan Pusat Sumber Pekan ini pada 13 Disember 2009. Ianya memainkan peranan sebagai pusat sehenti untuk menimba ilmu pengetahuan tetapi juga sebagai wadah untuk menjana kemahiran, mengasah bakat dan potensi diri bersesuaian dengan “tagline” nya iaitu “Creating Future Innovator”.
04
Selain Perpustakaan Awam Daerah Pekan masyarakat Pekan disediakan sebuah lagi bangunan yang menyediakan kemudahan sumber maklumat kepada penduduk pekan iaitu Pusat Sumber Pekan.
03
Syarikat HeiTech adalah penyumbang utama dalam merialisasikan penubuhan Pusat Sumber Pekan. Turut sama menjayakan pembinaan Pusat Sumber Pekan Adalah UMNO Pekan, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia, Pearson (M) Sdn. Bhd., MPH Sdn. Bhd. dan Bebar Makmur Sdn. Bhd.
02
Pusat ini dibuka setiap hari bermula jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Kemudahan yang disediakan disini adalah perpustakaan yang menempatkan lebih 5,000 buah buku, makmal ICT, makmal bahasa, bilik seminar dan diskusi, bilik latihan teater, pejabat pentadbiran dan surau. Seramai 5 orang kakitangan sepenuh masa telah ditugaskan di sini..
01
1. Perasmian Pusat Sumber Pekan
2. Kemudahan Pusat Sumber Pekan
3. Pusat Sumber Pekan
4. Facebook Pusat Sumber Pekan
Selain Perpustakaan Awam Daerah Pekan masyarakat Pekan disediakan sebuah lagi bangunan yang menyediakan kemudahan sumber maklumat kepada penduduk pekan iaitu Pusat Sumber Pekan.
Syarikat HeiTech adalah penyumbang utama dalam merialisasikan penubuhan Pusat Sumber Pekan. Turut sama menjayakan pembinaan Pusat Sumber Pekan Adalah UMNO Pekan, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia, Pearson (M) Sdn. Bhd., MPH Sdn. Bhd. dan Bebar Makmur Sdn. Bhd.
Pusat ini dibuka setiap hari bermula jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Kemudahan yang disediakan disini adalah perpustakaan yang menempatkan lebih 5,000 buah buku, makmal ICT, makmal bahasa, bilik seminar dan diskusi, bilik latihan teater, pejabat pentadbiran dan surau. Seramai 5 orang kakitangan sepenuh masa telah ditugaskan di sini..
1. Perasmian Pusat Sumber Pekan
2. Kemudahan Pusat Sumber Pekan
3. Pusat Sumber Pekan
4. Facebook Pusat Sumber Pekan
Wednesday, May 11, 2011
Pemandangan sekitar lokasi PAD Pekan
Tuesday, May 10, 2011
Sunday, May 8, 2011
Bahagian Luar PAD Pekan
Thursday, May 5, 2011
Lawatan Pengarah PPAP ke PAD Pekan
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Puan Hajjah Faridzah binti Jaafar, AMP, telah melakukan lawatan ke Perpustakaan Awam Daerah Pekan bagi melihat perjalanan operasi Perpustakaan Awam Daerah Pekan di bangunan baru.
Perkhidmatan di bangunan baru ini telah bermula pada bulan April 2011.
03
02
01
Perkhidmatan di bangunan baru ini telah bermula pada bulan April 2011.
Monday, May 2, 2011
Buku: Tip Belajar Saat Akhir
Tip Belajar Saat Akhir oleh Osman Affan dan diterbitkan oleh PTS Millenia
Belajar pada saat akhir atau selalu disebut dengan istilah study last minute bukan suatu perkara yang pelik di kalangan pelajar. Situasi ini berlaku sama ada pada peringkat sekolah rendah, menengah mahupun pada peringkat pengajian tinggi. Ia menjadi gaya belajar yang popular pada masa kini memandangkan banyak factor yang menyebabkan situasi ini berlaku. Belajar saat akhir tidak salah asalkan kita tahu strategi yang betul ibarat tembakan peluru yang tepat pada sasarannya. Buku ini memberikan tip belajar saat akhir yang diolah dengan penyampaian mudah dan berkesan lantas boleh praktikkan bagi memperolehi kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan.
Saturday, April 30, 2011
Buku: Tarbiah Anak dengan Zikir dan Doa

Tarbiah Anak dengan Zikir dan Doa oleh Zahazan Mohamed & Rohidzir Rais
Diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd pada tahun 2008 dan berharga RM12.00
Menghadapi karenah anak-anak sangat menguji kesabaran si bapa apatah lagi si ibu. Seorang wanita yang keletihan setelah sepanjang hari mengemas rumah, memasak, membasuh baju, mungkin akan hilang sabar terhadap anak-anaknya yang tidak mendengar cakap, menyepahkan rumah, berkelahi sesama sendiri dan pelbagai karenah. Si ibu yang gagal mengawal kemarahannya mungkin bertindak mengikut perasaan. Anak mungkin dipukul, ditampar atau dicubit sehingga lebam dan luka malah dalam kes yang lebih teruk mungkin menggigit anak atau menghentak kepalanya ke dinding. Bapa yang tidak tahan dengan sikap anaknya itu juga mungkin akan bertindak melampaui batas. Justeru, melalui buku ini, ibu bapa dapat mentarbiahkan anak-anak melalui zikir dan doa.
Buku TARBIAH ANAK-ANAK DENGAN ZIKIR & DOA ini menghimpunkan doa-doa serta keterangan petua dan cara beramal sebagai panduan kepada ibu bapa dalam membimbing anak-anak untuk mendapat keredhaan Allah dan anak yang soleh dan cemerlang di dunia & akhirat. Turut dimuatkan di dalam buku ini ialah zikir-zikir dan doa yang boleh diambil dan dijadikan amalan seharian. Diterbitkan dalam saiz yang kecil dan menarik, buku ini mengandungi 4 aspek penting dalam kehidupan iaitu aspek KETELUSAN AKHLAK & KEMURNIAN PEKERTI seperti mendapat ramai anak soleh dan cemerlang, menghilangkan perasaan marah, mententeramkan jiwa, menghadapi saat-saat getir, mohon kesabaran, meningkat keyakinan diri dan mohon dipenuhi keperluan. Aspek kedua ialah KECEMERLANGAN AKADEMIK seperti mudah menghafal pelajaran, mudah menjawab soalan peperiksaan, dikasihi guru, mohon kelulusan cemerlang dan mudah menghafal al-Quran. Aspek yang ketiga ialah KECERGASAN JASMANI & KEAFIATAN FIZIKAL seperti mohon perlindungan daripada gangguan sihir, luka, demam, bengkak, jauhi zina, stress dan jauhi daripada insomnia. Aspek keempat pula ialah ZIKIR & SELAWAT seperti Ibrahimiyyah, mohon kebahagiaan, mohon keselamatan, kelapangan, menghindari bahaya, sembuh penyakit dan mengelak mimpi ngeri.
Ulasan disediakan oleh
Puan Fazilarwati
Perpustakaan Awam Cawangan Jengka
Wednesday, April 27, 2011
Buku: Panduan lengkap reproduksi manusia dan rawatan infertiliti

Panduan lengkap reproduksi manusia dan rawatan infertiliti oleh Muhd Rushdan Md Nor/ Murizah Mohd Zain
Masalah kemandulan atau dalam istilah perubatan dipanggil infertility boleh mengakibatkan kesan psikologi yang serius kepada pasangan yang berkahwin. Kegagalan menghasilkan zuriat bukanlah disebabkan oleh kaum wanita sahaja, malah punca-punca lain seperti masalah kesuburan lelaki dan juga pengetahuan yang cetek dalam bidang fisiologi reproduksi manusia juga merupakan penyebab penting. Kajian telah menunjukkan bahawa 25-30 peratus penyebab infertility berpunca daripada masalah kesuburan kaum lelaki dan 15-20 peratus menunjukkan kes-kes infertiliti berlaku tanpa dikesan puncanya. Dengan menyedari hakikat tersebut, buku ini dihasilkan bagi menerangkan secara terperinci bagaimana mengatasi masalah infertiliti. Sebelum mengetahui apakah punca dan bagaimana menanganinya, setiap pasangan perlu mengetahui system organ reproduktif berfungsi dan apakah peranan mereka supaya proses reproduktif berhasil dan mencapai matlamatnya.
Tuesday, April 26, 2011
Popular Posts pada 26 April 2011
- Negeri Pahang akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Malaysia Ke - 15 pada tahun 2012, sehubung dengan itu kakitangan Perbadanan Perpustakaan...
- Doa masuk dan keluar tandas adalah doa pendinding untuk diri kita. Mengamalkan doa pendinding ini boleh memberikan kebaikan pada jasad dan j...
- Inia adalah koleksi gambar kawin Mus Mila yang diberikan oleh Isham kepada Blog Perpustakaan Awam Pahang. Selamat pengantin baru untuk Mus d...
- SELAMAT PENGANTIN BARU Shahrizan bin Hassan telah berjaya dengan cemerlangnya menjalani proses Akad Nikah dan Persandingan. Pasangan Shahriz...
- 9 hb - Story Time (PD Muadzam Shah) - Minggu Permainan (PD Lepar Hilir) - Pertandingan Bola Sepak (PD Kuala Medang) 16 hb - Minggu Permaina...
- Inilah koleksi gambar Program Ceramah Pemakanan Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan pada hari ini 31.12.2010 (Khamis). Sebanyak 64...
- Kepada Semua Ahli Perpustakaan Yang Kami Hormati, Kami berasa amat berbesar hati untuk memaklumkan bahawa anda telah dipilih sebagai ahli...
- SENARAI KETUA PERPUSTAKAAN DAERAH (KPD) Encik Mohd Aseri bin Abd Malek,PKC (Ketua Perpustakaan Daerah Bentong) aseri@pahanglibrary.gov.m...
- Sumber gambar dari Facebook Mustakim Abd Majid dan Mila Mahmud M u s + M i l a Majlis pemetri janji, Tambatan kasih, Ikatan cinta suci ...
- Inilah hari hari terakhir Zura di Perpustakaan Awam Daerah Temerloh sebelum bertukar ke PPAP Kuantan. Banyak kenangan yang pahit manis dan y...
Total Pageviews:
8,273
UserOnline:

Geolocation:
| 417 |
| 119 |
| 12 |
| 7 |
| 6 |
| 5 |
| 4 |
| 3 |
Subscribe to:
Posts (Atom)

Doa masuk dan keluar tandas
Gambar Perkahwinan Mus-Mila
Walimatul Urus 23hb Januari 2011