Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, March 19, 2014

02 Bird Count 2014 - Kumpulan Mutiara Resot

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Peserta akan membuat 'Bird Count' di empat kawasan iaitu:
1. Swamp Loop
2. Tahan Hide
3. Lubok Simpoh
4. Mutiara Resot

Kesemua peserta telah dipecahkan kepada 8 kumpulan. Kumpulan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah dimasukkan dalam kumpulan yang akan membuat Bird Count di sekitar Mutiara Resort. Peserta dalam kumpulan ini terdiri dari UiTM dan IKIP. Nama mereka adalah seperti berikut:

IKIP
Nur Shahirah Aminena
Nur Atikah Bt Mohd Nazri
Nur Adrina bt Mohd Yassin
Sakila a/p Atan
Ahmad Qayyum b Azmi

UiTM
Nur Hidayah Asilah Bt Az'don
Syaza Ulfah Ghazali
Lailatul Maghfiroh bt Ansah
Mohd Nazrin b Abd Malek
Mohammad Khidir Asri b Musta'alim
Huzuin Jan bt Abdul Hamid
Nor Assyikin bt Jasni
Ummie Atiqanajwa bt Samsuri
Amirudin b Razhali
Rabiatul Nabilah bt Rohaizan

Kumpulan Mutiara Resot ini diketuai oleh Encik Ismail Mamat dari Perhilitan Wetland yang mempunyai pengalaman yang luas dalam mengenali burung.

Perkara yang paling penting sebelum memulakan Bird Count adalah tentang TEROPONG.

Terdapat tiga reka bentuk asas teropong moden:

Porro Prism
Mempunyai bentuk tardisional, lebih besar serta berat tetapi mempunyai 'depth perception' yang lebih baik berbanding Roof Prism. Sesuai untuk mereka yang mahukan kualiti yang terbaik.

Roof Prism
Mempunyai bentuk lebih moden kerana mempunyai 'straight barrels'. Lebih ringan dari Porro Prism tetapi lebih mahal berbanding Porro Prism. Manakala  'depth perception' tidak sebaik Porro Prism. Sesuai untuk mereka yang mahukan kualiti yang baik tetapi lebih ringan.

Reverse Porro Prism
Teropong ini adalan berbentuk 'Inverted design'. Ianya kecil dan ringan. Manakala 'Depth perception' tidak sebaik Porro Prism dan Roof Prism . Harga teropong Reverse Porro Prism lebih rendah berbanding Porro Prism dan Roof Prism. Sesuai untuk mereka yang mahukan teropong yang murah dan senang dibawa.

Mono
Teropong mono mempunyai satu kanta sahaja. Ianya tidak kelihatan seperti sebuah teropong. Terdiri dari pelbagai 'depth perception' bergantung kepada harga yang sanggup. Saiznya terdiri dari segengam tangan hingga kepada sebesar peha.

1. Encik Ismail Mamat dari Perhilitan Wetland
Teropong perlu diselaraskan dengan mata kita. Mereka yang menggunakan cermin mata perlukan penyelarasan yang berbeza berbanding mereka yang tidak menggunakan cermin mata.
2. Jika teropong tidak dilaraskan dengan bentu dan tepat untuk mata masing-masing, mata kita akan cepat letih dan kita akan pening kepala. Kesudahannya aktiviti Bird Count akan menjadi aktiviti yang tidak seronok.
3. Bukan perkara yang mudah untuk kita melihat menerusi teropong dan terus jumpa burung yang kita nak lihat.
4. Baru sahaja memulakan aktiviti Bird Count, sudah ada yang rasa sakit tengkok.
5. Wakti pagi adalah waktu yang baik untuk melihat burung.
6. Tidak semestinya kita memandang ke atas untuk melihat burung. Ada juga burung yang akan turun ke tanah.
7. Paling penting adalah untuk tidak mudah putus asa untuk melihat burung.
8. Ada ketikanya kawan-kawan boleh nampak burung tersebut tetapi kita tidak nampak walaupun berulang kali (berbuih mulut) kawan menunjukkan arahnya.
9. Aktiviti Bird Count adalah aktiviti yang sesuai untuk semua golongan umur.


Citation, Journal Impact Factor, H-index: Their Meaning and Impact on Researchers and Institutions (April 2014)

Citation, Journal Impact Factor, H-index: Their Meaning and Impact on Researchers and Institutions

Introduction

This workshop is intended for researchers, lecturers, librarians, and information professionals interested in the following topics and issues:

    Why citations are important to your publications and your university
    How citations are created
    How to conduct research and publish articles that attract citations
    The relationship and differences among citations, journal impact factors, h-index
    How to track citations and h-index of your publication
    Which is more important to you: getting citations to your article or getting your article published in high impact journal?
    How you can improve the accuracy of your citation count
    How to differentiate the uniqueness and overlap of bibliographic data from various databases.

Workshop Delivery

The two-day workshop is interactive.  Participants will have opportunities to ask questions, engage in discussions and do online search where relevant.  Participants should bring their laptop to take advantage of the wi-fi facility at the venue.
   
Date:
23-24 April 2014
(2 days)

Venue:
Ancasa Hotel & Spa, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur

Facilitator:
Szarina Abdullah, Ph.D.

Early Bird Registration:
Register before/on
10 March 2014

Normal Registration:
Closing 22 April 2014

Wisdom Synergy Enterprise (SA0082354 - W)
515, Blok 10, Fasa 3C, Jalan Plumbum 7/95, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Phone: 6 - 019 - 244 8983
Fax: 6 - 03 - 2096 9206
E-mail: wisdomsynergy@gmail.com
MOF No.: 357-02198599
HRDF/PSMB Category C Cert. No.: 0511

Tuesday, March 18, 2014

01 Bird Count 2014 - Count For Fun

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Kesemua peserta telah dipecahkan kepada 8 kumpulan. Peserta akan membuat 'Bird Count' di empat kawasan iaitu:
1. Swamp Loop
2. Tahan Hide
3. Lubok Simpoh
4. Mutiara Resot

1. Kain rentang yang mempromosikan Taman Negara Bird Count 2014
2. Peta Semenanjung Tanah Melayu. Ditengah-tengan adalah Taman Negara Pahang.
3. Kumpulan Mutiara Resot diketuai oleh Encik Ismail Mamat dari Perhilitan Wetland. Kumpulan ini adalah gabungan IKIP, UiTM dan PPAP (Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

4. Peserta  IKIP Kuantan
Nur Shahirah Aminena, Nur Atikah Bt Mohd Nazri, Nur Adrina bt Mohd Yassin, Sakila a/p Atan dan
Ahmad Qayyum b Azmi
5.Peserta UiTM
Nur Hidayah Asilah Bt Az'don, Syaza Ulfah Ghazali, Lailatul Maghfiroh bt Ansah, Mohd Nazrin b Abd Malek, Mohammad Khidir Asri b Musta'alim, Huzuin Jan bt Abdul Hamid, Nor Assyikin bt Jasni
Ummie Atiqanajwa bt Samsuri, Amirudin b Razhali dan Rabiatul Nabilah bt Rohaizan
6. "Burung! Mu Tunggu Aku Datang"
7. Kami datang dengan 'Langkan Kanan', Encik Ismail Mama mahukan kumpulan ini mengesan 40 jenis burung.

Monday, March 17, 2014

Bird Count 2014 Taman Negara Pahang (Kuala Tahan - Jerantut-Pahang-Malaysia)

Pada 15 dan 16 Mac 2014, telah berlangsung acara perintis "Bird Count 2014 Taman Negara Pahang". Bird Count 2014 Taman Negara Pahang ini telah dianjurkanoleh Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang.

"Bird Count 2014 Taman Negara Pahang" adalah bagai kali yang pertama sebagai usaha untuk menambahkan Produk Pelancongan di Taman Negara Pahang Malaysia.


Bird Count 2014 Taman Negara Pahang ini mendapat kerjasama:
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN).
- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
- Majlis Daerah Jerantut
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Bird Count 2014 Taman Negara Pahang telah berjaya mendapat penyertaan seramai 133 orang:
- PPAP (Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang): 3 orang
- UiTM (Kuantan dan Shah Alam): 64 orang
- IKIP (Kuantan) : 41 orang
- Pelancong asing: 10 orang

Friday, March 14, 2014

Buku1: Kisah-kisah haiwan Kesempurnaan ciptaan Allah oleh Ustaz Drs. Zainuddin MM

Buku1: Kisah-kisah haiwan Kesempurnaan ciptaan Allah oleh Ustaz Drs. Zainuddin MM

No Perolehan: 2013-04769   ISBN 978-967-0414-03-4     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: kanak-kanak

Ringkasan/ Ulasan

Allah Maha Pencipta! Allah telah mencipta pelbagai jenis haiwan di muka bumi ini. Ada haiwan yang besar, ada haiwan yang kecil, ada yang terbang, ada yang boleh berenang dan berbagai-bagai ciri lagi.

Allah mencipta segala sesuatu dengan sempurna. Kemudian Allah memberi pentunjuk kepada setiap ciptaan-Nya untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan teratur dan sempurna.pernahkah kamuterfikir bagaimana seekor singa yang garang boleh bersikap lembut dandapat membelai manja akan anak-anaknya ?

Subhanallah! Sungguh mengagumkan!.

Dapatkan jawapan kepada persoalan itu dan pelbagai cerita menarik yang lain di dalam buku ini. Kamu pasti akan teruja dengan mesej dan ilustrasi yang dipaparkan.

Judul :Kisah-kisah haiwan Kesempurnaan ciptaan Allah
Pengarang: Ustaz Drs. Zainuddin MM
Penerbit: Darul Mughni Trading,hulu Selangor,Selangor Darul Ehsan.
Tahun terbitan: 2012
Harga: RM 10.32
Mukasurat: 96ms
Rating:

Disediakan oleh
Puan Norfahizah Aziz
Perpustakaan Cawangan Lanchang


Wednesday, March 12, 2014

Bengkel Penulisan Surat Rasmi, Memo Rasmi, E-mel Rasmi dan Minit Mesyuarat (April 2014)

 Bengkel Penulisan Surat Rasmi, Memo Rasmi, E-mel Rasmi dan Minit Mesyuarat

Tarikh:
16-17 April 2014 (2 hari)

Tempat:
M Suites Hotel, Straits View, Johor Bahru

Jurulatih:
En. Ahmad Azman bin Mohamad Ramli

Pendaftaran Awal:
Daftar sebelum/pada
17 Mac 2014

Pendaftaran Biasa:
Tutup 15 April 2014

Pengenalan
Setiap surat rasmi, memo rasmi, e-mel rasmi dan minit mesyuarat hendaklah disediakan dengan ringkas, jelas dan kemas supaya mesej di dalamnya dapat disampaikan kepada pengguna dengan lancar dan berkesan. Keadaan ini seterusnya akan membantu melancarkan lagi perlaksanaan aktiviti organisasi. Bengkel ini akan membantu peserta mendapatkan kemahiran tersebut.

Sasaran Peserta Bengkel
Bengkel ini sesuai disertai oleh semua lapisan pegawai dan kakitangan di organisasi awam dan swasta yang berminat untuk mendapatkan kemahiran tentang cara-cara menyediakan surat rasmi, memo rasmi, e-mel rasmi dan minit mesyuarat yang berkualiti.

Wisdom Synergy Enterprise (SA0082354 - W)
515, Blok 10, Fasa 3C, Jalan Plumbum 7/95, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Phone: 6 - 019 - 244 8983
Fax: 6 - 03 - 2096 9206
E-mail: wisdomsynergy@gmail.com
MOF No.: 357-02198599
HRDF/PSMB Category C Cert. No.: 0511

Thursday, March 6, 2014

Demo produk 'Leap Motion Controller' di Perpustakaan Awam Pahang, Kuantan

Pada 5hb Mac 2014, kakitangan dan pegawai di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah berpeluang melihat teknologi produk Leap Motion. Apa yang selami ini dapat dilihat dalam cerita-cerita wayang rupanya telah menjadi nyata melalui produk Leap Motion.

 Leap Motion , Inc adalah sebuah syarikat di Amerika yang mengeluarkan dan memasarkan peranti/sensor bagi perkakasan komputer yang membolehkan tangan dan jari digunakan sebagai ganti kepada penggunaan 'mouse' sehingga tidak memerlukan sentuhan tangan kepada komputer. 

 Leap Motion telah bekerjasama dengan ASUS untuk mengeluarkan 'high-end notebooks dengan fungsi all-in-one PCs (AIO PCs)" serta mempunyai teknologi terbaru Leap Motion. 

Leap Motion juga mempunyai perjanjian dengan Hewlett Packard untuk menerapkan teknologi terbaru ini dalam komputer HP. Dilaporkan juga Leap Motion akan memasukkan teknologi ini dalam sebelas peranti HP, termasuk keyboard dan komputer riba.

'Leap Motion Controller' adalah alat persisian USB kecil yang direka bagi membolehkan pengguna menikmati teknologi 'dalam wayang'. Alat ini disambungkan pada komputer  dengan menghadap ke atas 

  'Leap Motion controller'  menggunakan dua kamera IR monokromatik dan tiga LED inframerah , peranti ini akan berfungsi dalam jarak kira-kira 1 meter ( 3 kaki). LED  'controller'  akan menjana corak 3D inframerah  dan kameranya  menghasilkan gambar 300 bingkai sesaat yang ditunjukkan dalam bentuk data.

Puan Rosmaliza sedang mencuba 'tarian' tangan yang diperlukan untuk menikmati teknologi Leap Motion. Puan Marian dan Puan Rosmawati kagum melihat kelembutan 'tarian' jari-jari Puan Rosmaliza. Saiz jari tidak menjadi syarat untuk mahir menggunakan teknologi Leap Motion ini.

En. Mohd Noor dan Puan Rosamaliza sedang bersaing dalam mengerakkan jari-jemari masing. Jari-jari En. Mohd Noor kelihatan lebih keras dan tegar berbanding dengan gaerakan jari Puan Rosmaliza. Walaupun saiz jari dikatakan tiada kaitan dengan kecekapan penggunaan teknologi Leap Motion ini.tetapi lembut atau keras jari ada sedikit kesan.

En. Faizal En. Firadus Vespa, En. Saiful KNP dan En. Amer Koporat kagum dan terpegun melihat teknik yang digunakan oleh Puan Rosmaliza dan En. Mohd Noor.  Tetapi masing-masing masih malu-malu untuk 'menari' dihadapan kawan-kawan.

Manakala Puan Nadzirah IT dan Puan Hawa Katalog tidak sabar-sabar untuk menunggu giliran untuk mencuba 'tarian' jejari lentik mereka dalam menggunakan teknologi Leap Motion.. Keadan penggunaan sekarang lebih kepada pengunaan jari tetapi dengan Leap Motion kita perlu mahir mengerakkan jari dan tangan sekali gus. Pembekal akan memberikan latihan 'menari' untuk melembutkan tangan-tangan yang keras dan kaku.

Mungkin satu masa nanti, setelah penggunaan teknologi Leap Motion ini telah meluas sampai ke kampung-kampung, kita akan melihat orang seakan-akan bersilat seorang diri ketikan menggunakan komputer. Sebab orang menggunakan komputer tidak lagi duduk dan tunduk. Dengan  Leap Motion mereka akan bersilat dan menari. sama-samalah kita tunggu.

Harga yang ditawarkan adalah lebih kurang RM500.

Tuesday, March 4, 2014

Senarai Ahli Pinjaman Kelompok Tahun 2013

PINJAMAN BUKU KELOMPOK
Senarai Ahli Pinjaman Kelompok Yang Membuat Pinjaman Pada Tahun 2013

BIL DAERAH NAMA AHLI PINJAMAN KELOMPOK
1 Bera Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Bera
2 Bera Kg. Kuala Bera , 28200 Bera Pahang
3 Bera Mini RTC Paya Serai Pprt Paya Serai, 28200 Bera
4 Bera Pejabat Risda  Daerah Bera
5 Bera Sekolah Kebangsaan Kemayan(Guru Kafa)
6 Bera Tapak Ramsar Bera
7 Bera Pej Penghulu Mukim Bera 2
8 Bera Kafa SK Kemayan
9 Cameron Sek Keb Convent 39000 Tanah Rat
10 Cameron Tadika Islam Taman Sedia 39000 Tanah Rata 
11 Jerantut SK Keb.Chebong 27000 Jerantut
12 Jerantut Kg Baharu 27000 Jerantut
13 Jerantut Kg Bukit Ketupat 27000 Jerantut
14 Jerantut Kg Jerantut Feri 27150 Jerantut
15 Jerantut Kg Perlok 27030 Jerantut
16 Jerantut Kg Ulu Cheka 27030 Jerantut
17 Jerantut Kolej Jururawat Masyarakat 27000 Jerantut
18 Jerantut Sek.Keb.Durian Hijau 27090 Jerantut
19 Jerantut Sek.Keb.Kota Gelanggi 1 27000 Jerantut
20 Jerantut Sek.Keb.Merting 27000 Jerantut
21 Jerantut Sek.Keb.Pasir Durian 27020 Jerantut
22 Jerantut Sek.Meng.Agama.Kota Gelanggi 3 27000 Jerantut
23 Lipis PDK Bistari Ppoku Dun Benta
24 Lipis Pejabat Agama Daerah Lipis
25 Lipis Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam
26 Lipis Pusat Sumber Kemas Kg.Budu, 27310 Benta
27 Lipis Sek. Keb Tempoyang 27200 Kuala Lipis Pahang
28 Lipis Sek. Keb Wan Ibrahim 27200 Kuala Lipis
29 Lipis Sek. Keb Berchang 27100 Kuala Lipis 
30 Lipis Sek. Keb Kuala Lanar 27200 Kuala Lipis
31 Lipis Sek. Keb Penjom 27200 Kuala Lipis
32 Lipis Surau Kampung Sai Gua 27200 Kuala Lipis
33 Lipis Tabika Kemas,Km 1 Jalan Jerantut Benta
34 Maran JKKK Felda Jengka 5,26500 Maran. 
35 Maran Kg Orang Asli Batu 55, 26500 Maran.   
36 Maran SK Jengka 3, 26500 Maran
37 Pekan Tabika Kemas Kg. Sg. Miang B
38 Pekan NORMAH BT MD YUSOFF (RTC Kuala Pahang)
39 Pekan Masjid An-Nur Ketapang Hilir
40 Raub Balai Penghulu Kampong Batu Talam,27610 Raub
41 Raub Balai Raya Kg.Tersang,27610 Raub
42 Raub Tadika Kasturi,Km 2 ¼ Jalan Cheroh,,27610 Raub
43 Rompin Mahkamah Syariah Daerah Rompin   
44 Rompin SMK Agama Pahang Muadzam Shah
45 Rompin SMK. Muadzam Jaya  
46 Rompin Peladang Inn Rompin
47 Temerloh Hospital Sultan Hj Ahmad Shah Temerloh,
48 Temerloh Kampung Rumpun Makmur,28050 Kuala Krau.
49 Temerloh Perpustakaan Bakat RAMD 7
50 Temerloh Perpustakaan Rejimen Ke-7 Artileri Diraja
51 Temerloh Pertubuhan Anak Yatim Dan Kebajikan Darul 'Izza
52 Temerloh Sek.Keb Bukit Cermin,28400 Mentakab. 
53 Temerloh Sek.Keb.Charuk Puting,28000 Temerloh
54 Temerloh Sek.Keb.Seberang Sanggang,28020 Temerloh
55 Temerloh Sek.Men.Keb Bukit Cermin,28400 Mentakab.
56 Temerloh Sek.Men.Keb.Paya Pulai,28000 Temerloh

Monday, February 24, 2014

World Summit on Information Society – WSIS Project Prizes 2014

Kepada Semua Ahli u-Pustaka Yang Kami Hormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa u-Pustaka telah disenaraikan sebagai calon finalis dalam anugerah

World Summit on Information Society – WSIS Project Prizes 2014

naungan International Telecommunication Union (ITU)

di bawah kategori C3 : Access to Information and Knowledge .

Berikan sokongan moral anda dengan memberikan undi secara 'online' kepada perkhidmatan u-Pustaka menerusi pautan
berikut. http://groups.itu.int/stocktaking/WSISProjectPrizes2014.aspx#voteTab

Setiap undi untuk u-Pustaka adalah tanda sokongan anda kepada u-Pustaka, Malaysia & dunia pengetahuan serta maklumat - setiap undi dari adalah amat kami hargai.

Jom! Undi untuk u-Pustaka sekarang!
Sila 'like' FB page u-Pustaka - https://www.facebook.com/u.pustaka setelah memasukkan undi anda.

Terima Kasih.


To All Our Honoured u-Pustaka Members,

We are pleased to inform that u-Pustaka (the only participation from Malaysia) is listed as the finalist candidate for World Summit on the Information Society - WSIS Project Prizes 2014 under the
category C3 Access to Information and Knowledge. Show your moral support by giving us your online votes to u-Pustaka via this link - http://groups.itu.int/stocktaking/WSISProjectPrizes2014.aspx#voteTab
~ A vote for u-Pustaka is a vote for Malaysia, our Malaysian libraries and showing your love to the world of information and knowledge. Every single vote is greatly appreciated.
Do let us know if you need any help. Come and vote for u-Pustaka now! Please like u-Pustaka FB page ~ https://www.facebook.com/u.pustaka after submitting your online votes. Thank You

Friday, January 31, 2014

Buku: KOLEKSI HEBAT KISAH MORAL oleh Faye Jones

Buku: KOLEKSI HEBAT KISAH MORAL oleh Faye Jones

No Perolehan: 2013-03524  
ISBN 978-967-5055-89-8     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan
Koleksi Hebat Kisah Moral ini  menceritakan tentang kisah-kisah menarik dari seluruh dunia . Setiap pembaca akan dapat manfaat yang maksimum di samping terhibur dengan cerita yang dipaparkan.

Cerita-cerita dalam siri ini juga sarat dengan nilai-nilai yang dapat diteladani oleh kanak-kanak. Struktur ayat yang ringkas dan mudah difahami berserta suku kata, ditambah dengan ilustrasi yang ceria dan berwarna-warni akan menarik minat kanak-kanak untuk membaca koleksi cerita ini.

Judul: KOLEKSI HEBAT KISAH MORAL oleh Faye Jones
Pengarang: Jones,Faye
Penerbit: Noon Publication,Kuala Lumpur.
Tahun terbitan: 2012              Harga: RM 19.90
Mukasurat: 100 ms    Rating: 

Friday, January 24, 2014

Buku: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Perniagaan Kecil oleh Azudin Bahari, Hanum Hassan dan Tunku Salha Tunku Ahmad

Buku: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Perniagaan Kecil oleh Azudin Bahari, Hanum Hassan dan Tunku Salha Tunku Ahmad

No Perolehan: 2013-03470  
ISBN 978-967-5415-16-6     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Kebanyakan perniagaan kecil tidak mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang menyeluruh. Kemalangan sering berlaku ke atas para pekerja di sektor-sektor perniagaan .Dengan mengambil kira isu-isu keselamat dan kesihatan yang sering wujud,majikan perlu mengambil berat tentang aspek keselamatan dan kesihatan para pekerja.

Bertitik tolak daripada isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan ,buku ini mengetengahkan beberapa aspekyang dapat membantu perniagaan kecil untuk mewujudkan suasana kerja yang selamat dan sihat. Ia akan membawa para pembaca dan sesiapa yang terlibat dalam sektor perniagaan kecil untuk mengenali Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja dan kaedah Pengurusan Risiko di tempat kerja.

Buku ini juga sesuai sebagai panduan kepada para pengusaha perniagaan kecil, para pelajar institusi pengajian tinggi dan juga ia  dapat  memenuhi keperluan pekerja dan majikan, terutama kepada mereka yang terlibat dalam pengurusan keselamatan.

Judul: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Perniagaan Kecil oleh Azudin Bahari, Hanum Hassan dan Tunku Salha Tunku Ahmad

Pengarang : Azudin Bahari, Hanum Hassan dan Tunku Salha Tunku Ahmad
Penerbit:. Universiti Malaysia Perlis,Kangar, Perlis.
Tahun terbitan: 2010              Harga: RM 40.00
Mukasurat: 146 ms    Rating: 

Friday, January 17, 2014

Buku: Siri Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 oleh WS Uzala

Buku: Siri Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 oleh WS Uzala

No Perolehan: 2013-03388 
ISBN 978-967-0272-05-4(set)    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Buku Siri Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu Ini Merupakan sebuah set buku yang cuba mengimbaukembali sejarah pergolakan di Tanah Melayu dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.Pelbagai pahit getir telah dialami oleh para pejuang Tanah Melayu bagi memastikan Tanah Melayu bebas dari cengkaman pengganas komunis dan penjajah asing.

Tujuan buku ini ditulis agar generasi kini terutama para murid-murid sekolah mengetahui tentang detik-detik pahit pada era penjajahan dan pergolakan tersebut yang mengubah lanskap politik Tanah Melayu.

Dengan menhayati kesan negative di sebalik penjajahan dan pergolakan yang berlaku ini diharapkan generasi muda akan mendapat pengajaran betapa sengsaranya jika bumi yang kita cintai dijajah dan dimusnahkan oleh orang asing yang kemudian mengancam ketenteraman hidup.

Perjuangan demi perjuangan yang berlaku diharapkan membuka minda murid-murid betapa pentingnya rakyat Malaysia bersatu padu tanpa mengira agama,bangsa dan fahaman politik untuk mempertahankan kedaulatan negara ini daripada dijajah semula sekalipun penjajahan dalam bentuk minda, fahaman atau pemikiran.

Buku ini adalah sesuai untuk bacaan murid sekolah rendah dan menengah selain orang awam yang dihiasi dengan gambar-gambar bagi menambah kefahaman tentang sejarah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Judul:  Siri Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Pengarang: WS Uzala
Penerbit:.Smash Edu Resources,Kuala Lumpur.
Tahun terbitan: 2012
Harga: RM 55.00(seunit)
Mukasurat: 44 ms  
Rating:


Friday, January 10, 2014

Buku: Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil – MENONGKAH ARUS - Meneraju Menara Gading Biografi Abdul Shukor Hj. Husin. oleh Mohammad Haji Alias

Buku: Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil – MENONGKAH ARUS -  Meneraju Menara Gading Biografi Abdul Shukor Hj. Husin. oleh Mohammad Haji Alias

No Perolehan: 2013-03447   ISBN 978-967-5295-97-3     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan:

Biografi ini adalah tentang seorang tokoh Ulama dan akademik. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin adalah seorang tokoh yang terkenal di peringkat antarabangsa, serantau dan kebangsaan.

Dalam pembangunan pendidikan dan pengajian tinggi Islam negara nama beliau tidak asing lagi. Tan Sri telah memainkan peranan dan memberi  sumbangan yang amat signifikan dalam penubuhan dan pembangunan USIM daripada fasa conceptualization kepada fasa realisasi dan pemantapannya.

Dengan penubuhan USIM pengajian Islam dimartabatkan ke dalam arus pendidikan negara. Tokoh ini berasal dari Kampung Tebing Tinggi,Jerantut,Pahang.

Beliau telah Berjaya mencatat kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai sudut: sebagai ketua keluarga, pemimpin ,pentadbir   ulama, ahli akademik serta pemikir. Beliau telah Berjaya menongkah pelbagai arus.

Untuk mencapai kejayaan ini pada peringkat awal Tan Sri perlu menongkah arus : keadaan ekonomi keluarga yang sederhana; system pendidikan yang tidak sistematik terutama dalam pendidikanIslam ; pemikiran dam persepsi masyarakat terhadap pendidikan agama.

Beliau merupakan lulusan Madrasah Aljunied, Singapura dan Universiti Al-Azhar, Mesir. Sebelum menerajui USIM beliau telah bertugas di Fakulti Pengajian Islam UKM sebagai professor dan Dekan.

Pencapaian Tan Sri terlalu banyak. Diantaranya ijazah PhD dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Al-Azhar(pelajar Melayu yang pertama) ; penyampaian Syarahan Perdana( pengukuhan jawatan Profesor di UKM) ; sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa,Majlis kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia; anugerah jawatan Profesor Emeritus daripada USIM ( Majlis Kovokesyen ke-8 2010 ); Naib Canselor pertama bagi sebuah Universiti awam di Malaysia ; Ijazah Kehormat Doktor Falsafah( Pengajian Islam) dari UKM (Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia ke -38 ,7-10 ogos 2010) ; dan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 peringkat kebangsaan.

Judul: Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil – MENONGKAH ARUS -  Meneraju Menara Gading Biografi Abdul Shukor Hj. Husin.

Pengarang: Mohammad Haji Alias et al.
Penerbit: USIM Bandar baru Bangi,nilai Negeri Sembilan.
Tahun terbitan: 2012              Harga: RM 50.00
Mukasurat: 196ms    Rating: 

Wednesday, January 8, 2014

Buku : Warkah Alam: cerita-cerita motivasi diri oleh Fadzli Abu Bakar dan W.B.Rendra

Buku :  Warkah Alam: cerita-cerita motivasi diri oleh Fadzli Abu Bakar dan W.B.Rendra

Ringkasan / Umum :

Buku berjudul ‘Warkah Alam: cerita-cerita motivasi diri’ karya Sdra Fadzli Abu Bakar dan W.B. Rendra terbitan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. sesuai dibaca masyarakat umum yang inginkan motivasi dalam kehidupan.

Buku ini mengetengahkan pelbagai kisah kehidupan manusia untuk santapan rohani dan halwa jiwa untuk meningkatkan motivasi dan inspirasi dalam diri.

Warkah Alam mengajak kita memahami pelbagai perkara dalam kehidupan seperti erti kesabaran, ketabahan, pengorbanan, kasih sayang, kebahagiaan dan sifat-sifat lain yang diredai Allah SWT.

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

Tuesday, January 7, 2014

Buku : Biografi Syed Mokhtar Albukhary oleh Premilla Mohanlall

Buku :  Biografi Syed Mokhtar Albukhary oleh Premilla Mohanlall

Ringkasan / Umum :

Buku berjudul ‘Biografi Syed Mokhtar Albukhary’ ditulis oleh Premilla Mohanlall terbitan PVM Comunications Sdn. Bhd. sangat baik dibaca oleh individu yang inginkan kecemerlangan dalam kehidupan dan seterusnya berbakti kepada masyarakat.

Buku ini menceritakan seorang insan yang bernama Syed Mokhtar Albukhary merupakan anak Malaysia yang unggul dan berjaya. Beliau seorang hartawan dan dermawan yang amat pragmatik dan merendah diri, dan sentiasa meletakkan kepentingan nasional melebihi kepentingan peribadi dalam kehidupannya.

Beliau berjaya membina empayar dalam perniagaan dan kekayaannya disalurkan dalam kepentingan pendidikan. Beliau juga Berjaya menyediakan peluang pekerjaan terjamin kepada lebih 110,000 orang dan 250,000 orang secara tidak langsung.

Biografi Syed Mokhtar Albukhary sebagai wadah dan inspirasi kepada anak anak muda yang bersemangat tinggi dan ahli korporat yang berhati mulia.

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

Monday, January 6, 2014

Buku : Pengucapan Awam: Tips untuk menjadi pengacara yang baik. oleh Saidah Shahid

Buku :  Pengucapan Awam: Tips untuk menjadi pengacara yang baik. oleh Saidah Shahid

Ringkasan / Umum :

Buku berjudul ‘Pengucapan Awam: Tips untuk menjadi pengacara yang baik’ ditulis oleh Saidah Shahid terbitan Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. sangat sesuai dibaca oleh individu, kakitangan awam dan swasta yang sering terlibat tugas mengacara sesuatu majlis atau program.

Buku ini menggariskan tips untuk menjadi pengacara yang baik.

Setiap bab menghuraikan pengacaraan, pantang larang, penyediaan teks, kegugupan, analisis, penyampaian dan contoh teks ucapan. Buku ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan pedoman untuk persediaan menjalankan tugas sebagai pengacara majlis. Pengacara yang baik akan menentukan keseluruhan majlis atau program itu menarik dan berkesan atau sebaliknya.

Selamat membaca semoga menjadi pengacara yang baik, disenangi dan dihormati.

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

Thursday, January 2, 2014

Takziah kepada En. Halid PAD Raub

Kami warga kerja PAD Raub ingin mengucapkan takziah
kepada En. Halid bin Zainal 
di atas pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah.
Semoga roh arwah di tempatkan bersama golongan syuhada..
amin..
Al-Fatihah..

dimaklumkan oleh:
norizan
Thursday
09:31:14 am
02 January 2014

Saturday, December 28, 2013

Buku: Peribahasa Melayu Penelitian Makna & Nilai oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan

No Perolehan: 12-04895
Call No. : 398.99923 Zai
ISBN: 978-967-344-222-5
Bahasa: Melayu
Kategori: 300

Ulasan :

Hasil karya yang begitu berkualiti ini wajib dimilikik oleh pnsyarah, pengajar, guru bahasa melayu, sasterwan, pelajar, pengkaji, penyelidik dan sesiapa juga yang cintakan bahasa, peradaban dan warisan angsa, serta semua insane yang bertanggungjawab melestarikan peribahasa melayu sebagai khazanah generasi turun temurun.

Menurut  Dato’ Dr. Anwar Ridwan, Sasterawan Negara 2009, Buku ini merupakan sebuah penerbitan yang menghimpun sebanyak 5,737 peribahasa hingga menjadikan buku ini sebuah penerbitan peribahasa Melayu yang paling lengkap dan kemas kini. Susunannya sangat sistematik mengikut subgenre, dan setiap subgenre diberikan pula definisi dan beberapa contoh untuk pembaca memahami dengan berkesan. Lebih menarik, peribahasa di dalam buku ini dihubungkan dengan nilai islami, falsafah pendidikan negara dan nilai perkhidmatan awam.

Faktor lain yang menjadikan buku ini istimewa dan menarik ialah kerana dilengkapi lampiran grafik dan teks yang amat informatif tentang alam benda, alam flora, dan alam fauna yang menjadi sebahagian sumber penciptaan peribahasa.

Judul: Peribahasa Melayu Penelitian Makna & Nilai
Pengarang: Zaitul Azma Zainon Hamzah / Ahmad Fuad Mat Hassan
Penerbit: Universiti Putra Malaysia
Tahun Terbit:  2011
Harga: 148.00
Muka surat: 837 M/S
Rating : 5/5

Thursday, December 12, 2013

Banjir 2013 PAD Mengkarak PAD Bera Pahang

Pada 07hb 12 2013 (sabtu) jam 08.00 pagi air semakin naik dan memenuhi laman Perpustakaan Desa Mengkarak dan pada jam 03.00 petang air memasuki dalam bangunan Perpustakaan sedalam 1 inci.

Pada 08hb 12 2013 (Ahad) jam 08.00 am air banjir masih bertahan dan pada jam 06.00 petang menunjukan  tanda-tanda air banjir sudah mula surut.

Pada 12hb 12 2013 (khamis) jam 09.00 am pihak PAD Bera melakukan gotong -royong membersihkan bangunan Perpustakaan Desa Mengkarak dan menyusun semula buku di rak dan memasanag peralatan computer  di tempat asalnya, dan disebelah petang perpustakaan desa dibuka kepada pengguna.
    
Akibat daripada banjir tersebut  tidak berlaku sebarang kerosakan  ke atas bahan perpustakaan, perabot dan peralatan elektrik kerana kakitangan PAD Bera dan PD Mengkarak telah bertindak awal membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan banjir pada tahun 2013.

Persediaan ini berdasarkan pengalaman menghadapi banjir pada tahun 2007.

Thursday, December 5, 2013

Buku: Cintai Isteri Cara Rasulullah oleh Isham Muhammad Asy-Syariif

Buku 14: Cintai Isteri Cara Rasulullah  oleh Isham Muhammad Asy-Syariif

No Perolehan: 13-05582
Call No. 297.642 ISH
ISBN: 978-967-5426-74-2
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

Ulasan:
Buku ini merupakan himpunan beberapa buah hadis sahih yang menjelaskan kepada kita tentang kehidupan Nabi SAW bersama isteri-isteri baginda. Ia berkaitan dengan cara Rasulullah SAW berinteraksi dengan isteri dan puteri-puteri baginda serta sikap Rasulullah SAW terhadap tindakan tertentu isterinya.

Buku ini juga membincangkan tentang masalah-masalah umum yang berkaitan dengan kehidupan suami isteri seperti panduan perkahwinan dan pendidikan anak-anak. Ia juga berkaitan dengan keadilan dalam memperlakukan isteri-isteri serta cara menghadapi masalah-masalah suami isteri dan cara penyelesaiannya.

Judul: Cintai Isteri Cara Rasulullah
Pengarang: Isham Muhammad Asy-Syariif
Penerbit: Must Read Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 16.00
Muka surat: 215
Rating : 4/5

Saturday, November 30, 2013

Buku : Misteri Alam Rahim oleh Rizem Aizid -Diva Press

Judul Buku : Misteri Alam Rahim
No Perolehan: D 12/00025
No Panggilan: D 297.577
ISBN: 978 967 0267 548
Bahasa: Melayu

Ulasan Ringkas:
   
Perjanjian pertama yang kita lakukan adalah ketika roh pertama kali ditiupkan ke dalam jasad kita di dalam rahim.Perjanjian tersebut berkait rapat dengan pengakuan manusia bahawa Allah S.W.T adalah Tuhan yang mencipta kita.

Didalam buku ini ,diceritakan secara terperinci tentang kehidupan alam rahim,bermula dari proses kejadian manusia ,perjanjian awal diantara Tuhan dan manusia,syahadah,fitrah manusia,mitos dan fakta mengenai kehidupan didalam alam rahim sehingga keajaiban yang berlaku didalam alam rahim.

Fahamilah isi kandungan buku ini sedalam-dalamnya,anda pasti akan dapat menebalkan lagi kusa spiritual anda,malah akan membuat fikiran dan rohani anda lebih terbuka dengan kekuasaan Allah S.W.T.
Insyaallah...

Tajuk Buku: Misteri Alam Rahim
Penulis: Rizem Aizid
Penerbit: Diva Press
Tahun Terbitan: 2012
Halaman: 204
Harga: RM 15.00


Disediakan Oleh :
Zulkifli Bin Mohd Ali

Friday, November 29, 2013

Buku : Aku Terima Nikahnya {Edisi Istimewa} oleh Hasrizal Abdul Jamil

Judul Buku : Aku Terima Nikahnya {Edisi Istimewa}
No Perolehan: D 12/00127
No Panggilan: D 297.577
ISBN: 978 983 097 2725
Bahasa: Melayu

Ulasan Ringkas:
Buku ini banyak member panduan kepada remaja yang akan menempuh alam perkahwinan.Banyak isu-isu yangdiketengahkan dari hasil pengalaman penulis sendiri.

Bacalah buku Aku Terima Nikanhnya kerana ia sesuai untuk seisi keluarga khususnya kepad ibubapa yang ingin mengenali lebih jauh lagi erti sebuah perkahwinan.

Aku Terima Nikahnya bukan sahaja naskah cinta gerbang perkahwinan,malah ia membawa bersama serangkaian cinta kepada Allah dan manusia yang wajar dijadikan koleksi keluarga.

Tajuk Buku: Aku Terima Nikahnya
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit    : Galeri Ilmu  Sdn.Bhd
Tahun Terbitan: 2012
Halaman    : 562
Harga: RM 55.00

Disediakan Oleh :
Zulkifli Bin Mohd Ali

Thursday, November 28, 2013

Buku : 78 Tip Hidup Bahagia

Judul Buku : 78 Tip Hidup Bahagia
No Perolehan: D 12/00026
No Panggilan: D 297.57
ISBN: 978 967 0267 555
Bahasa: Melayu

Ulasan Ringkas:
   
Sebuah buku yang padat dengan nasihat kehidupan.
78 tip hidup bahagia dihimpun dan dihuraikan didalam buku ini amat besar nilainya.Himpunan panduan dalam buku ini boleh dijadakan panduan kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Menciptakan dan Maha agung,Allah.Buku ini telah menjadi rujukan ramai ulama dan cendikiawan islam yang terkenal dari dahulu sehingga sekarang.

Buku: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Perniagaan Kecil oleh Azuddin Bahari, Hanum Hassan dan Tunku Salha Tunku Ahmad

No Perolehan: 12-04843
Call No. : 363.11 AZU
ISBN: 978-967-5415-16-6
Bahasa: Melayu
Kategori: 300

Ulasan :
Buku Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Perniagaan Kecil ini sesuai dijadikan panduan kepada pengusaha perniagaan kecil, para pelajar institusi pengajian tinggi dan juga dapat memenuhi keperluan pekerja dan majikan terutama kepada mereka yang terlibat dalam pengurusan keselamatan.

Kebanyakan pernigaan kecil tidak mewujudkan system pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang menyeluruh. Bertitik tolak dari isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan buku ini mengetengahkan beberapa aspek yang dpaat membantu perniagaan kecil untuk mewujudkan susasana kerja yang lebih selamat dan sihat. 

Judul: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Perniagaan Kecil 
Pengarang: Azuddin Bahari / Hanum Hassan / Tunku Salha Tunku Ahmad 
Penerbit: Universiti Malaysia Perlis 
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM 40.00
Muka surat: 146 Muka Surat
Rating : 4/5

Sunday, November 24, 2013

Buku 25 Cendekiawan Islam oleh Shafie Abdul Rahman

Buku 13: 25 Cendekiawan Islam oleh Shafie Abdul Rahman

No Perolehan: 13-05584
Call No. 922.92 SHA
ISBN: 978-967-5426-75-9
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains Teknologi

Ulasan:
Buku ini menceritakan tentang kelahiran cendekiawan-cendekiawan Islam hasil daripada ‘generasi al-Quran’ yang bukan setakat menghafal ayat-ayat al-quran sehingga khatam tetapi juga mengkaji tentang kandungan al-Quran, lalu berusaha menjelmakan ‘mukjizatnya’ dalam kehidupan harian masing-masing.

Melalui pembacaan dari buku ini diharap agar kisah insan-insan yang istimewa ini dapat menyedarkan kita semua umat Islam menguasai pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan sepatutnya menjuarai serta mendahului dalam semua usaha bagi menjana kecemerlangan minda dan penguasaan terhadap pelbagai jenis kemahiran. 

Judul: 25 Cendekiawan Islam
Pengarang: Shafie Abdul Rahman
Penerbit: Must Read Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 16.00
Muka surat: 195
Rating : 4/5

Thursday, November 21, 2013

Budaya Membaca di Korea Merosot

Rakyat Korea tidak suka membaca buku-buku. Rakyat Korea tidak suka membaca surat khabar. Kerana Rakyat Korea suka tengok filem.

Inilah cakap-cakap mereka yang terlibat dalam industri buku kerana industri buku di Korea sedang menghampiri saat-saat nazak dan dijangkakan akan berkubur. Ini kerana minat membaca semakin pudar ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Menurut Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea, kira-kira 94 peratus daripada 42157 penerbit di negara Korea telah gagal menerbitkan buku baru pada tahun 2012. Keadaan ini terjadi apabila pembelian buku jatuh ke tahap paling rendah dalam dekad ini.

Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea belum dapat mengeluarkan statistik untuk tahun 2013. Tetapi ianya dijangkakan ada sedikit peningkatan.

Dalam keadaan kebanyakan syarikat berkaitan buku menghadapi kerugian tetapi perkara sebaliknya berlaku kepada Kedai Buku Terpakai Aladin


Sumber gambar: http://visitkoreatown.org/olympic-aladdin-korean-book-store/

Aladin yang mula beroperasi pada tahun 2011, telah memiliki 16 buah kedai buku terpakai termasuk di Amerika Syarikat.

Kejayaan Aladin ini telah mendapat kritikan hebar dari orang-orang industri buku. Aladin telah menyebabkan persaingan harga yang tidak sihat untuk industri buku.

Ada penerbit telah meletakkan sebahagian besar  stok simpanan buku baru mereka di Aladin. Aladin telah menjual buku-buku tersebut dengan harga 50% lebih rendah dari harga pasaran.

Tetapi Pengurus Pemasaran Aladin Kim Seong Dong meredakan kebimbangan mereka dengan mengatakan bahawa buku baru yang berusia enam bulan hanya mewakili 2 % sahaja dari jumlah stok mereka.

Apabila difikirkan kejayaan Aladin dalam penjualan buku-buku terpakai ini menunjukkan minat membaca masih teguh di Korea. Masyarakat tidak terus tertarik kepada buku-buku baru. Adakalanya buku-buku yang telah lama terbit mempunyai maklumat dan nilai yang lebih diperlukan oleh pembaca.

Dari sudut ini kita tidak boleh menilai tahap minat membaca berdasarkan pembelian buku-buku baru. Statistik keahlian dan pinjaman buku di perpustakaan awam dan perpustakaan desa perlu juga diambil kira bagi menentukan tahap minat membaca.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa statistik sahaja tidak membawa banyak makna kepada penilian terhadap tahap minat membaca. Kerana ia hanya memberikan nombor sahaja tetapi tidak menunjukkan aliran minat tersebut dalam buku apa yang dibaca.

Monday, November 18, 2013

Kursus 'We Are The Host' Visit Malaysia Year 2014

Kerajaan mengharapkan ketibaan pelancong asing dapat ditingkatkan kepada 28 juta orang sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sasaran ini dapat direalisasikan dengan meningkatkan momentum pertumbuhan industri pelancongan negara menerusi Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 akan mempromosikan Malaysia di peringkat dunia kerana ia merupakan inisiatif yang proaktif oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mengerakkan rakyat Malaysia supaya bersama-sama menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2014 iaitu “Celebrating 1Malaysia… Truly Asia” turut diperdengarkan kepada orang ramai. Lagu tema inilah yang akan digunakan sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014 di seluruh dunia.

Menjadian sebahagian dari usaha menyediakan jabatan dan agensi kerajaan dalam menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2014, kursus  'We Are The Host'  telah diadakan. pada:
Tarikh: 18hb November 2013
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: The Zenith Hotel Kuantan

Peserta kursus ini terdiri dari Perbadanan Pustakaan Awam Pahang, Perbadanan Kemajuan Bukit Frazer, Lembaga Pembangunan Tioman, Muzium Pahang, Muzium Sungai Lembing dan Tourism Malaysia.

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Abdul Manaf Shariff dari AB ManN Training Service
email:abmann.trg@gmail.com

 01 Introduction to We Are The Host
 02 Mission and 2020 Goal of Malaysia
 03 VMY 2014 Campaign
 04 How to be a Great Host - To Be a Champion Communicator
 05 How to be a Great Host - Deliver word class coustomer service
06 Malaysia ada segala-galanya yang sukar ditandingi negara lain dan pakej itu menjadikan negara kita sebagai destinasi yang cukup menarik untuk pelancong dari seluruh dunia.

Sunday, November 10, 2013

Buku: Travelog Haji oleh Muhd Kamil Ibrahim

Buku: Travelog Haji oleh Muhd Kamil Ibrahim

No Perolehan: DCAM 04056
ISBN: 9831923553
Kategori: Agama
Ringkasan/ Ulasan:
Travelog Haji; Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk kepada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.

Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang merunsingkan. Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang hebat. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.

Judul: Travelog Haji: mengubah sempadan iman
Pengarang: Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit: PTS Islamika
Tahun Terbit: 2007
Harga: RM29.00
Muka surat: 278
Rating: 5

ULASAN  BUKU YANG SAMA