Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, June 2, 2011

Gambar Kawin Siti Afizah 26.5.2011

Puan Siti Afizah bt Shaikh Ali telah mula bertugas dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 1.7.2009. Telah ditugaskan di Unit Koporat Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
11
Setelah lebih kurang 22 bulan berkhidmat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang maka Puan Siti Afizah bt Shaikh Ali telah memilih untuk menamatkan zaman bujangnya pada 26.5.2011. Jejaka bertuah yang menjadi pilihan Puan Siti Afizah adalah Encik Rizai bin Awang. Pasangan ini telah bertunang pada 27.11.2010.
10
Majlis persandingan pasangan Puan Siti Afizah bt Shaikh Ali dan Encik Rizai bin Awang telah berlangsung pada 28.5.2011. Majlis ini diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Chengal Lempong Balok, 26100 Kuantan Pahang Darul Makmur. Turut memeriahkan majlis persandingan ini adalah Shaikh Ali, Ramlah, Siti Afitah, Siti Nadia, Siti Afizah dan Sheikh Saufee.
09
Sementara majlis sambut menantu pula akan diadakan pada 11.6.2011. Berlangsungnya majlis sambut menantu untuk pasangan Puan Siti Afizah bt Shaikh Ali dan Encik Rizai bin Awang adalah di Kampung Lingai, Batu Rakit, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Turut memeriahkan majlis sambut menantu ini adalah Rizal, Awang@Ramli dan Che Sare.
08

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم apabila mendoakan seseorang yang berkahwin, baginda menyatakan:



(Allah memberkati untukmu dan berkat ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan.)

sumber: http://el-ilmy.net/2009/05/29/doa-buat-pengantin/
07
Ya Allah,
Limpahkanlah rasa cinta kepada mereka,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
06
Ya Allah,
Cukupkanlah permohonan mereka dengan ridlo-Mu
Jadikanlah mereka Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
05
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan mereka
Dengan menjadikan perkawinan mereka ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan mereka kepada sunnah Rasul-Mu.
04
Ya Allah…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan cinta hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru [di jalan]-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu maka kuatkanlah ikatan pertalian mereka.
03
Ya Allah…
Abadikan kasih sayang mereka, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dada dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Dan semoga shalawat serta salam selalu tercurah kepada Mudammad SAW, kepada keluarganya dan kepada semua sahabatnya.
02
Ya Allah…
Dua hamba-Mu yang dhaif mematri janji dalam Mitsaqan Ghaliza di hadapan kebesaran-Mu. Mereka tahu tidak mudah untuk memelihara ikatan suci ini dalam naungan ridha dan maghfirah-Mu. Mereka tahu, amat berat bagi mereka untuk mengayuh perahu rumah tangga dengan taufan godaan. Karena itulah, mereka datang memohon rahman dan rahim-Mu.
01
Tunjukilah mereka jalan yang lurus, jalan orang-orang yang lebih Engkau anugerahi kenikmatan, bukan-nya jalan orang-orang yang Engkau timpai kemurkaan, bukan pula jalan orang-orang yang Engkau tenggelam dalam kesesatan. Sinarilah hati mereka dengan cahaya petunjuk-Mu.

sumber: http://titikbalik.wordpress.com/doa-cinta-sang-pengantin/

No comments: