Thursday, June 9, 2011

Shah...ngape internet takder??

Assalammualaikum....
Agak lama juga saya tidak post cerita berkaitan ICT. Kali ni saya nak kongsi cerita berkenaan Internet Down at PPAP!!!. Semasa saya mula2 masuk keje dulu, talian Streamyx disini boleh dikira laju la dengan pakej 1.5Mbps. Semua staf PPAP dapat manfaatnya bagi tujuan emel, G-web, hantar laporan dan juga laman sosial. Ada juga yang menggunakanya untuk mencari info, belajar dan berhibur.


Entah macam mana suatu hari tu ( sekitar suku pertama 2010 ) internet asyik down. Langkah pertama yang diambil oleh kami ( saya dan Puan Rose ) adalah, OFF modem selama 5 minit dan ON semula. Hasilnya, baik....internet kembali stabil. Masa line down tu, semua jabatan intercom..."Shah, takdek internet ke"...saya jawab tengah repair, line down, alat problem..

Namun ianya tidak bertahan lama, line sering sangkut-sangkut dan kadangkala terputus. Maka, kami try reset modem ( to factory setting ) dan setting balik kepada IP dan configure asal. Alhamdulillah...line kembali stabil untuk beberapa hari.


Namun ianya kembali bermasalah...Line putus, Up balik, kemudian slow, kemudian ok balik...begitulah ianya terjadi. Akhirnya ( selepas hampir 2 minggu ), Puan Rose menelefon TM bagi menyelesaikan masalah ini. Jawapan dari mereka adalah " line kami ok dan tiada masalah ". Setelah berpuas hati, kami berbincang mengenai masalah ini untuk mencari cara penyelesaian terbaik kerana semakin stress hari-hari macam ni....keje lain terganggu akibat membaik pulih masalah ini...


Dalam pada masa yang sama, masalah "internet takdek" berlaku hampir 4 kali dalam seminggu. ON, OFF, RESET BUTTON, CABUT PASANG WAYAR....tu je lah mampu kami lakukan bagi menaganinya....ok kejap-kejap je sehinggalah pada suku ketiga 2010, Modem baru yang di tempah dari IT POINT telahpun sampai ke meja Puan Rose....( fuh lamak...mcm karangan Bahasa Malaysia ). Selepas Invois di cop, modem tersebut terus di pasang dan di configure tanpa menghiraukan time rehat... Hasilnya, internet kembali normal dan tidak down lagi. Cuma, kadang2 je down tatkala hujan turun dengan amat lebatnya diselangi guruh petir dan kilat sabung menyabung...walaupun modem tersebut tak lah mahal mana, cukup lah untuk penggunaan yang tak heavy di PPAP, ON modem 8.00pagi...OFF 5.30petang setiap hari.


Pada masa yang sama, banyaknya masa yang sama.. U-LIBRARY telah pun rancak beroperasi dengan bangganya....Modem, Switch, Router, Server....ape saje berkaitan dengan Rangkaian Komputer tidak boleh OFF!!! Bermakna, segala alatan berkaitan mesti sentiasa ON 24jam tanpa henti termasuk Aircond!!! ini bertujuan segala aliran poin A ke point B bergerak lancar sebelum ianya betul2 beroperasi ( awal 2011 ). Apabila semuanya kene ON 24jam, segala alatan seperti Modem, Router, Switch, Firewall, Server akan menjadi panas. Namun ape perlu kisah, U-LIBRARY punya barang adalah barang kelas A....jenis ON setahun pun tak meletup....harga? tak perlu saya bagitau....setakat Viva baru tu, sekadar celah gigi je....sebab ape tak cukup murah barang Network ni? sebab POWERFUL menjadi keutamaan!!! jenis barang tahan lasak, stabil, terjamin...dan yang pasti, di akui akan kePoweranya mengendalikan aliran trafik rangkaian dan internet...barulah smooth..fuh!!! macam promote barang.


Apabila segala 'hulubalang' ini berkerja, Modem PPAP menjadi mangsa....terpaksa ikut waktu bekerja mereka ( peralatan U-LIBRARY ). Modem PPAP yang hanya berharga sekali makan kat Tanjung Lumpur untuk hidangan dua atau tiga keluarga, terpaksa bekerja keras siang malam walaupun pada hakikatnya tak perlu.. Pada awal lagi telah saya duga, bahawa Modem terbabit takkan bertahan lama....faktor capacitor dan bahan buatan murah menjadi penyebab...Modem yang dicipta untuk kegunaan rumah menampakkan keadaanya yang semakin lemah kurang setahun penggunaanya....


Pada April 2011, keadaan Modem PPAP semakin kritikal.... Slow, connection fail, connection loss, no connection adalah mesej harian dihantar oleh Modem seolah-olah memberitahu kepada saya dan Puan Rose bahawa dia semakin tenat....Switch-Hub yang berusia hampir 9 tahun juga menunjukkan mesej yang sama seperti Modem...Seolah-olah meminta tugasnya digantikan oleh ahli baru yang lebih segar dan baru...


Pada 26 Mei 2011, pihat Tech Innovasi bermurah hati menawarkan Modem keluaran Cyberoam buatan India bagi menyelesaikan konflik "internet takdek" yang berlaku sejak beberapa bulan sebelumnya. Modem tersebut diberi pinjam untuk 3 minggu bagi menguji kestabilanya.... setelah satu hari suntuk diorang setting dan configure Modem baru tersebut, talian internet kembali stabil....namun, pada 30 mei 2011, internet kembali down...Pihak Tech Innovasi terus remote dari Kuala Lumpur untuk melihat apa masalahnya....dia kata modem ok tapi line tak stabil....( remote adalah sesuatu perilaku manusia memantau sesuatu alat dari jarak melampaui lebih 100KM!!! )



Tanggal 1 Jun 2011, talian internet terus terputus...tiada Dial Tone, tiada signal bermakna tiada signal internet...saya terus telefon TM memceritakan situasi yang sekian lama berlaku. Jawapanya, "talian di PPAP ok" setelah dia remote dari pusat TM. Sepanjang hari tu hinggalah esoknya ( 2 Jun 2011 ), talian care line TM amat sibuk. Amat sukar untuk bercakap dengan operator TM.. setelah beberapa kali dail Nombor 100, akhirnya dapat jua. Saya ceritakan masalah berlaku dan tindakan yang telah saya lakukan bagi menyelesaikanya, namun jawapanya " tiada masalah dari sini, line ok, signal cantik ". Setelah saya desak supaya meminta TM hantar technician datang check ape puncanya, barulah report number dikeluarkan. Hari tu juga, beberapa PC di jabatan telah ditukar ke talian U-LIBRARY supaya mereka senang hantar emel dengan Line laju 4MBps tu...


Pada 3 Jun 2011, jam 3.20 petang...2 orang technician TM datang. Saya terus menceritakan dari A sampai Z mengenai masalah ini. Satu persatu mereka check, dari wayar, contact-point, box hub, splitter, modem hinggalah signal. Akhirnya, mereka menggantikan beberapa kabel baru dan splitter baru serta membaiki contact-point. Pada petang tersebut, talian kembali pulih. Pada 6 Jun 2011, talian internet down buat kali ketujuh belas puluh ribu ratus puluh kali....saya dah mula geram dan tension !!! tambahan lagi pantang lalu kat department lain, "Shah ngape takdek internet?, bile nak ok?, mende masalohnye?" begitulah tahap kesetresan saya walau hakikatnya saya pun stress nak check emel dan posting bab ICT dalam Blog ni pun susah... Saya call TechInnovasi...diorang remote lagi dari K.L, dia kata alat ok je dan line pun ok...



Pada hari itu juga, saya cabut Modem Cyberoam dan sambung ke Modem PPAP seperti sediakala bagi mencari ape bende masalahnya sampai jadi gitu, dengan kaedah direct connection 1 PC, Internet berfungsi dengan lancar, stabil malah laju. Malangnya, apabila sambung pada Switch ( bukan suis lampu ok!!, ni alat network 24 port), internet terus down. Saya try lagi, setting direct connection....hasilnya ok, line cantik takde buffer...tapi, apabila sambung ke Switch yang berusia 9 tahun tu, line terus down kurang dari 5 minit..


Setelah menenangkan fikiran sambil minum tea panas thermos bekalan sebab tiga pat kali try mende sama tetapi hasil yang sama, saya try OFF Modem selama sejam dan ON balik....pun sama juge... Pada masa yang sama, saya terpaksa setting beberapa PC yang memerlukan kegunaan internet kepada Line U-LIBRARY...Line ni memang laju sebab pakai Fiber Optic 4MB/s, tapi ada sesetengah option terpaksa disekat, antaranya Facebook, Youtube dan laman web lain. Saya ke yang block? atau Puan Rose ke yang block?....nun jauh disana pihak Tech Innovasi dari K.L yang block....ini Line diorang, kita hanya menumpang sementara Streamyx PPAP kembali ok.


Sebenarnya, start 3 Jun 2011 tu Line dah ok, yang menjadi masalahnya apabila sambung ke Switch ( lagi sekali bukan suis lampu atau suis plug, ni alat network berfungsi menyebarkan aliran internet ke seluruh PC di PPAP ) yang menjadi masalahnya apabila sambung ke Switch, tak sampai 5 minit line down balik. Nak try test dengan modem baru dan Switch baru...tiada dalam stock....suspect sekarang samada Modem atau Switch. Mungkin modem tak mampu transmit line ke Switch ataupun Switch dah bermasalah dalam senyap sebab ada beberapa port dah rosak....elok 24 port, jadi 19 port je elok..


Teringat masa saya keje swasta dulu, bile customer report masalah itu ini, segala barang (spare part) saya bawa bersama dalam van ke rumah atau pejabat diorang. Check itu ini, test itu ini, ganti barang rosak terus ok....kemudian 7 hari dalam pemerhatian...amat mudah dengan adanya sparepart simpanan...


Cerita kali ini sekadar berkongsi dan memahami situasi yang berlaku..tanpa spareparts, amat sukar menjalankan tugas Preventive Maintenance berkaitan penggantian barang...Sehingga artikel ini ditulis, saya terpaksa menumpang Line Fiber Optic.







"kadang-kadang guna bahasa rojak sedap dibaca berbanding bahasa baku"


Oleh : Shah CETC, IKM Besut 2002.

4 comments:

Laman Pahang said...

Kalau orang IKM Besut tentu pandai cakap Ganu?

Ce cakap sekali.

Ijan, Lanchang said...

IKM Besut style cakap Kelantan....ujung minggu lepak Jertih beli sekuk samo roti..

Laman Pahang said...

Sekuk amenda awok beli?
Sekut Meri, Sekut Jagung atau Sekut Raya. Ada ke Sekut Dok Dang?

fadlyFZ said...

outing jertih mutar atas econjaya arr huhuhu