Friday, August 21, 2015

SPASM2015: Sukan Perpustakaan Awam Semalaysia Yang Ke-21 bagi 2015 di Sarawak

Acara Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) diadakan setiap 2 tahun sejak 1984 dan melibatkan semua Perpustakaan Awam Negeri di Malaysia. Sukan dwitahunan ini membolehkan setiap perpustakaan awam negeri-negeri berpeluang menjadi tuan rumah.
SPASM kali terakhir telah dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor pada tahun 2013. Maka bagi SPASM ke 21 ini, Pustaka Negeri Sarawak telah dipilih menjadi tuan rumah. kejohanan ini bermula 7hb hingga 10hb Ogos 2015. Kali terakhir Pustaka Negeri Sarawak menjadi tuan rumah SPASM ialah pada tahun 2003.
SPASM merupakan wadah integrasi dan pemangkin semangat kerjasama di kalangan perpustakaan awam setiap negeri.
SPASM memupuk budaya bersukan di kalangan warga perpustakaan selain dapat mencergaskan tubuh badan bagi memberi perkhidmatan perpustakaan yang terbaik kepada masyarakat dan pengguna di negeri masing-masing.
Objektif SPASM adalah (1) menyediakan platform untuk perkongsian ilmu pengetahuan di antara kakitangan perpustakaan dari pelbagai gred dan bidang kerja, dari semua perpustakaan awam di Malaysia
(2) Mengeratkan silaturrahim di antara semua kakitangan perpustakaan awam negeri-negeri bagi memupuk semangat kekitaan dalam kerjasama memajukan institusi maklumat dan perpustakaan Malaysia.
SPASM2015juga menyediakan Seminar 'Stand Up with Libraries' dengan kehadiran Harith Iskander.
Tarikh Temasya SPASM 2015 bermula pada 7 Ogos 2015 (KHAMIS) – 10 Ogos 2015 (AHAD).
Sebanyak 17 Kontijen akan menyertai SPASM seperti berikut, termasuk Jemputan iaitu Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan UNIMAS dan Perpustakaan UITM.
Senarai Kontijen
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Pustaka Negeri Sarawak
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Perpustakaan Kuala Lumpur
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
Perbadanan Perpustakaan Awam Johor
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
Perbadanan Perpustakaan Awam Perak
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Perpustakaan Negeri Sabah
Tiga buah perpustakaan jemputan hanya akan menyertai Kategori permainan tradisional yang tidak akan di kira pemarkahan di dalam SPASM 2015 iaitu:
Perpustakaan Negara Malaysia
Perpustakaan UNIMAS
Perpustakaan UITM
KEDUDUKAN PINGAT TEMPAT PERTAMA
Pustaka Negeri Sarawak    
7 Emas    
3 Gangsa
Jumlah pingat 24
Sekitar Majlis Penutupan Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia ke 21 di Hotel Pullman, Kuching

KEDUDUKAN PINGAT TEMPAT KEDUA
 Perpustakaan Negeri Sabah
2 Emas    
1 Perak
3 Gangsa
Junlah pingat 11

 KEDUDUKAN PINGAT TEMPAT KETIGA
 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor   
3 Perak
2 Gangsa
Jumlah pungat 8

 KEDUDUKAN PINGAT TEMPAT KEEMPAT
 Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah mendapat lima pingat.

PINGAT PERAK
Takraw
Dart

PINGAT GANGSA
Netball
Bowling Perempuan
Badminton

Perbarisan Terbaik telah dimenangi oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Perak

Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di Hotel Pullman, Kuching Sarawak.


No comments: