Thursday, July 27, 2017

BUKU BERSENAM CARA MUDAH Penulis Zainun Ishak PENERBIT ZIT Publishing

BUKU BERSENAM CARA MUDAH Penulis Zainun Ishak PENERBIT ZIT Publishing

Buku ini sangat menarik dan bermanfaat bagi yang suka bersenam. Selain penyampaian yang ringkas dan mudah, gambar ilustrasi yang berwarna menjadikan buku ini mudah dijadikan sebagai rujukan. Buku ini bukan sahaja memaparkan teknik tetapi lebih daripada itu.

Teknik senamam yang betul, kesan terhadap pengamal dan pelbagai kaedah yang ditunjukkan membolehkan pembaca melakukan aktiviti senaman dengan betul dan selamat.
Merangkumi teknik senaman ringkas untuk pelbagai peringkat umur yang dibahagikan kepada 13 bab dalam pelbagai sudut penerangan penting berkaitan senaman.

Biasanya kita melakukan senaman mengikut rutin tanpa mengetahui kenapa senaman itu perlu dilakukan dan yang penting persoalan adakah cara tersebut selamat dan apakah kesannya kepada tubuh badan? Melalui buku ini, segala aspek seperti tujuan, cara dan kaedah senaman, kepentingan dan kesan senaman turut diterangkan.

Penulis: Zainun Ishak
Penerbit: ZIT Publishing
No Panggilan: 613.7
Harga: RM32.90

Disediakan Oleh:
Nur Diana Binti Abdullah
Pembantu Perpustakaan

Disemak oleh:
Norhidayah Binti salleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin

No comments: