Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, December 20, 2012

Pageviews by Countries 2012.01.03

Malaysia 71,423
United States 1,568
Indonesia 686
Brunei 635
Singapore 603
Germany 531
Russia 495
Netherlands 127
Taiwan 123
United Kingdom 93

Popular Posts 20.12.2012

  1. (klik pada gambar diatas untuk dapatkan saiz besar dan anda boleh save, print dan tampal)    Doa masuk dan keluar tandas adalah doa...
  2. BORANG SUKARELAWAN SUKMA PAHANG 2012 (Sukanmalaysia2012) atau BORANG SUKARELAWAN SUKMA PAHANG 2012 (JPNIN) Negeri Pahang akan menjadi ...
  3. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sedang mengiklankan jawatan kosong bagi jawatan: 1. Penolong Pegawai Perpustakaan (S27) 2. Pembantu Pe...
  4. Tajuk : Menekut & Meracik (Kaedah Tradisional Memburu Ayam Hutan) Harga : RM35.00 (seunit) Ringkasan : Menekut dan meracik ayam ...
  5. Sebagai renungan dan Ingatan bersama… InsyaAllah SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?? (sumber gambar the...
  6. SENARAI KETUA PERPUSTAKAAN DAERAH (KPD) 201 Daerah Kuantan aziddin@pahanglibrary.gov.my Tel: 09-5163411 Fax: 09-5141607 1. PD Kg. Ma...
  7. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang ada menyediakan kemudahan untuk orang ramai menyewa dewan. Orang ramai dialu-alukan untuk menggunakan de...
  8. 201 Perpustakaan Desa Kuantan 202 Perpustakaan Daerah Temerloh ( 24.3.2011 ) 203 Perpustakaan Daerah Bentong ( 27.9.2011 - tiada gamba...
  9. ( klik untuk besarkan ) Ini adalah carta organisasi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang masih digunakan hingga kini tahun 2010. ( klik...
  10. 05 Cik Mastura binti Musa memulakan persekolahannya di Tabika Perpaduan Alor Akar Kuantan. Setelah berjaya menamatkan zaman tadikanya di ...

Friday, December 14, 2012

Buku: YA ALLAH… TIBA-TIBA KINI SAYA TELAH TUA

JUDUL BUKU
YA ALLAH… TIBA-TIBA KINI SAYA TELAH TUA

PENGARANG
JAMAL MA’MUR ASMANI

PENERBIT
AL-HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHERS SDN. BHD

TAHUN TERBIT
2012

ISBN
9670267048

JUMLAH MUKA SURAT
224

NO.PANGGILAN
297.5 JAM

HARGA 
RM15.00


ULASAN:        
Buku ini mengandungi 7 bab iaitu indahnya masa muda; menjadi orang yang benar & pintar; manfaatkan usiamu terus berjalan;orang besar bercita-cita besar; kejayaan hidupmu peninggalan yang tidak berakhir; oh indahnya mati menyebarkan pesona dan kematian akan tiba.

Buku Ya Allah…tiba-tiba kini saya telah tua ini harus dibaca oleh setiap muslimin / muslimah agar tidak hanyut dalam kelipan dan kilauan dunia semata-mata.  

Saat ku tatap wajah di cermin pagi hari ini, Subhanallah… Telah banyak uban di kepalaku.  Kulit muka juga telah berkedut-kedut dimamah usia.  Berapakah usiaku kini???  Astargfirullah… tahu-tahu aku telah berumur lebih 40 tahun, lebih 50 tahun, lebih 60 tahun…

Penyakit mula berduyun-duyun…tenaga mula lemah, jalanpun semput,pandangan mulai kabur, ingatan mulai lemah, semua yang dulu kuat, gagah, tangkas, tampan, cantik, memikat kini beransur-ansur meninggalkanku.

Lalu mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan ajal datang menjemput.  Dibuang sendiri oleh keluargaku yang tercinta ke liang lahad yang dingin, sepi dan gelap.  Ya Allah, rasanya baru kelmarin aku masih kecil, lalu menjadi remaja, mulai jatuh cinta, kemudian berkerjaya dan berkeluarga.  Tapi kini, di sekelilingku telah ramai anak cucu yang gagah seperti aku dulu-dulu…

Sesungguhnya begitulah kehidupan manusia di hadapan kuasa Allah swt.  Justeru, ayuhlah semua…sebelum ajal menjemput, sebelum nafas menjadi semput.  Persiapkan diri…

Selamat membaca!

Disediakan oleh:  
 Fazilarwati binti Abdul Hadi
Perpustakaan Awam Cawangan Bandar Tun Razak Jengka

LINKS:

Buku: The Right Mindset For Successful Networking

Buku The Right Mindset For Successful Networking adalah buku terbaru Stephen Ronee Lau. 'The Right Mindset For Successful Networking' adalah penyelesaian untuk anda yang mahu membangunkan membangunkan minda melalui cara yang betul dan berkesan mengekalkan usaha rangkaian

'The Right Mindset For Successful Networking' adalah buku yang dapat menunjukkan panduan ke arah memperolehi pemikiran yang jelas apabila kakitangan pemasaran, pemilik perniagaan atau profesional yang bekerja. Buku ini juga untuk mereka yang mengambil rangkaian sebagai satu cara untuk menjana lebih banyak hubungan perniagaan dan membina potensi jualan masa depan.

'The Right Mindset For Successful Networking'adalah buku Buku yang menceritakan asas apa yang memberi kesan kepada minda seseorang dan bagaimana ia menghalang potensi kita semasa proses membina rangkaian berfungsi

'The Right Mindset For Successful Networking' ditulis bagi mereka yang merupakan ahli kumpulan rangkaian dan orang-orang yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang apa lagi yang mereka perlu untuk menghasilkan kejayaan yang lebih baik dalam usaha rangkaian mereka.

Harga: MYR39.90
Penulis: Stephen Ronee Lau
Bahasa: Bahasa Inggeris
Kulit: Paperback

Halaman: 132
Saiz: A5 

LINK
1. srlmtraining.com
2. successnetwork.wordpress.com
3. newreality.com
4. articlesalley.com
5. susancanhelpme.com
6. multi-level-marketing-website.com
7. ezinearticles.com

Thursday, December 13, 2012

Buku: A Pictorial View Of Its Beauty. Pulau Kukup

Buku ini mengandungi 92 halaman dalam kulit keras. Dihasilkan melalui program 'Malaysia In 24Hrs series' yang bertujuan untuk membangkitkan kesedaran khazanah bakau yang indah dan mengejutkan dari Negeri Johor, Malaysia.



A Pictorial View Of Its Beauty. Pulau Kukup

Ditulis dari pandangan peribadi Tuan Haji Abu Bakar bin Mohamed Salleh sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor.

Buku ini memaparkan koleksi besar gambar-gambar yang indah. Keindahannya tidak dapat digambarkan dengan perkataan kerana seribu perkataan tidak cukup bagi menceritakan keindahan alam semula jadi di pulau Kukup.

Buku ini juga menyediakan pandangan tentang Kukup iaitu kampung di tanah besar yang berhampiran dengan Pulau Kukup.

Adalah menjadi harapan Tuan Haji Abu Bakar bin Mohamed Salleh supaya buku ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk melawat Pulau Kukup. Supaya masyarakat mendapat kefahaman yang lebih baik tentang keindahan sebenar Pulau Kukup.

Harga  MYR 49.90
Bahasa: Bahasa Inggeris
Penulis: Abu Bakar bin Mohamed Salleh

Untuk pertanyaan:
Stephen Ronee Lau

Links
1 stephenroneelaum.com
2. srlmtraining.com

Centre For Creative, Arts & Mindset (cCAM)     Division of Stephen Ronee Lau (M) Sdn Bhd            62-2, Jalan Suria Puchong 1,
Pusat Perdagangan Suria (Puchong Gateway) 47110 Puchong,
Selangor, Malaysia.
Tel: +603 8959 2711

Our Guiding Principle:
The support from our clients helps us to create children and adult educational programs
that generate more awareness about the importance of our natural world. We constantly welcome new partners in our educational programs.
-----------
Ulasan buku ini dibuat berdasarkan email kepada admin blog PPAP.

Wednesday, December 12, 2012

Buku 'Underwater Sceneries Of Malaysia'

Ditulis dan dihasilkan oleh Stephen Ronee Lau, buku sulung beliau ini mengandungi 28 halaman dengan album digital yang terdiri daripada 300 gambar dalam air sekitar laut di Malaysia.

Ia merangkumi penyertaan 42 penyelam dan jurugambar dalam air, sama ada profesional atau peminat yang telah mengemukakan beberapa gambar mereka yang terbaik yang dirakamkan dalam air.

Sebanyak 42 gambar telah dipamerkan dalam pameran khas di Balai Seni Lukis Negara Malaysia apabila buku ini diterbitkan.

Buku ini memberi gambaran indah pelbagai jenis kehidupan laut yang luar biasa yang dapat dilihat dalam laut Malaysia. Album digital dimainkan di kedua-dua DVD dan PC. Ia adalah benar-benar album pengumpul hebat 'dan juga membuat untuk hadiah hebat

Harga  MYR 24.90
Bahasa: Bahasa Inggeris 


Links
1 stephenroneelaum.com
2. srlmtraining.com

Centre For Creative, Arts & Mindset (cCAM)     Division of Stephen Ronee Lau (M) Sdn Bhd            62-2, Jalan Suria Puchong 1,
Pusat Perdagangan Suria (Puchong Gateway) 47110 Puchong,
Selangor, Malaysia.
Tel: +603 8959 2711

Our Guiding Principle:
The support from our clients helps us to create children and adult educational programs
that generate more awareness about the importance of our natural world. We constantly welcome new partners in our educational programs.

Untuk pertanyaan:
Stephen Ronee Lau
-----------
Ulasan buku ini dibuat berdasarkan email kepada admin blog PPAP.

Tuesday, November 6, 2012

MAJLIS PERASMIAN GALERI FOTO SEJARAH BERA DAN SIRI JELAJAH U-PUSTAKA 2012 PERINGKAT DAERAH BERA


01. Banner Perasmian Galeri Foto Sejarah Daerah Bera dan Siri Jelajah U-Pustaka Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Tarikh : 1 November 2012 (Khamis)
Tempat : Perpustakaan Awam Daerah Bera
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tgh
Tokoh Perasmi : YB. Norol Azali bin Sulaiman (ADUN Kawasan Guai) (Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

02. YB. Norol Azali bin Sulaiman menandatangan plak Perasmian Galeri Foto Sejarah Daerah Bera, sambil diperhatikan oleh Puan Hajah Faridzah binti Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Turut hadir:
1. YH Dato’ Haji Zainuddin bin Haji Jumaat (Setiausaha Kehormat-Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang)
2. YH Dato’ Haji Abdul Rahman bin Imam Arshad (Bendahari Kehormat -Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang)
3. YH Dato’ Aripin Said (Tokoh Sastarawan Daerah Bera)

Pelajar sekolah dan guru:
1. SMK Mengkarak 40 orang
2. SMK Bandar Kerayong 28 orang
3. SMK Seri Bera 40 orang
4. SK Tembangau 6 orang
5. SK Bukit Rok 6 orang
6. SK Bukit Mendi 6 orang
7. SK Rentam 6 orang
8. SK Kerayong Jaya 6 orang
9. SK Purun 6 orang
10. Tadka Bandar Kerayong 40 orang

Jumlah kehadiran: 180 orang

Aturcara Majlis

8.30 pg.:Ketibaan Tetamu ; Pendaftaran peserta
9.00 pg.:Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
    :Kuiz Perpustakaan
:Kempen keahlian PAD Bera & Desa/ Pinjaman Kelompok PAD Bera/ u-Pustaka
   :Pameran
   :Explorace Kids
:Resensi Buku
10.00 pg:Persembahan pupet
10.50 pg.:Ketibaan Dif-dif jemputan
11:00 pg:Ketibaan YB. Norol Azali bin Sulaiman ADUN Kawasan Guai
: Nyanyian Lagu:
-Negaraku
-Budaya Membaca
:Bacaan Doa
:Ucapan Aluan oleh Puan Hajah Faridzah binti Jaafar, AMP. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
:Ucapan Perasmian oleh YB. Norol Azali bin Sulaiman ADUN Kawasan Guai
:Penyampaian Cenderamata Penghargaan kepada  Tokoh Sastera Daerah Bera 2012
:Lawatan Perasmian Ke Galeri Foto Sejarah Bera
12.30 tgh
:Jamuan
 :Majlis Bersurai


03. Pameran lukisan, jualan lukisan dan demonstrasi melukis oleh Encik Osman Limat Pelukis Pahang.

Pameran:
1. Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang
2. Dewan Persuratan Melayu Pahang
3. u-Pustaka
4. DUN Guai N37

Monday, November 5, 2012

Hari Terbuka dan Majlis Pelancaran Keahlian Pustaka Perdana

Yayasan Kepimpinan Perdana akan menganjurkan "Hari Terbuka dan Majlis Pelancaran Keahlian Pustaka Perdana" pada 
Tarikh: 7hb November 2012 
Tempat: Yayasan Kepimpinan Perdana No.1 Jalan P8H, Precint 8 62250 Putrajaya.


Pelbagai acara menarik akan dianjurkan antaranya adalah Sesi Khas bersama Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan menyampaikan ucapan bertajuk " Peranan dan Sumbangan Perpustakaan Terhadap Pembangunan Negara".

Aktiviti
1.  Kuiz ‘Info. Hunt’
2.  Sudut Bicara
3.  Street Busking
4. Cabutan Bertuah  Auditorium
5.  Lawatan Sekitar Pustaka Perdana
6.  Pertandingan Mewarna
7.  Tayangan Video 
8.  Teka gula-gula dalam balang 

Semua Pustakawan diharap tidak melepaskan peluang berharga ini untuk bertemu dengan Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana inilah julung kalinya beliau akan melontarkan pandangan dan pendapat mengenai peranan perpustakaan di Malaysia.

Selain Pelancaran Keahlian Pustaka Perdana peserta turut dijemput membuat Pemilihan buku-buku di pameran buku dari pelbagai penerbit dan pembekal yang terlibat.

Untuk mengesahkan kehadiran atau sebarang pertanyaan,YBhg. Dato'/Datuk/Dr./Tuan/Puan boleh lah menghubungi :

Aturcara Program

Sesi Pagi

8.00 am :Pendaftaran
8.30 am : Aktiviti
12.00 pm : Penyampaian Hadiah
12.30 pm : Jamuan Makan Tengahari

Sesi Petang:
Majlis Pelancaran keahlian Pustaka Perdana

3.00 pm:Ketibaan para tetamu & Pendaftaran
3.30 pm:Ucapan  alu-aluan oleh  Pengurus Besar, Yayasan Kepimpinan
        Perdana
3.40 pm:Taklimat mengenai Pustaka Perdana oleh Ketua Pustakawan, Yayasan Kepimpinan Perdana 
4.00 pm:Ucapan dan majlis pelancaran keahlian Pustaka Perdana oleh Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Kehormat,Yayasan Kepimpinan Perdana :     Tayangan Montage
5.00 pm :Lawatan sekitar tapak pameran & Pustaka Perdana
        :Minum Petang
        :Bersurai
 


"Menyingkap Sejarah Demi Masa Depan"

Tuesday, October 9, 2012

PERASMIAN BANGUNAN PERPUSTAKAAN DESA PNM KG PANCHING DAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2012 (1)

01
Majlis Perasmian Bangunan Perpustakaan Desa Kg. Panching Dan Program Galakan Membaca telah berlangsung pada 6 September 2012 dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, YB Dato' Hj Abdul Manan Bin Ismail . Majlis ini turut di hadiri seramai 400 orang pengunjung.

02
Ketibaan tetamu kehormat, Ahli Parlimen Paya Besar,YB Dato' Hj Abdul Manan Bin Ismail diiringi ADUN Kg. Panching, YB Dato' Mohd Zaili Bin Haji Besar, Ketua Kampung Panching, Abdul Rashid Abdullah dan sebahagian JKKK Kg Panching sambil disambut oleh beberapa kakitangan dari perpustakaan.

03
Dari kiri, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Hajah Faridzah Binti Jaafar, Ahli Parlimen Paya Besar, YB Dato' Hj Abdul Manan Bin Ismail dan ADUN KG Panching, Dato' Mohd Zaili Bin Haji Besar.

Tuesday, October 2, 2012

BENGKEL PEMANTAPAN LITERASI ICT

1 Oktober 2012

8.00am - 8.45am :
PENDAFTARAN & SARAPAN

8.45AM - 9.00AM :
TAKLIMAT OLEH SUK

9.00am - 10am :
Ceramah TATACARA PENGANJURAN PROGRAM DAN AKTIVITI

10am - 1pm :
Bengkel Komputer

1pm - 2.30pm :
REHAT

2.30pm - 5.30pm:
Bengkel Komputer

5.30pm -
Minum petang dan akitiviti bebas

9.00pm- 10.30mlm :
Bengkel u-Pustaka dan e-mail PPAP (Sesi malam adalah optional dan tertakluk kepada Perubahan)

2 Oktober 2012

8.00am - 8.45am :
PENDAFTARAN & SARAPAN

9.00am - 1pm :
Bengkel Komputer (GNU Image Manipulator Program)

1pm - 2.30pm :
REHAT

2.30pm - 4.00pm:
Bengkel Komputer (GNU Image Manipulator Program)

4pm - 5pm :
Penutup & Penyampaian Sijil

Friday, September 28, 2012

Selamat Datang Juelib June

Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang mengucapkan selamat datang kepada Juelib June. Juga diucapkan terima kasih kerana sudi menjadi penulis jemputan. Semoga Juelib June dapat memeriahkan lagi Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang kini telah mendapat:
- 64,219 pageviews
- 520 posts
- 206 Pageviews yesterday

Popular poast sehingga kini adalah:

Tuesday, August 28, 2012

Persatuan Pencegah Kebakaran Johor

27.8.2012. Bilik Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Encik Saiful yang mewakili Puan Pengarah PPAP sedang menyampaikan cenderamata kepada Penceramah dari Persatuan Pencegah Kebakaran Johor, Puan Jesse.

Pada hari ini kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang berpeluang mendengar ceramah tentang pencegahan kebakaran. Ceramah ini ditumpukan kebada kebakaran yang berlaku dirumah dan didalam kenderaan. Kebiasaannya masyarakat kita tidak menyediakan alat pemadam api untuk kenderaan peribadi dan rumah.


Banyak kes-kes kebakaran kenderaan dan rumah tidak dapai diselamatkan kerana tiada alat pemadam api didalam kereta atau dalam rumah.

Mungkin ramai berpendapat mereka boleh menggunakan alat-alat sedia ada sekeliling mereka bagi memadamkan kebakaran di peringkat awal. Tindakan menggunakan air, kain basah, berguling atau menggunakan pasir biasanya boleh mendatangkan kemudaratan yang kekal.

Tindakan yang paling selamat adalah menggunakan alat pemadam api jenis ABC,

Perkara paling penting semasa menggunakan alat pemadam api adalah melihat meter tekanan pada alat pemadam api tersebut. Jika tekanannya adalah kosong, tiada guna kita bersusah payah membawa alat pemadam api yang berat tersebut. Kerana alat pemadam api tersebut tidak berfungsi kerana tiada tekanan dalam tabungnya.

Jika tekanan alat pemadam api tersebut adalah terlalu tinggi, keadaan ini amat bahaya kepada pengguna alat pemadam api tersebut. Tetapi alat tersebut masih boleh digunakan. Sebelum guna pancutkan perlahan-perlahan beberapa kali supaya penunjuk tekanannya kembali kepada kedudukan tengah-tengah dan selamat untuk digunakan.

Encik Saiful sedang bercerita tentang alat pencegah kebakaran untuk kereta dan alat pengesan asap untuk rumah. Alat pengesan asap tersebut mengeluarkan bunyi yang nyaring sehingga boleh menyebabkan orang tertidur terjaga.

Ingatan penting dari ceramah ini adalah 'Tiada guna ada alat pemadam api jika tidak diselanggara dengan betul'.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Jasse dari Persatuan Pencegah Kebakaran Johor. Beliau banyak menceritakan berdasarkan cerita-cerita sebenar yang terjadi kepada mangsa kebakaran.

Bagi kenderaan kita perlu sediakan APAR (Alat Pemadam Api Ringan / Fire Extinguisher) yang berkualiti dan selamat. Semua APAR ini ada jangka hayatnya. Jangan simpan yang telah luput.

Bagi rumah pula kita pastikan supaya rumah tidak menjadi kubur kepada ahli kerluarga masing-masing. Alat keselamatan yang dipasang pada rumah menyebabkan pencuri tidak lepas masuk dan penghuninya tidak lepas keluar ketika kebakaran.

Diakhir ceramah peserta diminta memberikan markah kepada persembahan Puan Jesse. Turut disertakan borang tempahan untuk membeli alat pemadam api. Harga yang ditawarkan adalah antara RM199 hingga RM300. Pihak syarikat penaja Persatuan Pencegah Kebakaran Johor akan hubungi mereka yang berminat.

LINKS
1. rumah-terbakar-02-kereta-dan-pokok
2. rumah-terbakar-03-bomba
3. rumah-terbakar-04-bantuan
4. rumah-terbakar-01-keadaan-rumah

Monday, August 27, 2012

Sejarah Kampung Bukit Betong, Lipis


Menurut kisah yang diceritakan oleh orang-orang terdahulu, pada tahun 1505 Orang Asli dalam perjalanan dari Kuala Selinsing yang menyusuri Sungai Jelai telah terdengar siulan burung terkukur yang amat merdu. Mereka terpegun melihat burung tersebut yang sedang bersiul di sepohon rumpun buluh yang terletak di atas bukit. Tiba-tiba kedengaran tangisan seorang bayi di kawasan tersebut. Setelah diamati tangisan itu datangnya dari rumpun buluh yang sama. Rupa-rupanya tangisan tersebut ialah tangisan seorang bayi perempuan yang tidak tahu dari mana asal usulnya.

Menurut kisah yang diceritakan oleh orang-orang terdahulu, bayi perempuan tersebut merupakan seorang puteri yang bernama Puteri Buluh Betong. Bersempena dengan peristiwa tersebut kampung ini telah mendapat nama Bukit Betong dan bermulalah penempatan awal di kampung ini. Pada awal kurun ke-19, pentadbiran kampung ini telah ditadbir oleh Orang Besar Berempat. Orang Besar Berempat merupakan kerabat Di Raja dalam Negeri Pahang yang dikenali dengan gelaran Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai. Kawasan pentadbirannya bermula dari Ulu Jelai sehingga Kuala Tembeling iaitu bermula dari ulu sehingga ke muara sungai di sempadan daerah Jerantut.

Sumber:
Faridah Mustafa
Penyelia Zon 5, Kuala Lipis

Saturday, August 25, 2012

Singapura 12 - Gambar solo

 01. Encik Saiful beraksi di Bisan Public Library.
 02. Cik Diana dihadapan papan tanda Public Library Bishan.
 03. Encik Saiful di dalam National Library Building.
 04. Encik Saiful di menara National Library Building.
 05. Encik Saiful di menara National Library Building.
 06. Encik Saiful di menara National Library Building.
 07. Encik Saiful (dan Puan Hawa) di Merlion.
 08. Encik Saiful.bergambar dengan Merlion yang sedang dibaiki.
 09. Encik Amer di air pancut Woodlands Regional Library.
 10. Encik Saiful (dan Puan Hawa) berhampiran peta bumi di Woodlands Regional Library.
 11. Encik Amer dengan kuiz cerita rakyat asia di Woodlands Regional Library.
12. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Hajjah Faridzah.

Friday, August 24, 2012

Singapura 11 - singgah di Perpustakaan Awam Johor

 01. Melawat pusat sains
 02. Melihat persembahan oleh pusat sains.
 03. Puast sains adalah daya penarik pengunjung ke Perbadanan Perpustakaan Awam Johor.
04. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor.

Thursday, August 23, 2012

Singapura 10 - Woodlands Regional Library

 01. Pengarah dan kakitangan PPAP sedang mendengan penerangan tentang Woodlands Regional Library.
 02. Woodlands Regional Library mempunyai kawasan yang luas. Terdapat 23 kontraktor penyelanggaraan yang ditugaskan menjaga bangunan Woodlands Regional Library.
 03. Wakil pihak JKR, Cik Diana.
 04. Lapang dan luas sehingga membuatkan Puan Ros rasa terpegun.
 05. Pengarah, pegawai tadbir dan lain-lain kakitangan bergambar dibawah pokok tiruan.
 06. Melawat ruang cerita-cerita asia.
 07. Terima kasih.
 08. Terima kasih daun keladi.
09. Hiasan pada tangga.