Thursday, July 14, 2011

Pelatih Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat

05
Cik Mastura binti Musa memulakan persekolahannya di Tabika Perpaduan Alor Akar Kuantan. Setelah berjaya menamatkan zaman tadikanya di Alor Akar Cik Mastura menyambung persekolahan di Sekolah Menangah Kebangasaan Galing Kuantan. Seterusnya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangasaan Kampung Padang Kuantan. Kemudian Cik Mastura bertukar ke Sekolah Menengah Peramu Jaya Pekan. Seterusnya Cik Mastura berpeluang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangasaan Langgar Pekan. Akhir sekali Cik Mastura menamatkan zaman sekolah menengahnya di Sekolah Menengah Kebangasaan Dato' Mahmud Mat. Disekolah Dato' Mahmud Mat inilah Cik Mastura menempuh era PMR, SPM dan STPM.

Bergerak meninggalkan sekolah Dato' Mahmud Mat Cik Mastura Menyambung pelajaran di UiTM Merbok Kedah dalam bidang Ijazah Sarjana muda Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat
04
Cik Nurul Atiqah Muhammad memulakan zaman tadika di Tadika Kemas Serting Negeri Sembilan. bermula darjah 1 Nurul Atiqah bersekolah di Sekolah Kebangasaan Keluang Johor. Seterusnya Cik Nurul Atiqah bersekolah di Sekolah Kebangasaan Cheras dari darjah dua hingga tiga. Darjah empat hingga enam Cik Nurul Atiqah bersekolah di Sekolah Kebangasaan Kampung Padang Kuantan.

Tamat sekolah rendah Cik Nurul Atiqah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangasaan Indera Mahkota Dua Kuantan bermula tingkatan satu hingga tiga. seterusnya Cik Nurul Atiqah menyambung pelajaran di Sekolah Menangah Teknik Kuantan bermula tingkatan empat hingga tingkatan lima.

Setelah tamat sekolah menengah Cik Nurul Atiqah menyambung pelajaran di UiTM Machang Kelantan dalam bidang Diploma Pengurusan Maklumat (IS110). Setelah menamatkan diploma, Nurul Atiqah menyambung pelajaran di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat (IM220)
03
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

02
Pergi berguru sampai ke sempadan,
Dapat kancil badan berjalur;
Biar carik baju di badan,
Asal hati bersih dan jujur.

01
Kedua-dua bakal pustakawan yang rupawan ini akan menamatkan zaman latihannya di Perbadanan perpustakaan Awam Pahang pada 15hb, Julai 2011.

Pucuk pauh delima batu,
Anak semilang di tapak tangan;
Biar jauh beribu batu,
Di mata hilang di hati jangan
sumber: ixoramerah.wordpress.com

Mastura binti Musa - masturamusa_88@yahoo.com
Nurul Atiqah Muhammad - iqah_muhammad@yahoo.com

2 comments:

Raihana Ismail said...

apa perkembangan akak2 nie sekarang?

Anonymous said...

Akak yang nama Cik Mastura binti Musa dan TUKAR NAMA jadi Puan Mastura binti Musa.

Akak ni kawin dg lelaki Pulau Rusa ATAU lelaki yg kerja di Pulau Rusa.

Akak yang sorang lagi tak ada info.

Apa2 pun, selamat maju jaya untuk semua.