Tajuk
“Buku Pertama Saya”, (BPS) adalah projek yang dipilih untuk dijalankan bg melakukan inovasi di perpustakaan. Projek inovasi ini dipilih untuk membantu golongan kanak-kanak bagi memudahkan proses pembelajaran mereka. “Buku Pertama Saya”, (BPS) ini dapat meningkatkan semangat membaca dalam diri mereka.
Pengenalan
“Buku Pertama Saya”, (BPS) adalah projek yang telah dijalankan oleh saya (Nur Sakirah Bt Ab Hamid) bersama dengan empat orang lagi kawan seperjuangan semasa di semester akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan di UiTM Sungai Petani, Kedah.
“Buku Pertama Saya”, (BPS) adalah sebuah buku yang direka bagi memenuhi keperluan subjek.
Selain itu, BPS telah mendapat anugerah Silver di Pertandingan International Innovation & Design in Library & Information Science Competition 2017 (InDeLib 2017) pada 13 September 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia.
BPS adalah bahan bacaan yang dapat menarik minat mereka membaca dengan memberi gambaran dengan lebih realiti. BPS ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 8 tahun kebawah. Kerana ia membantu mereka di dalam proses pembelajaran.
Konsep dilaksanakan
Konsep BPS adalah belajar, membaca sambil bermain. Konsep BPS adalah:
1. Kanak-kanak akan dapat mengenali abjad, warna, nombor, saiz, dan pelbagai.
2. Setiap helaian muka surat mempunyai ciri berbeza. Sebagai contoh, jika muka surat pertama dan kedua mengunakan kain felt maka helaian seterusnya harusla mengunakan ciri berbeza seperti mengunakan manik atau butang dan sebagainya.
3. Jika mereka menghayati setiap helaian mereka akan mudah faham dan ingat apa yang mereka baca dan pelajari kerana ianya gambaran sebenar.
4. Mesti menerapkan unsur-unsur nyata bagi memudahkan lagi untuk mereka faham.
Proses Pelaksanaan
Cara Pelaksanaan
1.
Sediakan kotak yang terpakai dan masih dalam keadaan baik. Kemudian, potong ia mengikut saiz yang dikehendaki sebagai contoh saiz A5.
2.
Kemudian balutkan kotak tersebut dengan kain. Setelah itu, jahitkan bahagian tepi kain tersebut dengan kemas.
3.
Pastikan setiap helaian muka surat yang ingin di buat mempunyai ciri-ciri yang berbeza bagi menaikkan lagi semangat membaca sambil santai dikalangan kanak-kanak. Sebagai contoh, ade bahagian yang mengunakan butang katup, zip zac dan selotape. Ianya bertujuan untuk memberi kelainan dan menarik minat untuk mereka mencuba.
4.
Setelah selesai setiap helaian, sediakan kotak yang besar dari saiz tadi untuk dijadikan kulit buku.
5.
Akhir sekali, lekatkan kesemua bahagian tadi dengan menjahit di tengah-tengah buku tersebut bersama.
Anggaran Perbelanjaan
Barang
|
Harga (RM)
|
Kotak
|
**
|
Kain felt
|
**
|
Benang &
Jarum
|
**
|
Gunting
|
**
|
Butang Katup
|
**
|
Jumlah
|
50.00
|
Rajah 1: Balutkan kotak tersebut dengan kain
Rajah 2: Permainan yang dilekatkan di atas kain
Rajah 3: Manik yang disusun mengikut bilangan nombor.
Rajah 4: Permainan yang dibeli di Mr.Diy dan dilekatkan.
Rajah 5: Butang
No comments:
Post a Comment